Bangkok rock!!!
My friends, Angah and Diba with Ian Brown, jumpa kat Patpong
Sebahagian kecil kontinjen Malaysia
Bergambar bersama kontinjen dari Singapura
Aku pulang dari Bangkok isnin lepas dengan perasaan puas yang sangat-sangat setelah berpeluang menyaksikan Franz Ferdinand, Placebo, Oasis serta band-band hebat lain beraksi secara live di depan mata sendiri. Peluang sebegini mungkin hanya datang sekali sahaja di Asia Tenggara dalam tempoh terdekat walaupun pihak penganjur merancang untuk menjadikan ianya acara tahunan. Sama ada niat penganjur itu dapat diterjemahkan pada tahun hadapan, tunggu dan lihat.
Franz Ferdinand
Snow Patrol
Band tempatan
Bergambar bersama anak owner guesthouse
Berdasarkan jumlah kehadiran penonton pada festival ini, aku dapat merasakan ianya tidak akan dilangsungkan tahun hadapan. Bukan tak ramai yang hadir (aku anggarkan sekitar 10 ke 15 ribu setiap hari) tetapi jika diikutkan hasrat penganjur yang menjangkakan kehadiran mencecah puluhan ribu, festival ini dikira gagal menarik audien yang ramai seperti festival-festival muzik besar yang lain seperti Glastonbury, Woodstock, Fuji Rock Festival atau Big Day Out. Mungkin harga tiket yang agak mahal merupakan alasan utama dan jika ada yang bertanya mengapa pihak penganjur memilih Bangkok dan tidak Singapura atau KL, ini jawapan Dave McLean, individu yang bertanggungjawab membawa festival bertaraf antarabangsa ini ke Bangkok;
"I've been to 61 countries, and there are a lot of great places out there, but i'v never found a place as exciting as Bangkok, honestly, It has a good name, a good vibe to it."
"People said it would be impossible to do here and many people suggested Singapore would be a more appropriate venue. But after doing some research in the region, though, i found Bangkok to be just suitable as anywhere else, if not more so."
Sumber Majalah Metro Edisi 139
Harap-harap jika ianya tetap dianjurkan tahun hadapan, jemputlah Radiohead, Coldplay, Muse dan Greenday untuk beraksi, tak cukup bajet lagi kalau aku nak ke UK atau US. Walau apapun aku tetap enjoy dan telinga ini masih terngiang-ngiang akan lagu Take Me Out, Wonderwall, Because I Want You, Song To Say Goodbye dan banyak lagi. Nasib baik aku ada membuat beberapa rakaman menerusi kamera digital yang berjaya juga diseludup walaupun pemeriksaan yang amat ketat, terima kasih pada Diba! Sesiapa yang nakkan beberapa klip video tu, silalah beri e-mel anda atau klik di sini Bangkok....I love Chatuchak and your LRT, very efficient and integrated!
No comments:
Post a Comment