Hidup Gubra & Nani!
Salahkah Amani berterus terang?
Sharifah Amani mohon maaf -Utusan
Rais tidak maafkan Nani -Metro
Nani calar imej FFM19 -Metro
Gubra ulangi kejayaan Sepet -Utusan
Rais lahirkan kekesalan -Utusan
Kenapa saya berucap bahasa Inggeris -Utusan
Dr Rais marah gelagat Amani -BH
'Saya tak hina bahasa Melayu' -BH
Kerajaan didesak haram Gubra, batal penganugerahan -Harakahdaily
Seperti dijangka, ucapan kemenangan Sharifah Amani atau Nani sewaktu memenangi Anugerah Pelakon Terbaik FFM 2006 telah menjadi kontroversi hingga 'Menteri Sinematografi' (siapa tengok doku. 18MP pasti tahu) kita turut terbabit sama. Siapa yang harus disalahkan? Nani, pihak media, Pak Menteri Rais Yatim atau PAS?
Walaupun aku juga kurang gemar akan masyarakat Melayu yang bertutur di dalam Bahasa English tanpa mengira situasi dan tempat. Bagi aku, kata-kata Nani iaitu "I sound like stupid if I speak in Malay" harus dilihat di dalam konteks bahawa Nani memang tidak fasih berbahasa Melayu yang 'proper'.
Penjelasan Nani terhadap isu ini boleh dibaca di sini dan di sini
Seharusnya tidak timbul isu Nani ingin memperlekehkan bahasa kebangsaan dan mengapa Nani tidak fasih berbahasa Melayu bukanlah soal utama. Mungkin masalah kurang fasihnya Melayu Nani yang juga bahasa ibunda boleh diperdebatkan dan harus diingat banyak golongan seperti ini di Malaysia dan ianya juga turut berlaku kepada masyarakat Cina, India dll yang tidak mahir berbahasa ibunda. Secara peribadi aku bersetuju dengan Nani bahawa bahasa yang lazim digunakan untuk berfikir dan bertutur lebih sesuai untuk digunakan kerana ekspresinya lebih tepat dan menyakinkan dan aku mempunyai beberapa kawan yang seperti ini.
Cuma mungkin satu kesilapan Nani yang masih muda adalah beliau silap membaca audien di PWTC/rumah yang gagal membaca atau sukar menerima kerana mungkin kejahilan atau sesetengah media yang gemar memanipulasi dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Apapun semua kontrovesi ini pada sangkaan aku tetap dimulakan segolongan manusia yang 'hatinya bernanah' dan sukar menerima cara fikir masyarakat yang berbeza. Diharap dengan permohonan maaf Nani yang bagi aku tidak perlu pun sekurang-kurangnya dapat meredakan suasana dan ia juga membuktikan Nani masih mempunyai sikap yang jernih dan diharap pihak hati bernanah juga dapat menjernihkan hati mereka.
PAS & Gubra
Tambah mengecewakan laman web Harakahdaily yang sedikit sebanyak mewakili pandangan parti PAS turut terlibat dengan menyiarkan artikel yang mengkritik Gubra dan juga Nani. Apa yang menghairankan sejak bila pula mereka ini berminat dengan filem? Lagi parah bekas Ketua Pemuda PAS yang kini Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengharamkan filem ini kononnya filem ini mengembangkan pemikiran liberalisme yang membahayakan masyarakat. Adakah ini pandangan sebenar parti yang 'poyo-poyo' pada era Reformasi mendesak agar kerajaan lebih demokratik? Kalau ya maknanya cakap tak serupa bikin atau lebih mudah retorik sahaja lebih (memang PAS terkenal dengan retoriknya, aku banyak menghadiri banyak ceramah PAS di pelusuk Selangor/KL terutama di Melewar dan Jalan Kebun semasa era Reformasi).
Apa yang dapat dilihat daripada episod ini adalah pertembungan pemikiran dan budaya di Malaysia semakin hebat dan ianya sesuatu yang menarik dan sebenarnya memberi faedah jika dapat ditangani tanpa emosi. Diharapkan individu-individu atau kelompok-kelompok yang mempunyai cara fikir yang sama atau hampir sama jangan cepat melatah dan rasa takut dengan insiden ini. Teruskan berjuang dan di dalam masa yang sama harus bijak menggunakan pendekatan di dalam masyarakat yang mana golongan sempit mempunyai pengaruh yang kuat di hati masyarakat. Kepada mereka yang sudah mendaftar menjadi pengundi, mari ramai-ramai mengundi undi rosak di dalam pilihanraya akan datang sebagai tanda protes atau sebaliknya undilah parti-parti selain UMNO & PAS. Kepada mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih, anda tidak perlu berbuat demikian juga sebagai tanda protes.
Nota tambahan: Aku sudah menonton filem terbaru Kak Min, Mukhsen dan secara umumnya filem ini tidak mengecewakan dan sesuai untuk ditonton sekeluarga dan aku yakin puak hati bernanah pasti berjaya menjumpai adegan untuk dijustifikasikan sebagai pencemar budaya dan agama. Aku juga berjaya membeli DVD filem Gubra di Borders Singapura (mesti beli di sini sebab dapat diskaun staf dan pastinya sebagai Borderian, hehe) dan jika anda ke 'Temasek', jangan lupa mendapatkan ole-ole berharga ini sebelum kehabisan. Jangan lupa juga VCD atau DVD filem 'The Last Communist' karya Amir Muhammad yang boleh didapati di Borders, HMV dan Kinokuniya.
No comments:
Post a Comment