Tulisan sempena Merdeka
UMNO & MCA yang menjengkelkan
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Saban hari aku berasa muak membaca berita-berita daripada akhbar perdana yang memainkan isu-isu yang tak pernah dan tidak akan kelihatan cerah di dalam masa terdekat iaitu isu perkauman. Selagi dua parti perkauman terbesar di negara ini yang hanya mementingkan periuk nasi mereka tidak beransur-ansur hancur, selamanya Malaysia akan begini.
Aku mengimpikan di kala umur aku menjangkau 60an (jika diizinkan), aku akan dapat membeli dan seterusnya membaca buku-buku tentang sejarah dua parti ini yang dibubarkan dek kerana tidak mendapat sokongan rakyat. Malah di waktu itu Malaysia begitu maju dan agihan kekayaan diberi seadilnya dan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama saling hormat menghormati dan bekerjasama secara jujur.
Bayangkan tiada lagi kedengaran propaganda keji penceramah BTN, tiada lagi blame game serta parti politik semua ahlinya berbilang kaum dan menumpukan kepada agenda yang lebih besar. Walaupun ianya kelihatan utopia dan angan-angan yang tak berpijak di bumi yang nyata, aku percaya ianya boleh terjadi sama ada melalui revolusi atau evolusi selagi mana kita berusaha ke arah itu. Siapa menjangka bumi Melaka boleh dijajah, siapa sangka selepas beratus-ratus tahun dijajah kita boleh merdeka, siapa juga sangka Sultan dan Raja yang maha berkuasa boleh dikurangkan mahanya, siapa sangka Sabah dan Sarawak ingin menyertai Malaya ketika itu, siapa sangka Singapura ingin turut serta sebelum kemudiannya dihalau keluar.
Terlalu banyak senarai perkara-perkara yang tidak dijangka telah dan akan berlaku di negara ini khususnya dan dunia global secara amnya. Apa yang perlu kita rakyat Malaysia terutama generasi pewaris iaitu kita orang muda harus mula bekerja dan menyelinap di segala lapangan untuk menyebarkan idea negara unggul kita, soal berjaya atau tidak serahkan kepada rakyat untuk menentukan.
Pemuda Melayu harus bijak berhadapan dengan rakan bukan sebangsa dan jangan sekali-kali menjauhkan diri dengan alasan-alasan remeh seperti tidak ngam dan tidak mahir berbahasa English, buang prasangka dan prejudis yang telah tertanam dek asuhan masyarakat sekeliling, guru-guru dan juga ibu bapa. Begitu juga kepada Pemuda Cina, India dan lain-lain, tidak salah meminta keadilan dan kesamaan tetapi di dalam masa yang sama haruslah bijak menggunakan saluran dan jangan di dalamnya ada rasa benci kepada Melayu Islam yang pastinya tidak bersalah. Jangan biarkan tindakan anda digunakan oleh ekstremis Melayu sebagai justifikasi kepada amaran mereka.
Beritahu juga kepada ekstremis serta usahawan tipikal dari kaum anda supaya membuang sifat tamak haloba dan rasa pesimis kepada Melayu Islam dan janganlah memberi alasan-alasan bodoh. Juga kepada Melayu yang tidak fasih berbahasa English, Mandarin atau Tamil, cuba-cubalah pelajari untuk memudahkan perhubungan. Begitu juga yang tidak fasih Bahasa Malaysia harus memperbaiki kebodohan diri kerana inilah bahasa rasmi negara kita dan juga bahasa rakyat biasa.
Jangan sampai tidak mahir membaca dan memahami isi berita di akhbar-akhbar propaganda UMNO seperti Utusan dan Berita. Akhir sekali apa yang penting pelajari dari sejarah dan sentiasalah belajar tentang negara kita dan isinya sepanjang masa. Jika boleh jangan hanya pelajari sejarah sebaliknya mencipta dan merubah sejarah negara yang hitam kepada yang lebih cerah. Walau apapun hanya satu yang pasti, rakyat yang buta sejarah boleh diumpamakan seperti bangkai yang bernyawa. Selamat Hari Merdeka!
Satu lagi pesanan tambahan, cubalah bersikap professional jika Menteri marah rakyat tidak mengibarkan bendera. Apa kaitan Menteri dengan mengibar bendera, dia marah atau tidak buat tidak tahu sudah. Kibar saja apa masalahnya?, tidak perlulah diungkit bermacam-macam perkara dan alasan. Kononnya patriotisme bukan dinilai daripada kibaran bendera, ya aku setuju tetapi sukar sangat ke untuk mengibar bendera? susah ke? Aku tak rasa susah dan aku berasa agak sedih dan terkilan kerana di kawasan kondominium aku, amat sukar melihat kibaran Jalur Gemilang. Akhir kata sekali lagi, kibarlah Jalur Gemilang kerana itulah kebanggaan kita....usah memperlihatkan kebodohan diri. Selamat Hari Merdeka sekali lagi!
Tuesday, August 29, 2006
Friday, August 25, 2006
Mahathir & Labu-Labinya
by Hishamuddin Rais
Bila saya membaca laporan tentang Mahathir Muhamad kebelakangan ini saya tiba-tiba menyedari bahawa jiwa saya telah diresapi oleh satu perasaan. Sebenarnya perasaan yang ada dalam hati saya ini adalah perasaan yang “hitam”. Dari kitab-kitab suci yang pernah saya baca perasaan “hitam” ini tidak seharusnya wujud dalam roh saya.
Al-Quran melarang manusia memiliki perasaan ini. Kitab suci Gautama Buddha banyak memperkatakan bagaimana insan wajib melawan perasaan hitam ini. Malah sama seperti ajaran Sufi, Sidarhata juga mengajukan pelbagai bentuk cara dari zikir, bermeditasi, bernafas dan pergerakan badan agar perasaan hitam ini lupus.
Tetapi dalam masa yang sama saya mesti berlaku jujur terhadap susuk saya sendiri. Agihan kejujuran yang utama dari saya adalah untuk roh dan tubuh badan saya. Saya tidak dapat melarikan diri dari perasaan ini. Kalau saya melarikan diri ertinya saya tidak jujur kepada roh dan tubuh badan saya.
Perasaan ini ialah perasaan gembira – saya begitu gembira dan cukup senang hati apabila melihat apa yang sedang terjadi kepada Mahathir Muhamad pada ketika ini. Saya tidak dapat menyorokkan kegembiraan ini. Tidak mungkin. Kenapa saya perlu berbohong dan tidak ketawa terbahak-bahak apabila melihat Mahathir Muhamad dalam kesesakan. Pernah di surahkan di Hollywood – ” saya bukan sahaja gembira kerana berjaya mendapat oskar tetapi saya juga ingin melihat orang lain gagal…” Ha ha ha.
Saya gembira kerana saya percaya terhadap hukum karma. Apa yang sedang terjadi kepada Mahathir Muhamad ini adalah hasil perbuatan dirinya sendiri. Kalau ada insan yang diberitahu bahawa getah ipoh itu adalah racun tetapi dia masih ingin memakannya maka tidak ada apa yang boleh kita lakukan, hanya kita sama-sama bergotong royong menggali kuburnya.
Pada petang di hari Mahathir Muhamad menangis meletakkan jawatan di persidangan tahunan United Malay National Organisations pada tahun 2002 dahulu, saya sedang melakukan senaman di luar sel tahanan saya di Kamunting. Satu habuk pun saya tidak percaya kepada apa yang dituturkannya oleh Mahathir pada petang itu. Malah perkataan – akan, yang, dan, di, nya – yang muncul dari mulut Mahathir Muhamad itu pun saya tidak percaya. Malah titik di huruf i dan sengkang pada huruf t, jika huruf-huruf ini datang dari mulut Mahathir Muhamad saya juga tidak akan percaya.
Saya memiliki pengalaman sendiri. Mahathir menghebohkan kepada media bahawa saya menangis dan berlelehan air mata meminta untuk pulang ke Malaysia. Dia juga menuduh saya tidak berterima kasih. Jawapan saya cukup senang. Saya amat jarang menangis ketika saya berada di luar negara. Ketika saya menulis surat resmi untuk memohon pulang ke Malaysia itu, saya berada dalam kota London. Justeru, saya tidak mungkin menangis kerana keseronokan hidup saya pada ketika itu mencurah-mencurah lebih hebat dari curahan ombak tsunami di Acheh.
Kemudian saya dituduh tidak berterima kasih. Ini tepat dan betul. Saya tidak menafikan ini. Saya tidak pernah berterima kasih kepada Mahathir Muhamad dan tidak mungkin dalam masa terdekat ini saya akan melakukannya. Ini adalah hasil didikan dari kaum keluarga saya. Kami sekeluarga hanya akan berterima kasih kepada orang yang kita kasih. Kita sebagai warga negara harus mengakui bahawa bumi Malaysia ini bukan hak milik Mahathir. Bumi ini hanya kita pinjam untuk sementara. Jadi, kehadiran saya di bumi ini atau pun di mana saja tidak ada sangkut paut dengan Mahathir Muhamad.
Justeru, tidak mungkin saya akan berterima kasih kepada Mahathir Muhamad walau pun dia akan menghadiahkan kontrak membuat jambatan emas dari Kubang Pasu ke Singapura. Atau pun saya diagihkan kontrak untuk membuat tiga saluran jalan kereta api dua tingkat dari Kuala Lumpur ke Sinkiang.
Di media, saya juga telah dituduh oleh Mahathir Muhamad sebagai dalang yang menghasut rakyat keluar berdemonstrasi sesudah Anwar Ibrahim dibuang dari kerajaan. Sebenarnya pada ketika itu saya tidak tahu apa yang sedang berlaku dan tidak kenal siapa yang keluar berdemonstrasi. Apa yang saya lakukan ialah mengumpul semua bahan-bahan slebaran dan mengambil gambar. ( Semua bahan ini telah dirampas polis ketika saya ditahan).
Bila tuduhan dalang itu sampai maka saya cukup yakin bahawa manusia yang bernama Mahathir Muhamad ini tidak boleh dipercayai. Rasa saya kata-kata, ucapan dan janji Ibrahim Ali lebih senang untuk saya yakini dari ucapan Mahathir Muhamad.
Pada ketika ini, saya ketawa kerana balasan karma telah sampai ke pangkuan Mahathir Muhamad. Sebenarnya apa yang sedang dilakukan oleh Mahathir Muhamad ini ialah menyeksa dirinya sendiri di hadapan mata rakyat Malaysia. Menyeksa diri sendiri wujud dalam mitologi agama. Dari mazhab Syiah kita akan melihat ketika bulan Muharam sampai para penganut Syiah akan memukul diri mereka sendiri hingga berdarah-darah dan ada yang sampai mati. Dari apa yang saya dengar ini dilakukan kerana mereka menyesali di atas kematian Ali.
Dalam mitologi Kristian pula, pada bulan April ada penganut yang soleh tetapi telah merasa berdosa, lalu mereka merantai kaki mereka dengan bola besi dan mengheret bola besi ini dari gereja untuk mengelilingi bandar. Dalam agama Hindu pula para Syahdu akan tidur di atas paku, di atas kaca atau berdiri sebelah kaki untuk menyeksa diri sebagai tanda kesetiaan terhadap agama.
Waspada. Mahathir menyeksa dirinya sendiri bukan kerana mengikut mitologi agama. Dia diseksa oleh hukum karma perbuatan dirinya sendiri. Mari kita melihat satu persatu hukum karma yang sedang menyeksa Mahathir. Sambil melihat Mahathir diseksa ini marilah kita ketawa gembira.
Mahathir Muhamad merancang untuk menjatuhkan Abdullah Badawi melalui pemilihan dalam parti. Mahathir mungkin telah berjaya memujuk Megat Joned atau pun Sanusi Joned untuk bertanding melawan Abdullah Badawi. Tetapi perlembagaan parti United Malay National Organisations telah berpuluh kaki diubah suai untuk mempertahankan kedudukan Mahathir sendiri pada satu ketika dahulu. Lalu, peluang Sanusi atau Megat untuk mendapat pencalonan melawan Abdullah Badawi ini hanya tinggal angan-angan Mat Jenin seperti Sanusi menanam padi di atas atap.
Mahathir Muhamad telah menyuarakan harapan sedihnya agar dia dapat dijemput untuk berucap di hadapan ahli-ahli parti. Seorang YB dari Perlis telah bersedia untuk menjemput Mahathir merasmikan mesyuarat bahagian. Sayang, seribu kali sayang, rupa-rupanya dengan senyap-senyap tanpa diketahui umum bahawa orang politik yang boleh merasmikan mesyuarat bahagian hanya menteri dan ahli majlis tertinggi sahaja. Siasat punya siasat yang membuat peraturan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Mahathir Muhamad sendiri. Ketawalah kita beramai-ramai.
Mahathir Muhamad tiba-tiba menjadi marah kerana media dan akhbar tidak memberi ruang untuk dia berleter. Dia marah kerana dia seorang Tun, bekas Perdana Menteri, wira dunia ketiga, Raja Seluruh Afrika – ha ha ha. Mahathir Muhamad dengan begitu cepat sekali terlupa bahawa akhbar dalam negara ini hanyalah akhbar sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu – bagi makan aku makan yang lain aku tak tahu.
Mahathir terlupa bahawa dalam negara ini ada pelbagai undang-undang dan akta yang mengawal dan mengekang kebebasan akhbar dari membuat laporan yang berwibawa. Sebenarnya kemerosotan akhbar menjadi bertambah buruk dalam zaman pemerintahan Mahathir Muhamad sendiri. Ketawalah kita sekali lagi kerana Mahathir terlupa tentang Akta Percetakan.
Penyokong dan pembodek Mahathir Muhamad telah cuba mencari dewan hotel, dewan orang ramai, agar Tun Dr. Mahathir Muhamad dapat diberi ruang untuk berleter. Ha haha… sin sa la bin.. satu pun tempat tidak dapat mereka sewa. Rasa saya, Mahathir terlupa atau buat-buat lupa tentang tabiat tidak memberi ruang umum kepada sesiapa yang tidak menyokong kerajaan ini. Perangai menekan orang lain dari bersuara ini telah diperkenalkan oleh dirinya sendiri. Malah selama 22 tahun pemerintahan Mahathir Muhamad tabiat menekan rakyat dari bersuara ini telah dijadikan seni.
Saya rasa pasti Mahathir Muhamad teringat kepada dewan kuliah F di fakulti sastera Universiti Malaya atau di Dewan Tungku Canselor yang pernah memberikan ruang untuk Mahathir berucap ketika suasana demokrasi kampus gilang gemilang. Siapa yang membunuh tradisi debat in – orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah Mahathir Muhamad sendiri. Kerana itu pada hari ini jangan harap Mahathir akan dijemput untuk berleter di Dewan Tungku Canselor, hendak mencium bau surau Kolej Kelima pun tidak mungkin dapat.
Yang paling lawak bagi saya ialah apabila Mahathir “kompelin” yang dia tidak dapat bertemu dengan para pelajar Malaysia di kota London. Mahathir juga telah gagal untuk dapat peluang berleter di hadapan ahli-ahli kelab United Malay National Organisations di London. Kenapa ngok sangat si Mahathir ini. Bukankah cara ini juga telah digunakan ketika penyokong-penyokong Anwar Ibrahim ingin menerangkan kepada para pelajar Malaysia di luar negara dahulu. Pelajar-pelajar yang ingin mendengar telah diugut, ditarik biasiswa dan ada yang dihantar pulang. Ha haha haha… padan muka ketawalah kita.
Apabila dia pulang dari London pada 22 hari bulan lepas saya tersenyum gembira kerana hanya ada 300 orang sahaja yang datang menyambut wira dunia ketika a.k.a Raja Afrika. Ini pun akhbar tempatan telah membesarkan angkanya seperti 1000 orang mengikut laporan akbar MCA -The Star. Ini kerana mereka masih ada belas kasihan melihat Mahathir Muhamad sedang menyeksa dirinya sendiri.
Wow ! Tiba-tiba Si Mamat Mahathir ini bangun dengan gagah berani dan menuduh anak menantu Adullah Badawi menyamun pelbagai bentuk kontrak dan projek dari kerajaan. Oh la la… kata orang Perancis bila terperanjat. Saya pun terperanjat sama. Perkara ini tidak seharusnya ditimbulkan kerana ini adalah atur cara dan jalan kerja ekonomi yang pernah disusun oleh Mahathir Muhamad sendiri. Macamlah si Mamat ini terlupa tentang berbilion duit Petronas yang dirembatnya untuk menyelamatkan anak dan suku sakatnya. Rasa saya kalau kita dalam masjid kentut dengan bunyi yang kuat lagi busuk, lebih baik bangun ke tandas dari menuduh orang lain. ( Hal ini gua tak mahu ceritalaa – loteh badan den).
Paling gembira hati saya ialah apabila saya terbaca tentang cadangan agar nama “precint” yang digunakan oleh Mahathir Muhamad di Putrajaya akan disunatkan untuk masuk Melayu. Ini satu perli yang amat besar. Tindakan ini adalah cara terhormat untuk memperlekehkan wira dunia ketiga. Kalau sayalah Mahathir Muhamad, pasti saya merasa berbulu. Kerana telah nampak jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa semua yang telah dilakukan nya sedang dirombak satu persatu oleh Abdullah Badawi.
Apabila saya menulis tentang Abdullah Badawi ini, saya akan ketawa terbahak-bahak ketawa dan berguling-guling di atas lantai. Abdullah Badawi ini mungkin kerana dia insan yang warak maka dia telah tidak ambil pot tentang apa sahaja yang dileterkan oleh Mahathir Muhamad. Saya rasa Mahathir cukup terseksa dengan langkah tepat yang diambil oleh Abdullah Badawi ini. Saya teringat zaman rock saya dahulu. Ada juga orang tua penjaga moral yang cuba berleter terhadap pakaian dan gerak geri saya. Saya langsung tidak ambil pot. Apa yang si Mamat tua itu boleh lakukan. Saya muda dan tambang bas dan duit tiket fun fair yang saya gunakan bukan duit dia. Saya biarkan dia menyalak hingga kering air liur.
Saya cukup senang hati dan gembira apabila Mahathir diseksa oleh jawapan senyap sunyi dan sepi dari Abdullah Badawi. Adakah ini satu strategi yang dirancang atau kerana Abdullah sendiri tidak memiliki jawapan, tidak akan saya pedulikan. Apa yang pasti ialah Mahathir Muhamad sedang menyeksa dirinya sendiri kerana Abdullah Badawi tidak menjawab. Ha hah ha ketawalah kita.
Tup tup tiba-tiba semuanya lengang. Tidak ada lagi orang datang berpusu-pusu mencium tangan Mahathir Muhamad. Jamaluddin Jarjis yang pada satu ketika dahulu, pagi dan petang berkuda dengan Mahathir Muhamad tiba-tiba menghilangkan diri dari Tun yang disayangi. Mungkin si Jamaluddin ini sedang memasang kabel lesterik dalam hutan Rompin. Atau sedang mencari anak beruang.
Akhir-akhir ini saya sering tertanya-tanya bahagian buntut Mahathir sebelah mana yang telah dicium oleh Ibrahim Ali. Lama saya terfikirkan hal ini. Agaknya bagaimana rupa buntut orang tua yang telah berumur 80 tahun. Pasti tidak ada unsur berahi seksual di sini. Saya menulis ini bukan kerana ingin jadi kurang ajar atau tidak bermoral. Ini berdasarkan kenyataan Ibrahim Ali sendiri semasa dia dalam parti Semangat 46 dahulu. Ibrahim pernah berpidato - jika dia masuk ke United Malay National Organisations sekali lagi ertinya dia telah mencium buntut Mahathir.
Tetapi lawak buntut Mahathir ini belum cukup lagi. Yang menggembirakan hati saya ialah si Ibrahim Ali kini telah menjadi orang kanan Mahathir Muhamad. Ini bukan kerana rotan tidak ada maka akar pun boleh digunakan. Ibrahim Ali ini bukan berstatus akar tetapi berstatus daun lalang. Saya lihat Mahathir ini betul-betul ” desperate”. Bila Mahathir dalam keperitan seperti ini sayalah orang yang paling gembira.
Lalu saya bertanya - ke mana perginya wira-wira anak didikan Mahathir Muhamad sendiri. Rafidah telah berpaling tadah, Najib langsung tidak bersuara, Ghani Osman tidak berkata apa-apa, si Shahidan Kassim sibuk dengan cigar Havana-nya, Sharizat Jalil semakin tembam, dan Nazri Aziz pula sudah menjadi tukang pukul boss yang baru. Maka yang tinggal hanyalah Ibrahim Ali a.k.a Katak dan Dolah Kok Lanas a.k.a The Dairist. Hasilnya, apa yang dilakukan oleh Mahathir Muhamad ketika menyeksa dirinya sendiri ialah dia juga turut menyeksa orang-orang pencen dan orang-orang bekas itu dan bekas ini.
Mungkin ada yang akan menuduh saya tidak memiliki perasaan kerana ketawa melihat orang tua menyeksa diri sendiri. Ini tidak betul. Dalam hal orang jahat kita tidak perlu ada belas kasihan. Lihat sahaja sandiwara Eric Chia dan Suharto dan Pinochet yang datang ke mahkamah dengan kerusi roda. Semua ini untuk menagih simpati. Jangan sesekali kita bersimpati terhadap orang jahat. Yang jahat tetap jahat dan wajib dihukum. Jika mereka terlepas mereka akan melakukan keganasan berjuta kali ganda dari apa yang dapat kita fikirkan.
Akhirnya, lima ratus tahun dari hari ini apabila anak cucu cicit kita melihat kembali sejarah kita pada tahun 2006 ini mereka juga akan ketawa. Tulisan saya ini akan terus tersimpan dalam alam siber untuk menjadi ingatan kepada generasi yang akan datang. Mereka akan melihat bagaimana Mahathir Muhamad dengan licik telah menyusun strategi , undang-undang dan peraturan agar dia dapat berkuasa selama 22 tahun. Dia menggali lubang dan memasang banyak perangkap untuk menimbuskan musuh-musuh politiknya. Tetapi lihatlah apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita.
Untuk anak cucu cicit kita bergembira menari dan menyanyi biarlah saya reka sebuah pantun untuk mengingati orang yang bernama Mahathir Muhamad ini :-
Gali punya gali
Jerat punya jerat
Pandai-pandai tupai melompat
Mahathir tersembab di lubang Katak.
Mahathir hanyut dengan labu labinya
Biarkan biarkan.
END

Sunday, August 20, 2006
Jom ke Pantai Dalam & Hotel Istana
Perjelasan Isu Mahathir vs Abdullah bersama Anwar Ibrahim
Walaupun permohonan permit polis untuk forum awam di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berucap pada malam hari Ahad ini (20 Ogos 2006) telah dibatalkan, program ini tetap akan dikekalkan dan orang ramai dijemput hadir.
Menurut penganjur, Angkatan Muda Bahagian Lembah Pantai dan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Pantai Permai, mereka telah mengemukakan permohonan permit beberapa minggu dahulu, dan diberitahu pegawai berkenaan bahawa permit akan diberi semalam. Akan tetapi, oleh sebab "tekanan berterusan", pihak penganjur telah menerima notis pembatalan permit pada sebelah malam 18 Ogos.
Para pemimpin parti yang akan turut hadir dan memberi ucapan termasuk Naib Presiden, Azmin Ali; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) merangkap Ketua Perhubungan Wilayah Persekutuan Dr. Sanusi Osman, Ketua Wanita, Fuziah Salleh; Ketua Angkatan Muda, Ezam Md Noor dan Ketua Perhubungan, Tian Chua.
Tarikh : 20 Ogos 2006 (Ahad)
Masa : pukul 9 malam
Tempat : Padang Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Bekas Ketua Pemuda MIC, Dato Nalla K.S. akan mengumumkan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (keADILan) dalam satu upacara yang disaksi oleh Presiden Parti, YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat Parti, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Majlis Sambutan Kemasukan Dato Nalla K.S. ke keADILan
Tema : Menjana Tenaga Kemenangan
Tarikh : 20 Ogos 2006 (Ahad)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Mahkota I & II, Hotel Istana, Kuala Lumpur
Yang turut menyertai KeADIlan adalah bekas ahli-ahli MIC dan PPP serta golongan professional dan borang kemasukan akan diserahkan kepada Presiden dalam majlis tersebut.
Majlis tersebut terbuka kepada orang awam dan dijangka seramai 2,000 orang akan hadir.

Lagi sekitar isu Amani
Komentar yang agak menarik dan berbeza pandangan sekitar isu Amani boleh dibaca di blog Pak Khalid, Rustam Sani , Nisah Haron, Lutfi, Jimadie Shah, Faisal Tehrani dan Jiwa Rasa. Ada yang jernih, ada yang dangkal, ada yang Melayu Islam, ada yang Melayu Hindu (banyak di Bali, sisa-sisa kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang juga sebahagian dari kita, jangan lah kita lupa asal usul), ada yang Melayu Kristian (Lina Joy dan rakan-rakan) dan ada yang macam-macam tergantung cara mana kita membaca dan mentafsir.
Klik juga di Zon Abie Harian Metro dan Suraya Al-Attas di NST
Lagi di Minnguan Malaysia;
Kontroversi jadi budaya kita...
Antara gubra Amani dan kelakar Badul
Kontroversi lagi - Tutur kata cacatkan majlis anugerah

Wednesday, August 16, 2006
Hidup Gubra & Nani!
Salahkah Amani berterus terang?
Sharifah Amani mohon maaf -Utusan
Rais tidak maafkan Nani -Metro
Nani calar imej FFM19 -Metro
Gubra ulangi kejayaan Sepet -Utusan
Rais lahirkan kekesalan -Utusan
Kenapa saya berucap bahasa Inggeris -Utusan
Dr Rais marah gelagat Amani -BH
'Saya tak hina bahasa Melayu' -BH
Kerajaan didesak haram Gubra, batal penganugerahan -Harakahdaily
Seperti dijangka, ucapan kemenangan Sharifah Amani atau Nani sewaktu memenangi Anugerah Pelakon Terbaik FFM 2006 telah menjadi kontroversi hingga 'Menteri Sinematografi' (siapa tengok doku. 18MP pasti tahu) kita turut terbabit sama. Siapa yang harus disalahkan? Nani, pihak media, Pak Menteri Rais Yatim atau PAS?
Walaupun aku juga kurang gemar akan masyarakat Melayu yang bertutur di dalam Bahasa English tanpa mengira situasi dan tempat. Bagi aku, kata-kata Nani iaitu "I sound like stupid if I speak in Malay" harus dilihat di dalam konteks bahawa Nani memang tidak fasih berbahasa Melayu yang 'proper'.
Penjelasan Nani terhadap isu ini boleh dibaca di sini dan di sini
Seharusnya tidak timbul isu Nani ingin memperlekehkan bahasa kebangsaan dan mengapa Nani tidak fasih berbahasa Melayu bukanlah soal utama. Mungkin masalah kurang fasihnya Melayu Nani yang juga bahasa ibunda boleh diperdebatkan dan harus diingat banyak golongan seperti ini di Malaysia dan ianya juga turut berlaku kepada masyarakat Cina, India dll yang tidak mahir berbahasa ibunda. Secara peribadi aku bersetuju dengan Nani bahawa bahasa yang lazim digunakan untuk berfikir dan bertutur lebih sesuai untuk digunakan kerana ekspresinya lebih tepat dan menyakinkan dan aku mempunyai beberapa kawan yang seperti ini.
Cuma mungkin satu kesilapan Nani yang masih muda adalah beliau silap membaca audien di PWTC/rumah yang gagal membaca atau sukar menerima kerana mungkin kejahilan atau sesetengah media yang gemar memanipulasi dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Apapun semua kontrovesi ini pada sangkaan aku tetap dimulakan segolongan manusia yang 'hatinya bernanah' dan sukar menerima cara fikir masyarakat yang berbeza. Diharap dengan permohonan maaf Nani yang bagi aku tidak perlu pun sekurang-kurangnya dapat meredakan suasana dan ia juga membuktikan Nani masih mempunyai sikap yang jernih dan diharap pihak hati bernanah juga dapat menjernihkan hati mereka.
PAS & Gubra
Tambah mengecewakan laman web Harakahdaily yang sedikit sebanyak mewakili pandangan parti PAS turut terlibat dengan menyiarkan artikel yang mengkritik Gubra dan juga Nani. Apa yang menghairankan sejak bila pula mereka ini berminat dengan filem? Lagi parah bekas Ketua Pemuda PAS yang kini Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengharamkan filem ini kononnya filem ini mengembangkan pemikiran liberalisme yang membahayakan masyarakat. Adakah ini pandangan sebenar parti yang 'poyo-poyo' pada era Reformasi mendesak agar kerajaan lebih demokratik? Kalau ya maknanya cakap tak serupa bikin atau lebih mudah retorik sahaja lebih (memang PAS terkenal dengan retoriknya, aku banyak menghadiri banyak ceramah PAS di pelusuk Selangor/KL terutama di Melewar dan Jalan Kebun semasa era Reformasi).
Apa yang dapat dilihat daripada episod ini adalah pertembungan pemikiran dan budaya di Malaysia semakin hebat dan ianya sesuatu yang menarik dan sebenarnya memberi faedah jika dapat ditangani tanpa emosi. Diharapkan individu-individu atau kelompok-kelompok yang mempunyai cara fikir yang sama atau hampir sama jangan cepat melatah dan rasa takut dengan insiden ini. Teruskan berjuang dan di dalam masa yang sama harus bijak menggunakan pendekatan di dalam masyarakat yang mana golongan sempit mempunyai pengaruh yang kuat di hati masyarakat. Kepada mereka yang sudah mendaftar menjadi pengundi, mari ramai-ramai mengundi undi rosak di dalam pilihanraya akan datang sebagai tanda protes atau sebaliknya undilah parti-parti selain UMNO & PAS. Kepada mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih, anda tidak perlu berbuat demikian juga sebagai tanda protes.
Nota tambahan: Aku sudah menonton filem terbaru Kak Min, Mukhsen dan secara umumnya filem ini tidak mengecewakan dan sesuai untuk ditonton sekeluarga dan aku yakin puak hati bernanah pasti berjaya menjumpai adegan untuk dijustifikasikan sebagai pencemar budaya dan agama. Aku juga berjaya membeli DVD filem Gubra di Borders Singapura (mesti beli di sini sebab dapat diskaun staf dan pastinya sebagai Borderian, hehe) dan jika anda ke 'Temasek', jangan lupa mendapatkan ole-ole berharga ini sebelum kehabisan. Jangan lupa juga VCD atau DVD filem 'The Last Communist' karya Amir Muhammad yang boleh didapati di Borders, HMV dan Kinokuniya.

Subscribe to:
Posts (Atom)