Friday, March 07, 2008

Undilah Untuk Malaysia

Bersatulah Melayu, Cina, India, Sabahan, Sarawakian menolak Melayu, Cina, India, Sabahan dan Sarawakian rasuah yang bersatu atas nama perpaduan kaum di atas platform Barisan Nasional. Ayuh inilah masanya.

Sejak dua minggu yang lepas, hari-hari malam aku dipenuhi aktiviti diskusi, sebaran risalah dan juga menghadiri ceramah di sekitar Lembah Klang. Hari rabu aku di Sekolah Hin Hua di Klang menyaksikan hampir 10,000 rakyat berhimpun mendengar ceramah DAP dan sebagai manusia yang membesar di Klang aku sangat teruja gembira menyaksikan suasana ini.

Sempat aku berborak-borak dengan kawan2 baru berbangsa Cina dan India yang begitu bersemangat untuk menolak parti angkuh dan juga pengkhianat negara, Barisan Nasional. Semalam aku mengikuti ceramah Anwar di Bandar Baru Sentul, Kampung Baru dan Pantai Dalam dan semangat rakyat berbilang kaum dari yang Melayu, Cina dan India untuk menolak parti rasuah, Barisan Nasional aka Barisan Perasuah begitu membuak-buak. Ribuan manusia yang setiap hari muntah2 darah dek kerana membaca akhbar dan menonton propaganda murahan dan berat sebelah BN akhirnya sembuh apabila mendengar ucapan2 dari parti bukan BN.

Media di Malaysia tidak ubah seperti di Myanmar dan Korea Utara, mungkin lebih baik sedikit. Keadaan ini amat menyedihkan kerana dalam jangka masa panjang rakyat2 terutama Melayu yang relatif miskin dan menyokong BN kerana tiada maklumat seimbang akan menjadi bodoh dan tidak boleh berfikir. Kepada segelintir yang menyokong BN kerana ada kepentingan atau tidak yakin kepada PAS, PKR & DAP dalam isu2 seperti hiburan/seni serta sukan walaupun mendapat maklumat seimbang, itu boleh diterima akal. Tetapi kalau hidup mereka miskin dan susah dan tidak membaca dari banyak sisi, alamat jahanamlah manusia yang seperti itu kalau tidak disedarkan dan diperkasakan.

Artis dan atlit

Aku sebagai peminat sukan dan juga dunia hiburan amat kecewa apabila segelintir artis seperti penyanyi kegemaran aku, Siti Nurhaliza berkempen untuk BN secara terbuka. Tidak salah kalau ingin mmenjadi jurukempen BN kalau mempunyai justifikasi yang menyakinkan dan tidak naif dalam soal politik. Tetapi kalau memang jelas tidak berpengetahuan dan sekadar menjadi alat memang memalukan diri. Jangan berdalih tentang soal bangsa dan stabiliti jika hanya berdiam diri dalam soal2 rasuah dan pengkhianatan amanah rakyat. Ada apa dengan hak Melayu kalau pemimpin bawah dan atas adalah manusia perasuah yang rakus merompak segala hak besar dan kecil. Di mana maruah Melayu kalau boleh menerima kebodohan & ketamakan manusia Melayu yang sebegini?

Malaysia = BN?

Pemain badminton kesayangan negara, Lee Chong Wei turut menjadi mangsa apabila turun berkempen untuk calon BN bagi Parlimen Gopeng, Ling Hee Leong. Tidak salah kalau membantu kerana terhutang budi kepada kerajaan BN melalui MSN yang sentiasa pro-sukan walaupun harus diperingat di sini bahawa apa jua kerajaan yang memimpin Malaysia pasti akan membantu program pembangunan sukan. Hatta di Korea Utara dan Myanmar. Apa yang berbeza di tingkat mana sesuatu kerajaan itu meletakkan kepentingan sukan dan aku akui kerajaan BN amat cemerlang di dalam hal ini. Cuma yang tak masuk akal dan memperlihatkan kenaifan Chong Wei adalah apabila beliau berkata;

"I'm a national badminton player. I serve the country and BN is also the government," said Chong Wei, when asked to justify his presence for Hee Leong's campaign.

Sedih menyedihkan, apa kaitan negara dengan BN? Aku yakin masih ramai manusia yang seperti ini di seluruh pelusuk BN, eh silap pelusuk Malaysia.

Rasional

Namun begitu aku tetap bersikap professional dan rasional apabila artis2 dan atlit2 menyatakan secara terbuka mereka yang menyokong BN, tak kira sama ada mereka tahu atau tidak isu sebenar. Apa yang pasti aku akan tetap memberi sokongan kepada Lee Chong Wei dan juga Siti Nurhaliza serta yang lain2 kerana menyokong mereka bermakna menyokong Malaysia. Menyokong Malaysia tidak bermakna aku menyokong BN kerana Malaysia adalah milik semua tidak kira apa latar belakang politik, agama dan juga bangsa.

Aku harap lambat laun lebih ramai atlit2 dan artis2 boleh berfikir secara tebuka dan tidak menutup minda mereka. Nasib baik masih ramai lagi golongan2 seni yang rasional dan tidak jumud seperti Jit Murad, Huzir Sulaiman dan ramai lagi yang berani menyatakan sokongan terbuka kepada calon dari PKR di Subang, Sivarasa Rasiah. Walaupun begitu harus ditekankan di sini bahawa sokongan itu tidak semestinya sokongan 100% kepada PKR kerana mereka ini bukannya naif dan tahu membezakan mana yang patut disokong dan tidak, bukannya membabi buta menumpahkan taat kepada BN yang khianat itu.

Seni & Sukan

Aku pernah berbincang ringkas dengan calon PKR Dun Seri Setia, Nik Nazmi tentang apakah posisi dan tawaran PKR dalam dua aspek ini dan meminta dia menyampaikannya kepada Anwar. Namun sehingga kini tiada respon mungkin kerana kesibukan persiapan sebelum pilihanraya pada ketika itu atau aspek ini bukan cabang besar dan tidak harus diberi perhatian yang begitu serius. Tapi soalnya apakah jika menang dan BA & DAP membentuk kerajaan campuran, apa akan jadi dengan program2 pembangunan sukan & acara2 seperti F1, Moto GP yang menjadi hobi aku sejak kecil lagi dan aktiviti-aktiviti hiburan seperti konsert2 dan gig2 yang kerap aku sertai. Aku yakin PKR & DAP bersikap liberal dalam isu hiburan tetapi bagaimana dengan PAS? Aku dambakan konsert2 hebat band luar di KL daripada aku membuang duit ke negara jiran. Apakah ini boleh berlaku? Bagaimana dengan tapisan2 filem yang sarat nilai seni estetikanya sehingga asyik kelihatan tubuh bogel manusia lelaki dan wanita. Aku sebagai peminat filem baik filem bebas atau arus perdana ingin kepastian adakah kerajaan campuran yang mempunyai PAS di dalamnya boleh menerima filem2 seperti Sepet, Gubra dan yang mendatang Muallaf? Jika kerajaan UMNO BN yang liberal dalam soal moral dan rasuah pun boleh bersikap kolot dalam hal ini, bagaimana pula dengan PAS?

Itu belum bicara soal sukan2 seperti gimnastik yang aku juga meminatinya terutama gimnas yang bernama Chrystal Lim, Nurul Fatiha, Jaime Lee dan banyak lagi. Apakah posisi PAS dalam hal2 seperti ini?

BN menang

Aku bangkitkan soal ini kerana selain daripada isu2 rasuah, ekonomi dan hal2 makan minum, isu2 seperti ini juga penting untuk aku dan kawan2 (orang muda) yang membentuk majoriti rakyat Malaysia. Mungkin sebab ini jugalah ramai anak muda tidak berminat dengan politik dan buat tak kisah tentang pilihanraya dan parti politik. Bagi mereka BN sukar dikalahkan dan walaupun BN dengan banyak kelemahan dan kekuatan rasuahnya, kata mereka BN masih liberal.

Namun di sudut yang lain, majoriti rakyat mungkin tidak terbeban dengan isu seperti ini kerana hal2 ini seperti ini adalah bersifat gaya hidup dan tidak berkaitan sangat dengan isu perut yang lebih penting.

Apa jua pun esok adalah hari penentu kepada negara tercinta Malaysia dan undilah dengan bijak iaitu dengan memberi undi anda kepada parti yang belum mengkhianati negara iaitu PKR, PAS & DAP. Ketepikan dahulu soal negara Islam, hiburan dll kerana apa yang pasti ketiga-tiga parti ini tidak akan membentuk kerajaan secara sendiri. Kalau PAS ekstrem, DAP & PKR akan menjadi check & balance dan begitu juga sebaliknya. Fokuskan usaha kita untuk menjatuhkan UMNO, MCA, MIC, PBB dan parti2 yang membentuk BN yang berselindung di sebalik perpaduan kaum untuk merompak hak rakyat dan hasil kekayaan negara.

Mari kita seluruh rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India, Sabahan, Sarawakian bersatu untuk menumbangkan manusia BN yang bertopengkan nama Melayu, Cina, India,, Sabahan dan Sarawakian untuk menindas rakyat Malaysia. Jangan terpedaya dengan taktik takut menakut, ugut dan laga melaga sesama kaum ala penjajah yang akan dimainkan oleh perasuah dan penyangak negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang sehinggakan negara ini kurang selamat, aman dan makmur.

Kalau kita kalah sekalipun, pastikan kita tewas dengan bermaruah. Kurangkan majoriti di semua tempat dan jika dapat menafikan 2/3 BN di Parlimen dan di DUN2, itu sudah dikira cukup bagus. Kalau membentuk kerajaan itu sangat luar biasa hebat kerana pilihanraya di Malaysia tidak adil dan bersih. Pengundi hantu, daftar pemilih meragukan, persempadanan semula, tiada wujudnya satu orang satu undi, media ala Korea Utara, penyalahgunaan harta kerajaan dan bermacam2 gemilangnya kejahatan mereka yang tak terkira. Kita harus pastikan undi popular kita menghampiri 50% peratus dan oleh sebab itulah setiap undi kepada BA & DAP penting walaupun kemenangan sukar diraih di tempat kita.

No comments: