Wednesday, January 01, 2014

Demokrasi Malaysia lebih baik dari Indonesia

Menurutku demokrasi di Malaysia tidak sepenuhnya buruk. Meski kebebasan berhimpun & kebebasan media dikekang, tidak ada warganya dihilangkan seperti Widji Thukul di Indonesia. Di Malaysia tidak ada yang takut berhimpun kerana hak itu dijamin di dalam Perlembagaan, maka tidak ada yang takut dengan Polis apatah lagi Tentera. Di Indonesia sampai sekarang bayang-bayang mengerikan Tentera masih terlihat sebahagian rakyat yang memperjuangkan isu pembantaian 1965/1966.

Jika di Malaysia, Pekida & Perkasa dikatakan keras, di Indonesia mereka tidak ada apanya malah dianggap sangat sopan. Banyak ormas (organisasi massa) di Indonesia siap diupah untuk mencedera & membakar serta merosakkan pejabat/rumah lawan mereka dan pihak berkuasa hanya memerhati, tidak meleraikan.

Jika di Indonesia riuh dengan demokrasi dan keterbukaan, parti apapun yang mentadbir tidak membawa banyak perubahan. Di Malaysia tumbangnya BN dan naiknya PR di beberapa negeri sudah mengubah banyak. Bukan itu saja, demokrasi pasca-2008 memunculkan dua gabungan parti terbesar di Malaysia iaitu BN & PR yang menguntungkan rakyat. Rakyat Malaysia dihargai suaranya kerana meminggirkan mereka bermakna hilang kuasa. Rakyat Indonesia? Suaranya tidak dipedulikan meski heboh di medianya yang bebas.

Maka pandanglah 2014 dengan keyakinan, demokrasi kita buruk kerana selama ini rakyat selesa dan pentadbir kita iaitu BN relatif membawa kesejahteraan. Sekarang masanya untuk kita memperbaiki demokrasi kita & terus menekan BN & PR untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

No comments: