Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts

Sunday, May 25, 2008

Perbukuan di Gig

Photobucket - Video and Image Hosting
Ducktoi MUCK

Photobucket - Video and Image Hosting
Butterfingers

Photobucket - Video and Image Hosting
Bazaar

Photobucket - Video and Image Hosting
a lifestyle of learning

Lagi gambar di sini dan di sini

Selesai sahaja KLAB, aku dijemput untuk menjual buku di gig Rockestra di MCPA Hall oleh As yang aku sewa PA dia dan juga Zul Pop Malaya bagi tour Angkatan Baju Malayanya. Sudah lama juga aku nak cuba jual buku di gig2 yang pasaran masih belum teruji. Tapi dek sebab jarang ada kelapangan aku lupakan saja niat murni itu sehinggalah aku menerima ajakan As dan Zul sambil dibantu oleh penyedia transportasi, Belot.

Lama dah aku tak join gig2 ni sejak aku berambus dari UiTM. Alasan utama dulu adalah masa kerja yang tak menentu dan kekurangan band2 yang aku minat. Kalau ada pun aku gi konsert2 separa besar dan besar macam Distortion yang tak dapat sambutan, Rock The World, Urbanscapes dan band2 luar mcm Coldplay & Mogwai di Singapore, Bangkok Rock, gig2 di Laundry dll.

Sekarang ni sejak dapat cuti hujung minggu masa untuk ke gig agak terbuka kecuali kalau ada kerja2 menjual buku di serata ceruk negara, aktiviti politik, melancong muzik, buku atau tee dll. Kebetulan pulak sekarang ni scene indie mengalami revolusi yang agak hebat di mana hampir setiap minggu gig diadakan di sekitar KL dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur yang selalu dipanggil MCPA Hall ataua MCPA Theater menjadi lokasi pilihan pihak penganjur.

Band2 seperti Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet menjadi bualan dan berjaya menarik lebih ramai crowd ke dalam scene indie di samping band2 lama seperti Butterfingers, OAG, The Times, Estranged, MUCK, Couple dan banyak lagi.

Klik di sini untuk membaca komentar Aidil dari band Couple tentang fenomena indie dan di sini untuk membaca tulisan Qareem dari Sampah Society yang berpusat di Penang. Persoalannya sekarang bolehkah fenomena ini bertahan dan di dalam masa yang sama kualiti peminat dan band2 juga dapat dipertingkatkan?

Jawapan awal, aku cukup positif walau ada sedikit pesimis kerana generasi sekarang lebih terbuka dan tidak dogmatik walau masih ada kerana ruang pendemokrasian muzik itu telah dibuka dengan adanya internet melalui Myspacenya dll. Katakan tidak pada band2 yang angkuh dan tidak pada mereka yang suka fuck itu dan fuck ini.

Berbalik kepada topik asal, jualan buku di kedua2 gig amat memuaskan yang mana ia menyakinkan aku tentang masa depan industri muzik dan buku serta anak muda keseluruhannya yang amat cerah.

Monday, April 28, 2008

Belanja, Gig & Seks di Temasek

Sanchu & Yi Jian

Photobucket - Video and Image Hosting
UNKL, dari Bandung ke Singapura

Photobucket - Video and Image Hosting
Bertemu Sanchu

Setiba di Tanjong Pagar, aku dan abang aku bersama rakan yang baru dikenali di tren iaitu Eugene bersarapan sebelum meneruskan haluan masing2. Eugene ada tugas yang harus dilaksanakan di Perpustakaan NUS dan kami mencari hotel atau guesthouse untuk menginap. Cari punya cari jumpalah Hotel YES di Chinatown dengan kadar SGD65.

Selesai mandi dan segalanya, kami ke Peninsular Plaza mencari kaos2 band, Bras Basah untuk bertemu Sanchu dari Mary Martin Booksellers sebelum ke kedai kaos UNKL 347 di Golden Landmark dan seterusnya bertemu Yi Jian, ex-Borderians di BTS yang kini mengaji di NUS di Borders Wheelock Place.

Sembang2 politik dan masa depan negara sambil makan di Far East Plaza sebelum kami berpisah di persimpangan jalan menuju ke HMV.

Gig

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersemangat vokalis MUCK, Dak toi

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Sembang2 sebelum melahap

Photobucket - Video and Image Hosting
Macam serius je

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Laila's Lounge

Pekan yang lepas, aku berkunjung ke Temasek yang kini dikenali dengan nama Singapura. Tujuannya adalah untuk menyokong rakan2 dari band Ipoh, Muck yang turun membuat persembahan di Esplanade aka Durian.

Buat pengetahuan, Esplanade melalui program On the Waterfront memberikan hiburan percuma kepada khalayak yang membanjiri dan melepakkan diri di Esplanade hampir setiap minggu. Minggu sesudah band2 dari Siam didatangkan dan untuk bulan hadapan tibalah pula giliran band2 dari Indonesia. Kali terakhir adalah persembahan dari SIGIT dan VOX pada Januari lepas.

Selain Muck, band2 Malaysia yang turut beraksi adalah OAG yang mendapat sambutan hangat pada malam pertama iaitu hari Jumaat, Laila's Lounge dari JB dan Azmyl Yunor & The Sigarettes. Ikut hati nak jugak aku tengok OAG perform kat Singapura, tapi apakan daya tuntutan kerja lebih utama. Azmyl dan bandnya yang akan perform pada hari ahad juga aku terpaksa lupakan dek kerana ingin pulang menonton Peterpan di KL malam tersebut.

Apapun persembahan MUCK amat bertenaga walaupun tak ramai yang menonton, nasib baik MUCK dapat berkongsi tuah OAG pada malam sebelumnya yang menarik hampir 1000 manusia muda Singapura. Laila's Lounge yang baru pertama kali aku tontoni juga tidak mengecewakan walaupun aku rasa vokalisnya tidak mempunyai karakter yang menarik.

Tamat persembahan aku dan abang aku menjamu selera di Makan Sutra yang terletak bersebelahan bersama teman2 dari MUCK, MC Emir dari Taman Tun yang kini belajar di SMU dan dua rakan DJ dari Singapura.

Pesta Muzik Alternatif Selangor?

Sembang punya sembang aku, abang aku dan Meor berbincang tentang program Independent Day Out yang dirancangkan pada bulan Ogos nanti. Aku mengesyorkan agar program kali ini dibuat dengan skala yang sedikit besar dan diadakan di Dewan Sivik PJ. Hari ini aku kemukakan idea ini kepada SUK pada Ronnie Liu untuk dipertimbangkan agar kerajaan PR Selangor dapat menyokong dan memberi sumbangan.

Meor tiada tentangan dan Aidil Couples juga agak tertarik dengan idea ini di mana muzik digabungkan dengan buku, bazar seni dan aktiviti2 yang dapat memperkasakan minda anak2 muda. Senang kata counter pada Jom Heboh dan yang seirama yang hanya berperanan memberi hiburan kosong semata. Harap2 program yang dirancang ini akan berjaya dan PAS tidak menghalang.

Belanja

Seperi biasa setiap kunjungan ke negara yang diperintah PAP ini, aku akan meluangkan masa untuk cuba2 melihat dan mungkin membeli barang2 yang mungkin sukar didapati di KL. Hasilnya aku terbeli kasut Macbeth dab abang aku juga terbeli CD Radio Department & The Album Leaf yang akan ku copy ke MP3. Radio Dept pada masa CD ini dibeli sedang berada di Bandung untuk beraksi pada malamnya.

Seks

Jangan salah tanggap, aku tidak melakukan sebarang aksi seks walaupun Geylang menawarkan meal whoresale yang bagi aku tak menyelerakan. Sebaliknya aku dan abang aku menonton filem komedi seks Korea yang bertajuk Sex is Zero 2 yang sangat kelakar dan tak bosan menontonnya walau kepenatan dan mengantuk.

Sebagai rekod aku juga menonton Sex is Zero yang pertama juga di Singapura bersama Shin beberapa tahun lepas sebelum menonton ulang berbelas2 kali bersama member2 yang tak sama dan sama. Tak pernah jemu.

Untuk meneruskan tradisi, aku akan menganjurkan tayangan terhad filem Sex is Zero 2 yang akan dihoskan oleh Aran di rumah beliau pada 10 Mei, pukul 8 malam. Kepada rakan2, sila RSVP secepat mungkin kerana tempat adalah terhad dan amaran tiada pesta seks pada malam tersebut.

Thursday, January 24, 2008

Rock Thy Neighbour

Photobucket

Photobucket
Bersama Acil dan Rekti dari SIGIT
Photobucket
Singapore Flyer, dibuka Mac ini
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Vivo City
Photobucket
Gayat jugak naik benda ni
Photobucket

Photobucket
Agam(baju merah) budak Jakarta yg studi di Temasek
Photobucket
budak2 Melayu baru naik Singapura
Photobucket
Rekti dengan suara yang mantap
Photobucket
Me and my brother
Photobucket
Asyik makan je, patut la perut aku naik
Photobucket
Aidil menyanyi bersama VOX
Photobucket
Geng2 Bodysurf Ipoh, Jayzuan di sblh kanan

-aku pergi bertiga bersama abang aku dan rakan sekerjanya, Muniandy
-hotel tempat aku menginap kali ini betul2 di tempat tumpuan industri pelacuran Singapura di Geylang Lorong 20, selalu aku di Lorong 3 yang kurang kemeriahan
-kebanyakan pelacur tidak menarik perhatian aku sebab sudah berumur dan tidak cantik, senang kata tak inzal langsung
-berlangsung hangat dari 11 hingga 13.1 di Waterfront, The Esplanade Singapura
-akhirnya aku berpeluang menyaksikan band The S.I.G.I.T beraksi secara live dan sememangnya diorang tidak menghampakan, persembahan sangat hebat dan bertenaga walaupun crowd kecil dan hanya duduk di kerusi yang disediakan
-meminati The S.I.G.I.T setelah diperkenalkan oleh abang aku yang lebih update dengan scene di Bandung awal tahun lepas. Tak menyesal meluangkan masa mendengar lagu2 diorang masa tu sehinggakan aku terpaksa membeli CD bertandatangan mereka dan t-shirt rasmi.
-Masih banyak lagu2 band indie Bandung dan Indonesia yang masih belum sempat didengar, tu tak masuk yang lokal lagi
-Band dari Surabaya VOX menggantikan tempat The Adams yang sepatutnya beraksi
-Vokalis VOX pada satu ketika menjemput Aidil dari band lokal, Couple yang membuat persembahan pada Jumaat untuk menyanyi lagu The Beatles 'This Boy' bersama-sama sambil melaungkan slogan 'Damai Indonesia-Malaysia'
-tiada bayaran dikenakan, The Esplanade setiap minggu memberi hiburan percuma dengan muzik2 berkualiti kepada rakyat Singapura di pentas Esplande's Power House yang terletak di luar, di tepian laut dan bersebelahan gerai makan 'Makansutra.
-Minggu lepas satu lagi band tempatan, The Otherside Orchestra yang mana salah seorang member aku menyelinap menjadi sebahagian mereka beraksi di tempat yang sama
-Jangan lupa bulan Mac ini di sini juga akan didakan Mosaic Music Festival yang akan menampilkan band2 dan penyanyi yang hebat terutama band supergroup indie dari Kanada Broken Social Scene