Sunday, May 25, 2008

Perbukuan di Gig

Photobucket - Video and Image Hosting
Ducktoi MUCK

Photobucket - Video and Image Hosting
Butterfingers

Photobucket - Video and Image Hosting
Bazaar

Photobucket - Video and Image Hosting
a lifestyle of learning

Lagi gambar di sini dan di sini

Selesai sahaja KLAB, aku dijemput untuk menjual buku di gig Rockestra di MCPA Hall oleh As yang aku sewa PA dia dan juga Zul Pop Malaya bagi tour Angkatan Baju Malayanya. Sudah lama juga aku nak cuba jual buku di gig2 yang pasaran masih belum teruji. Tapi dek sebab jarang ada kelapangan aku lupakan saja niat murni itu sehinggalah aku menerima ajakan As dan Zul sambil dibantu oleh penyedia transportasi, Belot.

Lama dah aku tak join gig2 ni sejak aku berambus dari UiTM. Alasan utama dulu adalah masa kerja yang tak menentu dan kekurangan band2 yang aku minat. Kalau ada pun aku gi konsert2 separa besar dan besar macam Distortion yang tak dapat sambutan, Rock The World, Urbanscapes dan band2 luar mcm Coldplay & Mogwai di Singapore, Bangkok Rock, gig2 di Laundry dll.

Sekarang ni sejak dapat cuti hujung minggu masa untuk ke gig agak terbuka kecuali kalau ada kerja2 menjual buku di serata ceruk negara, aktiviti politik, melancong muzik, buku atau tee dll. Kebetulan pulak sekarang ni scene indie mengalami revolusi yang agak hebat di mana hampir setiap minggu gig diadakan di sekitar KL dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur yang selalu dipanggil MCPA Hall ataua MCPA Theater menjadi lokasi pilihan pihak penganjur.

Band2 seperti Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet menjadi bualan dan berjaya menarik lebih ramai crowd ke dalam scene indie di samping band2 lama seperti Butterfingers, OAG, The Times, Estranged, MUCK, Couple dan banyak lagi.

Klik di sini untuk membaca komentar Aidil dari band Couple tentang fenomena indie dan di sini untuk membaca tulisan Qareem dari Sampah Society yang berpusat di Penang. Persoalannya sekarang bolehkah fenomena ini bertahan dan di dalam masa yang sama kualiti peminat dan band2 juga dapat dipertingkatkan?

Jawapan awal, aku cukup positif walau ada sedikit pesimis kerana generasi sekarang lebih terbuka dan tidak dogmatik walau masih ada kerana ruang pendemokrasian muzik itu telah dibuka dengan adanya internet melalui Myspacenya dll. Katakan tidak pada band2 yang angkuh dan tidak pada mereka yang suka fuck itu dan fuck ini.

Berbalik kepada topik asal, jualan buku di kedua2 gig amat memuaskan yang mana ia menyakinkan aku tentang masa depan industri muzik dan buku serta anak muda keseluruhannya yang amat cerah.

No comments: