Showing posts with label Amir. Show all posts
Showing posts with label Amir. Show all posts

Monday, May 05, 2008

Mekaseh pengunjung KLAB

Photobucket - Video and Image Hosting
Faisal dan Selaknya

Photobucket - Video and Image Hosting
aku menerima kunjungan geng Borders, Shirley & Bobbie

Photobucket - Video and Image Hosting
Pelancaran buku Selak, Chin Tong, Chin Huat,Syed Syahir,Haris, Faisal & Med

Photobucket - Video and Image Hosting
Terima kasih Belot sang penyelamat

Photobucket - Video and Image Hosting
Meriahnya

Photobucket - Video and Image Hosting
Sharon di gerai Malaysian Bookcrossers

Berakhir sudah KLAB 2008. Hati puas melihat sambutan yang diberikan. Esok aku akan duk berbincang ngan co-organizer KLAB merangkap jurucakap, Amir Muhammad tentang projek seterusnya. Badan & mental masih capek, namun kerja2 harus berjalan terus.

Hari kedua kunjungan sedikit kurang dari hari pertama, namun jualan di beberapa gerai lebih tinggi dari hari sebelum. Aku di Gerakbudaya & SIRD berjaya menjual hampir 70 judul buku di mana buku Isham, Keganasan, Penipuan & Internet menduduki carta pertama dengan 33 buah buku terjual, diikuti oleh dua buku terbaru allahyarham Rustam A. Sani, Social Roots of Malaya Left, 24 naskhah & Failed Nation, 22 naskhah, Tipping Point terbitan The Edge dengan 14 naskhah dan Where Monsoons Meet, 7 naskhah. Jumlah punya jumlah, lebih 4k juga jualan kami.

Agak mengejutkan apabila semua karya Pramoedya hampir habis dijual dan judul2 dari Indonesia mendapat sambutan yang tidak kurang hebat. Aku juga menyimpulkan bahawa ramai dari pembeli2 di gerai aku kali ini tidak pernah mendengar nama Gerakbudaya & SIRD dan ramai dari mereka bertanya lokasi pejabat atau kedai pada sangkaan mereka. Apa yang pasti selepas ini terdapat peningkatan jumlah mereka yang mengenali kami dan inilah juga tujuan sampingan KLAB diadakan untuk berinteraksi secare terus dengan pembeli dan bakal2 pembeli.

Apapun terima kasih kepada Amir & Dina di atas kerjasama berpasukan yang baik serta Uzair yang membantu dan Chet Chin yang mengendalikan sudut buku percuma dengan jayanya. Terima kasih juga kepada rakan2 yang hadir, Aran, Jibam, abang aku, Eugene, Jen, Shirley, Bobbie, Shazreeda dan ramai lagi. Jumpa lagi di edisi yang akan datang.

Klik di sini untuk gambar2 KLAB

Saturday, May 03, 2008

Lancar buku Isham + muzik + makan free

Photobucket - Video and Image Hosting
Rusli melancarkan buku Isham

Photobucket - Video and Image Hosting
Amir membaca gospel Isham

Photobucket - Video and Image Hosting
audien berkualiti

Photobucket - Video and Image Hosting
Isham menyampaikan ucap utamanya

Photobucket - Video and Image Hosting
Lagu2 Black aku memang layan

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Pyanhabib

Photobucket - Video and Image Hosting
Selebriti Isham menandatangani buku yang dibeli peminatnya, hehe

Photobucket - Video and Image Hosting
Tak ingat nama band ni apa, tapi layan

Photobucket - Video and Image Hosting
Din menangkap curi gmbr aku sedang mintak kontrak dari Eli, EXCO S'gor

May Day 2008 menjadi detik bersejarah apabila buku terbaru kompilasi tulisan2 Hishamudin Rais yang diberi tajuk, "Keganasan, Penipuan & Internet; Hegemoni Media Daulah Pecah" dilancarkan secara rasmi oleh Rusli, menurut Isham merupakan pembaca buku nombor satu di Malaysia di Annexe CM.

Tamat ucapan Rusli yang aku kenali semasa melepak di Bangsar Utama beberapa tahun lepas, tiba giliran Amir Muhammad memberi sepatah dua kata dan Amir telah membacakan 11 gospel Isham yang boleh dibaca di blognya.

Selepas itu parti pun bermula dengan persembahan2 dari band2 anak muda, Black dll juga bacaan sajak dari Pyanhabib. Sambil menikmati alunan muzik, geng2 yang turun dijamu dengan makanan dan minuman sementara aku dan Belot sibuk menjual buku. Terima kasih Belot kerana sudi menolong gua.

Hasil jualan malam ini, 75 buah buku terjual dari hampir 150 yang datang. Maknanya setiap dua orang akan beli satu dan peratusan sekitar 50% membeli bermaksud yang datang adalah berkualiti dan bukannya pura2 seperti mana ketika pelancaran buku2 yang melibatkan politikus.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang juga ADUN kawasan aku Bukit Lanjan turut hadir memeriahkan majlis. Duk sembang tentang Indie Fest yang dirancang dalam bulan Ogos nanti. Tamat KLAB aku akan menyibukkan diri membuat kertas cadangan dan susulan dan macam2 lagi tentang Indie Fest di PJ & Shah Alam Indie Fest.

Sesape belum beli buku ini, sila dapatkan di kedai2 buku utama; Borders, MPH, Popular, Kinokuniya, Times & Bookalicious di Seksyen 7 Shah Alam atau hubungi terus aku.

Kredit gambar pada Chikdin dengan DSLR barunya. Klik di sini untuk lebih gambar dari kamera aku yang banyak noise.

Friday, October 05, 2007

Mari Bersama2 ke The Curve Ahad ini!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ada dua acara menarik yang boleh mengisi kehambaran hidup anda akan berlangsung pada hari Ahad ini, 7 Oktober. Lokasinya di pusat membeli belah The Curve di Damansara. Pukul 2 petang, dua Fahmi (Fadzil dan Reza) bersama Azmyl Yunor dan Aziz Ali akan mempersembahkan Wayang Rakyat di Centre Court The Curve. Persembahan sulung telah berlangsung minggu lepas dan menurut kata di blog rasmi mereka, sambutan dari pengunjung mall agak memberangsangkan. Mestilah, crowd The Curve dan mall sekitar memang cool, hehe.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sejam kemudian bertempat di kedai buku Borders, Amir Muhammad akan membuat penampilan sulung di kedai buku untuk sessi bertemu pembaca dan juga peminat sejak lahirnya baby pertama beliau 'Malaysians Politicians Say the Darndest Things'. Ayuh berikan sokongan kepada mereka sambil memeriahkan acara ini.