Mall budaya kita
Mall atau shopping complexes atau dalam bahasanya pusat membeli belah merupakan di antara objek yang sentiasa mendapat perhatian aku setiap kali aku ke mana-mana, baik ke bandar kecil seperti Muar atau ke kota besar seperti Singapura.
Minat mendalam aku terhadap mall bemula semasa aku bersekolah di tingkatan dua iaitu pada tahun 1995. Pada waktu itu, helaian di akhbar pasti tidak dapat dipisahkan dengan iklan pembinaan mall-mall baru baik yang bersifat mega seperti Berjaya Times Square dan Plaza Rakyat atau yang berskala sederhana dan bersifat suburban seperti Ampang Spectrum dan Plaza Ue3. Aku malah memotong keratan iklan tersebut dan membuat buku skrap tentangnya dan yang menarik masih ada sebahagian koleksi yang tersimpan sehingga kini.
Bermula dari situ, minat untuk menjadi perunding hartanah atau pemaju mall bertambah dan aku bermain-main untuk mencuba melakar pelan mall yang aku idamkan. Namun sayang, aku tiada bakat dalam seni rekaan dan lukisan dan minat aku pudar secara perlahan-lahan. Ditambah pula dengan masalah besar yang menimpa aku di sekolah apabila terpaksa direhatkan selama seminggu dirumah apabila terkantoi 'fly' membeli tiket perlumbaan GP500 di Batu Tiga. Aku menumpukan masa selepas itu untuk cuba memulihkan psikologi dan secara tidak langsung aku melupakan cita-cita murni itu.
Rupa-rupanya ia membawa hikmah apabila dua tahun selepas itu negara mengalami masalah kegawatan ekonomi yang menyebabkan banyak projek-projek yang dirancang itu gagal dan mengalami masalah seperti Times Square dan Plaza Rakyat. Kegawatan ini memberi aku pelajaran ketika itu bahawa dalam membina mall yang sering kali kelihatan gah itu tidaklah semuanya indah dan menguntungkan.
Selang beberapa tahun, Times Square berjaya disiapkan dan Plaza Rakyat pula akan disambung dalam masa dua minggu seperti yang dilaporkan di akhbar The Star sabtu lepas. Walaupun begitu masih ada projek yang masih terbekengkalai sehingga kini dan ada yang telah ditukar konsepnya daripada mall kepada hotel dan sebagainya.
Walau apa kisahnya, aku masih meminati bangunan yang bernama mall ini dan sentiasa akan mencari ruang masa untuk mengunjungi mall-mall yang ada baik yang baru atau lama. Maka di kesempatan masa yang ada pada bulan Ramadhan, aku mengunjungi tiga buah mall yang baru dibuka di Lembah Klang iaitu The Pavilion di Bukit Bintang, The Gardens di Mid Valley dan Sunway Pyramid Annexe di Bandar Sunway.
The Pavilion
Jco, majoriti staf dari Indonesia
Tak terkata kesedapannya
Ruang legar yang besar
The Gardens
Sunway Pyramid Annexe bagi aku biasa saja dan cawangan Jusco yang baru dibuka mungkin menjadi alasan aku ke sini pada masa akan datang.
Mall yang secara umumnya termasuk hypermarket kerana turut menyediakan lot runcit tetap akan digemari dan dibenci oleh masyarakat. Golongan-golongan poyo, menunjuk-nunjuk, penagih Vincci, penggemar Starbucks, ulat buku yang cheapskate, mat rempit, inferiority complex dsb mempunyai sebab tersendiri untuk menyukai dan membenci. Aku secara peribadi menganggap pusat membeli-belah sebagai sebahagian denyut nadi masyarakat yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja dan aku yakin majoriti masyarakat Malaysia banyak menghabiskan masanya di sini dengan berbagai-bagai tujuan.
Mall yang secara umumnya termasuk hypermarket kerana turut menyediakan lot runcit tetap akan digemari dan dibenci oleh masyarakat. Golongan-golongan poyo, menunjuk-nunjuk, penagih Vincci, penggemar Starbucks, ulat buku yang cheapskate, mat rempit, inferiority complex dsb mempunyai sebab tersendiri untuk menyukai dan membenci. Aku secara peribadi menganggap pusat membeli-belah sebagai sebahagian denyut nadi masyarakat yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja dan aku yakin majoriti masyarakat Malaysia banyak menghabiskan masanya di sini dengan berbagai-bagai tujuan.
AEON Bukit Tinggi, Klang
http://en.wikipedia.org/wiki/%C3%86ON_Bukit_Tinggi_Shopping_Centre
Bulan November juga membawa berita baik kepada penagih pusat membeli-belah di Klang terutama di Klang Selatan apabila pusat membeli belah AEON terbesar di Asia Tenggara akan dibuka. Dengan keluasan ruang niaga kira-kira satu juta persegi, penduduk Klang yang sentiasa membuat terapi membeli-belah di ibu kota pasti akan berfikir dua kali apabila ia dibuka kelak. Sumber-sumber memberitahu banyak peruncit-peruncit yang masih belum menjajah Klang akan membuka stor pertama mereka di sini. Kita nantikan AEON Bukit Tinggi dibuka dan apa yang membuatkan aku teruja adalah lokasinya yang sangat hampir dengan rumah kedua aku di sini.
No comments:
Post a Comment