Wednesday, October 15, 2008

'Utopia Trauma' KAMI


Photobucket
Pembantu khas aku, Belut sibuk melayan awek2

Photobucket
KAMI dan Utopia Trauma bersatu

Photobucket
Tak beli xpe, tunjuk minat dah kira bagus la tu

Photobucket
T-shirt dari Black Sheep dan Durjana mendapat sambutan hangat

Sabtu lepas aku menjual buku skrip filem KAMI dan buku yang dicuri Abu di dalam filem KAMI, Utopia Trauma yang merupakan himpunan puisi pertama Rahmat Harun di gig KAMI Goes Raya yang berlangsung di Central Market.

Aku letakkan buku bersebelahan gerai rasmi barang2 KAMI yang dikendali Monkeybone, jadi dari segi lokasi memang sangat strategik. Apa yang mengejutkan adalah sambutan hangat yang diberikan terhadap karya Rahmat Harun sehinggakan hampir kehabisan stok walaupun majoriti yang hadir terdiri budak-budak sekolah dan kolej/universiti yang terpaksa berjimat2.

Aku tak percaya golongan ini tidak ada duit seperti yang dingomong sesetangah orang jika dilihat dari hasil jualan barang2 lain seperti t-shirt dan CD Kami di gerai2 jiran yang cukup lumayan juga. Aku lebih melihat mereka melihat t-shirt dan CD dahulu sebelum buku kerana ia boleh dipakai dan dikonsumsasi dengan mudah berbanding buku, nak2 buku puisi dan skrip.

Utopia Trauma juga mendapat sambutan hangat di kedai2 buku terpilih sehinggakan aku terpaksa mengarah penerbit buku ini, Suara-Suara untuk mencetak ulang semula untuk memenuhi permintaan. Senario ini mengingatkan aku apa yang terjadi pasca filem Ada Apa Dengan Cinta apabila tiba2 ramai yang mencari buku puisi Chairil Anwar bertajuk 'Aku' oleh Sumandjaya. Jelas pengaruh filem dan budaya pop bisa mempengaruhi masyarakat terluas terutamanya anak2 muda untuk berjinak2 dengan sastera. Mungkin ia sekadar fenomena sementara, namun di sini soalnya terletak pada kita cara bagaimana untuk mengisinya selepas ini. Insya Allah dalam hal2 tertentu aku akan bisa menyumbang sedikit supaya hal baik ini dapat diperpanjangkan.

Photobucket

Tamat KAMI aku bergegas ke MCPA untuk ke gig Youngsters Rock n Roll yang menampilkan band dari Singapura, The Great Spy Experiment sebagai tamu khas di samping band2 ngetop seperti Bittersweet, They Will Kill Us All, Deserters dll. Jualan buku di sini nggak laris dan tak ramai yang datang walaupun masuk percuma (entry by donation), mungkin semua gi KAMI. Tutup kedai dan tumpu pada persembahan.

Apapun tahniah dan terima kasih kepada mereka yang membeli. Jumpa lagi di KAMI Gig yang terakhir di Bukit Jalil sabtu ini, 18 Oktober di Parkir Bukit Jalil mulai jam 12 tgh hingga 12 tgh malam. Temui aku dan teman2 aku di sana.

Photobucket

Sila klik di sini untuk membeli secara online atau e-mel aku di zulhabri@gerakbudaya.com

Photobucket

Sila klik di sini untuk membeli secara online atau e-mel aku di zulhabri@gerakbudaya.com

No comments: