Wednesday, July 11, 2007

Jemputan kepada para wartawan dan blogger

BENGKEL PENULISAN PILIHAN RAYA

Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH) akan menganjurkan satu bengkel yang khusus membincangkan garis panduan melaporkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.
Selain itu, piagam megenai cara membuat laporan juga turut akan dibentangkan oleh pakar dalam bidang berkenaan.

BERSIH merasakan bengkel ini penting dalam mempersiapkan semua pihak yang terlibat dalam bidang penulisan sekiranya Kerajaan mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

Bengkel tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 15hb Julai, 2007
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat : Hote Crystal Crown, Jalan Utara, Petaling Jaya.

Aturcara program:

0900 – 0945 am Pendaftaran

0945 – 1000 am Kata Pembukaan

1000 – 1100 am Sessi I: Proses pilihan raya – sekiranya Perdana Menteri bubarkan parlimen hari ini, apakah yang perlu dilakukan oleh wartawan?
Pembentang : Mr. Liew Chin Tong

1100 – 1115 am Kudapan

1100 – 1230 pm Sessi II: Sistem Pilihan Raya dan Reformasi Pilihan Raya

Pembentang: Mr. Wong Chin Huat

1230 – 200 pm Makan tengahari

200 – 330 pm Sessi III – Piagam dan garis panduan penulisan isu pilihan raya.
Pembentang: Dr Mustaffa Anuar (Universiti Sains Malaysia)

330 – 430pm Sessi IV CPerbincangan Megenai Pilihan Raya Bersih dan Adil
Koordinator: Faisal Mustaffa

430 - 500 pm Sessi Penggulungan

Koordinator: Wong Chin Huat

500pm Kudapan

Para peserta juga akan dibekalkan dengan bahan-bahan rujukan lepas yang dapat membantu para peserta dalam penulisan mereka.

Tiada sebarang yuran masuk dikenakan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi sekretariat Faisal Mustaffa atau Zulhabri Supian;
e-mel: faisal.mustaffa@gmail.com
Tel: 019-2232 002
e-mel: zulhabri@gmail.com
Tel: 019-308 3804

No comments: