Sunday, August 20, 2006

Jom ke Pantai Dalam & Hotel Istana

Photobucket - Video and Image Hosting

Perjelasan Isu Mahathir vs Abdullah bersama Anwar Ibrahim

Walaupun permohonan permit polis untuk forum awam di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berucap pada malam hari Ahad ini (20 Ogos 2006) telah dibatalkan, program ini tetap akan dikekalkan dan orang ramai dijemput hadir.

Menurut penganjur, Angkatan Muda Bahagian Lembah Pantai dan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Pantai Permai, mereka telah mengemukakan permohonan permit beberapa minggu dahulu, dan diberitahu pegawai berkenaan bahawa permit akan diberi semalam. Akan tetapi, oleh sebab "tekanan berterusan", pihak penganjur telah menerima notis pembatalan permit pada sebelah malam 18 Ogos.

Para pemimpin parti yang akan turut hadir dan memberi ucapan termasuk Naib Presiden, Azmin Ali; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) merangkap Ketua Perhubungan Wilayah Persekutuan Dr. Sanusi Osman, Ketua Wanita, Fuziah Salleh; Ketua Angkatan Muda, Ezam Md Noor dan Ketua Perhubungan, Tian Chua.

Tarikh : 20 Ogos 2006 (Ahad)

Masa : pukul 9 malam

Tempat : Padang Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Pemuda MIC, Dato Nalla K.S. akan mengumumkan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (keADILan) dalam satu upacara yang disaksi oleh Presiden Parti, YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat Parti, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Majlis Sambutan Kemasukan Dato Nalla K.S. ke keADILan

Tema : Menjana Tenaga Kemenangan

Tarikh : 20 Ogos 2006 (Ahad)

Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat : Mahkota I & II, Hotel Istana, Kuala Lumpur

Yang turut menyertai KeADIlan adalah bekas ahli-ahli MIC dan PPP serta golongan professional dan borang kemasukan akan diserahkan kepada Presiden dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut terbuka kepada orang awam dan dijangka seramai 2,000 orang akan hadir.

No comments: