Waktu darjah 5, cikgu BM pernah menyuruh menulis karangan bertajuk, Hidup di bandar/kampung lebih baik & kenapa? Dengan yakinnya aku memilih bandar dengan alasan perpustakaan lebih besar (merujuk Shah Alam), lalu disindir rakan sekelas yang hampir semuanya memilih kampung.
Waktu itu aku tinggal di Kapar, sebuah pekan kecil yang dekat dengan banyak kampung & 17km berjarak dengan Klang dan 32km dengan Shah Alam. Hampir setiap minggu aku ke Klang dengan bas KSOC & Shah Alam dengan bas mini, terima kasih kepada ibu bapaku yang memberi izin untuk jalan-jalan jauh secara sendiri seawal umur 10 tahun.
Hingga sekarang jika ditanya, aku tetap memilih bandar kerana di situlah aku boleh bertemu orang-orang hebat dan sifatnya yang majmuk. Sebab itu juga aku memilih tinggal di bandar Denpasar kerana di sini bukan saja dihuni orang Bali, tetapi ada Bugis, Jawa, Flores, Lombok, India, Cina, Sunda, Minang dan banyak lagi.
Kehidupan bandar dan orangnya tidak pernah membosankan, penuh warna.
No comments:
Post a Comment