Car is the most stupid thing to buy?
Saya tahu, anda graduan muda ada ego. Siapa mahu bekerja di bawah terik mentari? Siapa mahu mengutip tin-tin kosong, suratkhabar lama dan menjualnya kembali. Siapa lah yang sanggup berjual di pasar malam. Apatah lagi menebalkan muka untuk membuat jualan direct selling. Tapi ia bukan salah anda, memang anda diajar menjadi seorang pengurus. Anda tidak diajar menjadi kuli atau menjadi bos.
Pekerjaan idaman anda adalah pekerjaan bertali leher, berstatus pegawai dan eksekutif, pejabat berhawa dingin. Ada setiausaha, ada kerani yang menyiapkan kerja-kerja remeh temeh. Gaji masyuk.Itu lah yang terbayang di mata anda bukan?
Akhirnya, dengan gaji hampir RM 2000, anda akhirnya membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta baru. Sekarang ini macam-macam ada. Ada Myvi, ada Savvy,ada Viva, ada Gen2. Yang pasti ia mesti baru. Pinjaman kereta 9 tahun pun tidak mengapa. Apalah sangat pembayaran bulan-bulan berjumlah RM 600. Aku seorang eksekutif muda! Mesti ada gaya, mutu dan keunggulan.
Begitulah tindakan pertama rata-rata eksekutif muda. Membeli kereta. Kereta baru. Tempoh pinjaman 9 tahun. Tetapi ramai terlupa. Terlupa yang sesungguhnya yang anda sudah membelanjakan 1/3 pendapatan bulan-bulan untuk kereta, malah jika dicampur kos tol dan minyak, sebenarnya anda sudah membelanjakan 1/2 pendapatan hanya untuk kereta. Ada yang marah bila dikatakan, “Buying acar is the most stupid thing to do.” “Kalau takde kereta, macam mana aku nakbergerak?” Terpulang. Saya tetap bersetuju sesungguhnya membeli kereta adalah antara tindakan bodoh seorang eksekutif muda. Untuk tempoh 5 tahun pertama, cukuplah beli kereta serendahRM 5,000 dan bukannya RM 50,000. Sekurang-kurangnya anda tidak jadi orang paling bodoh dengan membuat pinjaman 9tahun untuk sebuah liabiliti.
1/3 pendapatan anda seharusnya disimpan.Saya ulang, disimpan. Buat satu akaun simpanan khas dengan segera. Saya sebut simpanan dan bukannya perlindungan insurans mahupun pelaburan unit amanah. Simpanan adalah simpanan. Jangan campur adukkan simpanan dengan perkara lain.
RM 1000 x 12 x 9 = RM 108,000.
Graduan muda, anda pilih sama ada mempunyai sejumlah simpanan wang tunai sebanyak ini
untuk tempoh 9 tahun atau anda memilih sejumlah itu untukdileburkan demi sebuah kereta?
Artikel ini diambil daripada Buletin Friendster Pakdi. Secara umumnya aku bersetuju dengan pandangan Pakdi dan menyarankan kepada semua anak muda baik eksekutif atau sebaliknya supaya mengambil langkah bijak untuk mengurangkan kadar pencemaran udara dengan menggunakan pengangkutan awam. Sila layari laman web Rapid KL untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan bas dan rel yang disediakan.
Kalau masih pesimis dengan mutu perkhidmatan, cuba dahulu dan jika masih tidak menyakinkan, sila buat aduan terus kepada CEO Rapid KL. Masalah utama Rapid KL adalah sikap segelintir pemandu dan staf di kaunter maklumat yang gagal melaksanakan apa yang dirancang oleh pihak pengurusan Rapid KL.
Kepada yang mahir menunggang motor, beli motor satu dan tunggang dengan berhemah. Motorsikal merupakan pilihan yang paling sesuai untuk eksekutif muda di dalam memulakan hidup sebagai orang yang makan gaji. Jimat masa dan kos. Kalau hujan pakai baju hujan set penuh, tiada alasan. Media storage? Pasang GIVI. Laptop? Beli beg yang kalis hujan. Semuanya ada jalan penyelesaian. Malu? Tak boleh nak menolong sebab kamu yang perlu malu dengan diri sendiri, berpura-pura.
Ingat menunggang motorsikal untuk bekerja dsb bukanlah bermakna anda menjadi mat rempit.
No comments:
Post a Comment