Thursday, December 09, 2010

Putus asa

Aku bergelumang dengan politik evolusi anti-BN(dari membangkang - mengkritik - kritik rasional)sejak membaca majalah Dunia Islam keluaran Disember 1994 berkulit hadapankan TG Nik Aziz. Sebelumnya itu juga sudah dididik perlahan-lahan sejak 1991 melalui kuliah agama di surau untuk membenci PM kita waktu itu, Tun Dr. Mahathir. Hampir 20 tahun ke hadapan, BN masih kekal menjadi pemerintah dan aku tidak pernah putus asa sehingga sekarang sebab aku tak cepat panjut dalam hal-hal yang memerlukan kita kuat dan teguh.

Begitu juga dalam hidup berkeluarga, aku selalu tidak mahu berkonflik sekecil apapun walau kadang-kadang ada juga yang meletup. Namun secara keseluruhan hubungan aku dan ahli keluarga sangat baik.

Sukan pulak - sejak tertendang bola semasa berumur 7 tahun di Pasir Gudang, sukan menjadi darah daging aku seterusnya obses kepada sukan dan negara Malaysia berlanjutan sehingga umur menghampiri 30 tahun. Sepanjang tempoh itu juga aku tidak pernah berputus harap bahawa Malaysia akan mencapai tahap gemilangnya suatu hari nanti dan sebenarnya ada yang sudah di puncak dunia seperti skuasy.

Hal yang sama juga bila berbicara tentang ekonomi diri & bukan diri dan seni budaya, aku tidak pernah putus harap. Dari zaman Apuke sehingga aku menggerakkan Frinjan bersama teman-teman yang lain dan sedikit sebanyak perubahan kecil terlihat walau jauh dari signifikan.

Namun ada satu hal yang aku cepat putus asa iaitu cinta, rasionalnya aku tidak mahu mengejar cinta yang ditepis kerana ia mengerah masa, emosi, tenaga dan wang yang tidak terhitung. Bagi aku putus asa cinta hal yang wajar untuk manusia logik dan praktikal.

3 comments:

Fakrul said...

aku rindu Apuke dan terima kasih atas lahirnya Frinjan :)

untuk para terakhir tu, jangan mudah putus asa kawan :)

Zul said...

Apuke menjadi sejarah, begitu juga Frijan nantinya..tunggulah produk anak2 muda zaman akan datang dengan semangat zamannya

hehe, tidak mudah bro..cuma maksudnya berbanding hal lain, aku lebih rela putus asa soal cinta :)

apai said...

iya betul. cinta butuh masa,uang dan emosi yang infiniti.. tidak sesuai bagi pemuda seperti kamu. tapi... apa salahnya mencoba lagi, gud luck. heh