Monday, May 26, 2008

Goodnight Electric di Ipoh lagi

Photobucket - Video and Image Hosting
Official merchandise GE laku gila

Photobucket - Video and Image Hosting
Aksi penutup dari GE

Photobucket - Video and Image Hosting
PAS tak kacau line

Gig di After Five Pub di Bandaraya Ipoh telah diadakan pada 19 Mei, hari Isnin tatkala penganut Buddha meraikan Hari Wesak. Ini kali ketiga aku menonton GE secara live setelah di Laundry Bar & ITB Bandung dan ini juga kali ketiga GE beraksi di Ipoh, sesuatu yang gagal dicapai oleh KL mahupun Genting.

GE turun ke Ipoh setelah beraksi pada malam sebelumnya di Genting bersama Missy Elliot dll. Turut beraksi adalah band asal Ipoh seperti MUCK, Harmacy, Sweetest Things dll serta The Otherside Orchestra dari KL. Kehadiran di pub yang kecil ini dianggar seramai 100 orang.

Persembahan termantap bagi aku adalah dari band The Otherside Orchestra yang memukau crowd dengan muzik bertenaga dan macam2 bunyi yang indah. GE seperti biasa tidak mengecewakan walau terasa kurang umph sedikit dengan vokal yang mendatar terutama setelah baru saja mendengar vokal Dhiya Otherside Orchestra.

Walau tak ramai, tapi crowd memang hebat dan aku juga dapat berkenalan dengan ramai geng2 baru di sini. Habis gig pada mulanya nak lepak dengan Angah dan geng Othersidenya dan juga menyemakkan diri di studio Bodysurf, tapi akhirnya aku dan abang aku menjamu char kuew teow di Dataran Bandaraya bersama Fadhil Airplane dan rakan-rakannya sebelum adik aku menjemput kami pulang ke rumah famili di Malim Nawar.


No comments: