Musim Penyesuaian
Sajak bertajuk "Musim Penyesuaian " dibacakan oleh Dinsman (reformis) ditujukan khas kepada sdr Anwar Ibrahim pada "Malam Saksi 14 April" pada pukul 8.30 malam 13 Mac 2005, bertempat di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tiada lagi cerita duka tiada lagi cerita lara tiada lagi cerita sengsara tiada lagi cerita aniaya tiada lagi cerita air mata tiada lagi cerita penjara tiada lagi cerita fitnah dan konspirasi orangnya telah dibebaskan
Tiada lagi marah dan maki tiada lagi tiup semangat berapi tiada lagi cerita menggamit simpati tiada lagi jeritan laungan slogan orang yang di dalam sudah pun di luar
Tiadalah lagi cerita misteri dan luar biasa cerita yang ada kembali ke cerita biasa kemelut politik perebutan pengaruh percaturan stategi macam-macam muslihat dan musibat
Suasana telah berubah angin telah bertukar langit beralih warna kelkatu tua itu tak daya mengangkat hidung besarnya lalu berundur kita yang menjerit, memekik undur maha zalim undur maha Firaun undur akhirnya dia undur siapa yang naik? siapa yang naik? kenapa bukan kita yang naik
Keadaan terus berbeza maha zalim turun takhta kita kehilangan suara sedar atau tidak kita kehilangan suara apabila maha zalim turun takhta dan orang lain naik takhta kita langsung kehilangan suara sang wira yang dipenjara itu obor perjuangan kita
Ketika dia di dalam sana terasa dia dekat di sini apabila dia di sini mahu kita semakinlah dekat tetapi reality menzahirkan jarak hakikat
Alam bebas tak berpagar luas tak bertepi amat berbeza walau hakikatnya kembali ke asal inilah saatnya mengenal emosi mengenal diri memang tidak mudah melalui saat ini kawan-kawan datang bercerita mengadu, meminta kata apakah dia akan tinggalkan kita mengapa dia tidak mendekati kita mengapa dia seperti jauh
Ini musim penyesuaian kembali menuntut kebijaksanaan sang pemimipin memperjelaskan beberapa kekaburan
Suasana telah berubah angin telah bertukar langit kembali warna tiada lagi dictator yang jahat yang ada seorang Mr Clean Mr Nice Guy Kata mereka
Kita kata kita berjuang menuntut keadilan ditegakkan mereka kata mereka pun sama
Kita kata kita berjuang menghapus amalan rasuah membersih pentadbiran Negara dan sebarang penyelewengan mereka kata mereka pun sama
Kita kata kita berjuang membela rakyat marhaen miskin tertindas mereka kata mereka pun sama mereka kata itulah mereka sejak lama tradisi membela rakyat
Ini musim menyuluh memperjelas perjuangan rakyat mahu suatu yang mudah dimengerti
Seperti dulu ada seorang tokoh dianiaya, dipenjara dan ada seorang penguasa maha zalim ditentang rakyat bangkit seluruh Negara bersatu tuntut keadilan sekarang rakyat itu kehilangan obor perjuangan sebahagiannya telah pun membawa diri
Ini musim penyesuaian kembali rindukan saat-saat emosi membuak ke jalanraya saat-saat-kita sanggup bersusah ke pedalaman Sarawak demi satu perjuangan
Kini semuanya tinggal kenangan rindu untuk ke medan perjuangan ini perlu disambut yang menuntut kebijaksanaan sang pemimipin kembali menjadi obor perjuangan!!!!!
No comments:
Post a Comment