Program menarik KsJT
Teman-teman,
Ada dua program mustahak yang sesuai untuk dihadiri oleh anak muda, termasuk mahasiswa, yang dianjurkan oleh Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT).
(A) Diskusi Warung -- Siri ke-3.
Tarikh: 11 Februari 2006 (Sabtu)
Jam: 4 petang
Tempat: Restoran Syed (belakang pasaraya TMC), Lucky Garden, Bangsar (kawasan ini berdepan dengan Bangsar Village, Bangsar Baru)
Kertas 1: "Kontroversi Perkara 121 (1A)"
Fokus: Mengulas beberapa perkara yang menjadi kontroversi antara masyarakat Islam dan bukan Islam baru-baru ini (Januari 2006)
Pembentang: Feisal, siswa perundangan, UiTM
Kertas 2: "Ruh, jiwa, mental dan diri: Pemisahan atau saling berhubungan?"
Fokus: Menjelaskan perbahasan/dilema dalam memahami dasar-dasar pokok pemikiran Eropah/Barat yang memisahkan fikiran dengan jasad (mind-body) dari pandangan filsafat Eropah dan juga perbandingan dengan Islam
Pembentang: Anam, lulusan Universiti Malaya
Kertas 3 (rezab): "Patung dan ukiran dalam analisa Semiotika: Satu tinjauan awal patung-patung Raja Shahriman Raja Aziddin"
Fokus: Konsep semiotika dan konsep berhala dalam Islam; kenapa imej manusia & binatang tidak boleh dianggap "berhala" atau menyerupai imej ciptaan Tuhan.
Pembentang: Fathi Aris Omar, wartawan MStar Online
Sesiapa yang berminat menyertai, sila hubungi mereka dan sila tolong telefon kawan2 KsJT jika tersesat jalan atau tidak tahu ke Restoran Syed, Lucky Garden.
(B) Satu lagi program tentang analisa masyarakat sivil (civil society) dalam konteks memajukan gerakan siswa akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 19 Februari 2006 (Ahad)
Jam: 3 petang
Tempat: Open Dialogue Centre (ODC),
No 14 Lorong Dungun,
Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
Pembentang: Meredith Weiss, penyelidik dari East-West Center, Washington, dan juga pengarang buku "Protest and Possibilities: Civil society and coalitions for political change in Malaysia" (baru terbit Januari 2006). Weiss lebih 5 tahun menjalankan kajian, termasuk di peringkat doktor falsafah (PhD), di Malaysia dan kini datang selama 3 bulan sebagai zamil
penyelidik (research fellow).
Untuk mengenali buku ini, sila ke link berikut: http://patahbalek.blogspot.com/2006/02/reformasi.html
Fokus: Analisa tentang masyarakat sivil di Malaysia, teori dan konsep politik dan gerakan siswa
Untuk program ini, sila berhubung dengan Amir Sari di e-mel amirsari2003@yahoo.com atau Fathi Aris Omar 019 203 44 88
No comments:
Post a Comment