Glastonbury Asia hujung minggu ini
Bagi para peminat muzik Britpop di Thailand khususnya dan Asia Tenggara amnya pasti tidak sabar-sabar untuk menanti hujung minggu ini. Kenapa? Jika ada yang tidak mengetahui lagi, tanggal 18 dan 19 Februari ini bertempat di Lakeside, Muangthong Thani Bangkok akan berlangsungnya Bangkok 100 Rock Festival 2006 yang bakal menampilkan band-band hebat seperti Oasis, Franz Ferdinand, Placebo, Snow Patrol dan ramai lagi. Melihatkan senarai band yang akan membuat persembahan, tidak boleh diragukan bahawa festival ini boleh digelar Glastonbury versi Asia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Oleh kerana bajet mengizinkan, aku dan dua orang rakan akan menjadi sebahagian daripada kontinjen dari Malaysia yang akan membanjiri padang Tasik Muangthong Thani. Khabar yang aku terima Malaysia akan menghantar kontinjen yang agak ramai dan ini dapat dibuktikan apabila banyak guesthouse dan hotel bajet yang aku hubungi memaklumkan akan tiada kekosongan bilik dek kerana tempahan yang menimbun dari rakyat Malaysia. Mujurlah akhirnya kami berjaya juga menempah sebuah bilik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tiket konsert, sila klik di sini dan aku baru saja berjaya membuat pembelian secara online semalam,.
# # Here are your ticket purchase details:
Your Order Number : 318557
Date of Order : 15/02/2006 01:07
Show : Bangkok 100 Rock Festival 2006(Two Day Pass)
Venue : Lakeside Muangthong Thani
Show Date : 18 Feb 2006
Show Time : 16:30
Zone : C2
Seat Number(s) : A568, A569, A570
Seat Amount : 1,700.00, 1,700.00, 1,700.00 baht
Discount : 0.00 baht
Service Charge : 30.00 baht
Payment Amount : 5,130.00 baht
Sebagai bonus tambahan, mulai 17 hingga 27 Februari ini juga akan berlangsungnya Festival Filem Antarabangsa Bangkok yang akan diadakan di Siam Paragon (mal terbesar di Asia Tenggara yang baru dibuka) dan ini juga bermakna aku berpeluang meninjau kedai buku Kinokuniya. Bak kata-kata aku, dari kedai buku ke kedai buku jua, hidup buku!
Tagline Borders di mana aku bergantung hidup, hehe iaitu 'Books, Music, Movies, Cafe' merupakan tagline kehidupanku juga kecuali cafe tu bolehlah dimaksudkan sebagai 'Nescafe Tarik mamak'.
No comments:
Post a Comment