10 Selebriti hiburan kesayangan
Sejak aku mengikuti dunia hiburan tempatan dan antarabangsa secara serius beberapa tahun yang lepas, aku sentiasa akan terjatuh cinta terhadap aktres-aktres cun di dalam filem atau drama dan juga kepada para penyanyi. Cinta yang walaupun pasti tidak akan berbalas ini tetap indah sehinggakan aku sanggup menghabiskan masa, tenaga dan juga wang untuk membeli album, set kotak drama, dvd, majalah dan macam-macam lagi.
Cinta ilusi seperti ini menyebabkan senarai aktres yang aku minati semakin bertambah hari demi hari dan di sini aku ingin berkongsi dengan pembaca blog aku 10 selebriti hiburan daripada beratus-ratus yang aku paling minati dan sayangi setakat ke hari ini.
Kayu ukur yang aku gunakan cukup mudah, pertama sudah pastilah wajah yang cantik menawan dan comel ditambah suara yang manja. Kedua karakter peribadi dan personaliti yang dimiliki yang menepati citarasa aku. Itu sahaja. Soal moral dan sebagainya itu belakang kira kerana aku tidak pernah berdamping dengan mereka dan aku tidak tahu apa pun melainkan melalui pengalaman terhad yang diperolehi daripada media dan rakan-rakan gosip.
1) Song Hye Gyo - cun, mula jatuh cinta setelah menonton drama 'Autumn In My Heart'. Suara sangat manja begitu mencairkan. Sanggup beli box set yang mahal ketika itu di S&M Arcade.
2) Son Ye Jin - comel dan manja gila seperti yang tergambar di dalam filem'The Classic'. Aku siap beli OST dan DVD asli di laman Yesasia.
3) Dian Sastrowardoyo - cun melecun walaupun ramai lagi yang cun di Jakarta dan Bandung. Aku beli vcd Ada Apa Dengan Cinta di Kampung Baru setelah terlihat wajah Dian yang aku masih belum kenali ketika itu terpampang sebagai cover. Setahun selepas itu filem ini meletup di Malaysia. Dian seorang aktres yang berpendirian dan terlihat bijak ala-ala aktres di barat.
4) Maria Ozawa - aktres filem lucah Jepun yang berwajah kacuk ini sangat cantik. Sangat bangga dengan pekerjaannya sebagai pelakon filem lucah walaupun menyedari peluang untuk berjaya di industri lain amat mudah. Mula jatuh cinta setelah termuat turun filem lakonannya di satu laman web.
5) Siti Nurhaliza - jelita. Saat terdengat lagu Mawarku aku sudah jatuh cinta. Aku tabik hormat kepada Datuk Siti di atas sikap konsisten beliau dan melawan arus di dalam dunia hiburan. Cuma satu Datuk Siti kelihatan agak naif dalam memberi pendapat.
6) Nur Fazura - cantik, manja dan gedik. Di perawalan aku kurang minat dengan sikap beliau, tetapi berubah perlahan-lahan setelah melihat keberanian beliau mempertahankan sikap dan pendapat sendiri. Tidak terlalu tunduk kepada karenah media dan peminat.
7) Ayumi Hamasaki - Mendengar lagu beliau yang majoriti lirik ditulis sendiri menyebabkan aku jatuh cinta kepada Ayumi. Lirik-lirik lagu yang memberi perangsang dan pencerahan dalam melihat dunia membezakan Ayumi dengan artis pop Jepun yang lain. Lagu-lagu seperti Heartplace, I Am, Hanabi, Connected, Surreal, A Song is Born, Real Me dan A Song For XX pasti menggetarkan jiwa.
8) Avril Lavigne - cool. Walau apa orang kata, aku tetap meminati Avril sehingga sanggup menonton konsert beliau di Singapura. Artis yang mempunyai pendirian yang tersendiri walau terkadang kelihatan agak gopoh macam Nur Fazura. Lagu-lagu beliau memang best terutama yang bermelodi perlahan seperti Innocence, How Does It Feel, Nobody's Home, I'm With You dsb.
9) Fasha Sandha - cantik, rajin dan bersemangat. Kenyataan beliau sentiasa positif dan mengarah kepada kerjaya. Mula meminati beliau setelah menonton Teater Tun Fatimah beberapa tahun lepas di Istana Budaya.
10) Kyoko Fukada - comel macam patung. 'Drama Strawberry in the Shortcake' memperkenalkan aku kepada susuk tubuh bernama Kyoko Fukada. Manis dipandang dan drama 'God Give Me More Time' lakonan beliau bersama Takeshi Kaneshiro masih menjadi drama yang paling aku minati sehingga kini.
No comments:
Post a Comment