Wednesday, March 12, 2008

Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)

11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 03-7957 8342/8343 Fax: 03-7954 9202

MEMPERSEMBAHKAN

Forum: "KE MANA MALAYSIA? ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-12"

Tarikh: 12 Mac 2008 (Rabu)

Masa: 8.00pm – 10.30pm

Tempat: MCPA, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall

Bahasa: Bahasa Malaysia

Panelis 1: Datuk Kadir Jasin

Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Bhd. Beliau juga menulis satu blog popular yang bertajuk "The Scribe A Kadir Jasin"

Panelis 2: Datuk Dr. Toh Kin Woon

Pengerusi Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) dan bekas Ahli EXCO Kerajaan Pulau Pinang

Panelis 3: Mr Ibrahim Suffian

Pengarah Merdeka Centre, satu firma penyelidikan pendapat yang popular.


ABSTRAK

Pilihanraya Umum Ke-12 merupakan satu proses demokrasi yang penting bagi seluruh rakyat Malaysia. Di samping pertarungan di antara semua parti politik untuk mendapat mandat daripada rakyat untuk mendirikan kerajaan pusat dan negeri, pilihanraya juga akan menentukan politik lanskap negara kita. Pengundi berpeluang untuk menentukan wakil rakyat untuk kawasan dia dan seterusnya menubuhkan kerajaan.

Sejauhmanakah kempen daripada pelbagai parti politik itu efektif untuk sampai kepada pengundi? Apakah yang paling diminati atau dititikberatkan oleh para pengundi? Apakah mesej yang dibawa dalam keputusan pilihanraya ini? Apakah makna kemenangan di dalam pilihanraya kepada Barisan Nasional, KeADILan, PAS dan DAP? Siapakah yang paling manfaat daripada pilihanraya? Ke mana Malaysia selepas Pilihanraya Umum Ke-12 ini?

Semua ini akan diperbincangkan dalam forum ini. Kami berjaya menjemput tiga panelis yang terkenal untuk memberi pandangan dan analisis terperinci mereka. Para hadiran juga boleh memberi komen dan pendapat untuk memperkayakan perbincangan forum ini.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Bahasa: Bahasa Malaysia

Sebarang pertanyaan sila menghubungi Penyelaras Projek SIRD, Lee Khai Loon (kllee78@gmail.com) di DL: 77831164 atau mobile: 013-3970519. Pembantu Projek, Chua Yee Ling (yling1983@gmail.com) atau mobile: 012-7355025

(SIRD adalah sebuah pusat penerbitan dan penyelidikan yang independen. Dalam beberapa tahun yang lalu, kami telah mengadakan pelbagai forum, seminar, bengkel yang topiknya merangkupi socio-budaya sampai isu politik. )

No comments: