KAMI, Famemas & Moto GP
Bagus2, amalkan budaya membaca
KAMI The Gig di Bukit Jalil sangat berjaya dengan kehadiran yang aku anggarkan sekitar 20,000 manusia. Menakjubkan kerana band2 independen dan alternatif kini bisa membikin pasar sendiri yang sangat luas tanpa mengharapkan jerung2 besar aka syarikat rakaman. Setelah sekian lama bergelumang dengan gig2 dan sentiasa diherdik pihak berkuasa, akhirnya suasana seperti di Indonesia sudah semakin hampir dengan kita.
Muzik2 indie & alternatif yang sudah dan akan memasuki arus perdana akan menyegarkan halwa telinga masyarakat yang sudah bosan dan muak dengan muzik2 rock lama yang hanya seronok didendangkan di karaoke dan didengar sekali sekala untuk beromantisme. Aku secara peribadi tiada masalah dengan muzik mainstream asalkan ia tidak statik dan yang wajib ialah proses kreativiti & pembelajaran untuk harus berjalan supaya muzik & lagu yang dihasilkan itu semakin baik.
Kebangkitan pemuzik indie ini diharap dapat menyemarakkan industri muzik di Malaysia serta secara tidak langsung meningkatkan penghayatan terhadap karya seni asli dan segar di kalangan peminat muzik dan seluruh masyarakat. Pada akhirnya aku berharap kebangkitan ini bisa dijadikan satu gerakan untuk membebaskan anak2 muda terutamanya dari kongkongan sistem yang feudal dan anti anak muda di negara ini dengan semangat independen atau ketidakbergantungan kita kepada segala apa 'master'. Jika berjaya suara2 ini bisa menggegar sang politikus dari parti BN dan juga PR untuk tunduk pada tuntutan kita anak muda (semua yang tak berfikiran tua, tak kisah umurnya sebab ramai yang muda otak macam orang tua, tak boleh pakai). Namun semua ini harus diisi dengan ilmu pengetahuan dalam segala disiplin terutama seni dan muzik itu sendiri supaya kita bisa melawan kekuasaan dengan rilek sahaja.
Kembali kepada KAMI The Gig, aku ke sana bersama teman2, Termana dan Yoshi yang sedang intern di Gerakbudaya , Belot dan abang aku untuk menjual buku Utopia Trauma dan Buku KAMI. Cara terbaik untuk menikmati muzik sambil membuat duit, hehe. Sepanjang konsert, ramai yang aku nongkrong (lepak), Toji, Hafiz, Amirul dan GFnya, Kudean, Din dan beberapa lagi. Hasil jualan amat baik dan seperti dijangka buku Utopia Trauma tetap terjual banyak, terima kasih kepada pembeli dan juga pembelek!
Selesai konsert, kami melepakkan diri sambil berdiskusi segala macam di Jalan Alor yang menjadi kontroversi dek kerana kebodohan DBKL menukar namanya (nasib baik korang dah tukar ke nama asal) sehingga jam 4.30 pagi. Nasib malang menimpa sebelumnya apabila motorsikal aku gagal dihidupkan enjinnya sebab bateri dah kong. Tinggal di pos keselamatan dan Belot bersama abang aku menjadi sang penyelamat.
Tok Moh yang populer
Aku dengan baju Melayu
Sebelum ke sana, aku menghadiri Jamuan Hari Raya Famemas (Kelab Penyokong Malaysia) yang diadakan di Restoran Nelayan Titiwangsa. Aku datang lewat kerana hujan lebat yang melanda KL dan sekitarnya dan sempat makan sedikit sambil berbicara tentang projek Famemas yang akan datang dan juga berita2 dan analisa sukan yang terkini.
Moto GP
Shiro yang cute
Aksi pembalap di selekoh, dari gear 6 ke gear 2
Antara 38,000 yang hadir
Wunny pun cute, hehe
Yang ni seksi
Motor idaman
Aku sokong, tapi tidak pada rasuah seks
Apabila aku bilang sama Termana yang kita harus bangun awal untuk ke Sepang, itu dituduh penganiyaan HAM (Hak Asasi Manusia) kerna hari minggu itu harus bangkit lewat. Haha, nak buat macam mana. Capek dan ngantuk di mata masih terasa tatakala di Sepang.
Menaiki bas dari KL Sentral dan tiba di Sepang kira-kira sejam. Kali ini aku dan abang aku membuat keputusan untuk menukar tempat duduk ke K1 yang jauh lebih murah, RM30 kerana sebelum ini setiap tahun di Grandstand dan kami mahukan angin perubahan (pandangan yang lain la). Nyata pilihan kami tepat dan berbaloi kerana buat pertama kali kami bisa melihat aksi di selekoh pertama yang sangat cantik untuk dipotret. Cuma yang kurang tiada aksi kelajuan mencecah 300km/j di sini.
Selesai Moto GP yang dimenangi Rossi, kami termasuk Hafiz dan Yoshi mundar-mandir dan makan di kawasan Mall Grandstand. Sempat juga kami menonton persembahan band dari Ampang, Bottlecapt yang terdiri dari cewek2 yang cun.
Menyentuh tentang dunia pemotoran terutama motorsikal, aku ada banyak cadangan tentang bagaimana ianya bisa mengubah nasib mat2 rempit yang aku boleh golongkan sebagai kelompok yang dimarginalisasi. Satu daripadanya adalah dengan membina lebih banyak litar berskala kecil di kawasan2 padat Mat Rempit supaya bakatnya dapat diasah seterusnya beraksi di cubprix, asian gp dan moto gp. Kos membinanya tidak tinggi dan aku harap kerajaan negeri Selangor terutamanya dapat menimbangkan saranan ini setelah Litar Batu Tiga dirampas kerajaan BN sebelum ini.
Namun jika berbicara tentang perlumbaan motorsikal ianya tidak habis setakat bina dan main di cub prix sahaja. Pihak bertanggungjawab harus cuba menerangkan tentang career path mereka yang ingin bergelumang kerana untuk menjadi pelumba memerlukan banyak pengorbanan juga terutama di Malaysia di mana tradisi dunia pemotoran tidak seperti di Eropah. Pihakkorporat juga harus memainkan peranan mereka dengan menaja pelumba2 atau pasukan, jangan asyik tertumpu pada perlumbaan kereta yang secara kelasnya lebih kepada mereka yang kaya2. Jika ada kemahuan dari semua pihak, aku cukup yakin Malaysia mampu melahirkan ramai pelumba2 hebat yang boleh menakluk dunia seperti yang dilakukan anak2 muda Itali, Sepanyol, Australia dan Jepun.
No comments:
Post a Comment