Friday, December 31, 2010

10 selebriti wanita ngetop 2010

Hmm, senarai ngetop Zulhabri Supian sudah tiba, hehe.

senarai ngetop 2007 di sini
2008 dan 2009 ada di www.zulhabri.com yang sedang diblok buat sementara waktu


haha, lupa nak crop tadi

1- Acha Septriasa
comel dan bijak. Sekali bicara terus jatuh cinta. Boleh baca pandangan dia tentang isu-isu tak cool di sini



2- Juliana Evans
cantik, pintar dan nakal. Kalau putus dengan Acha, dia pengganti yang sesuai, haha. Sempat menjatuhkan maruah dengan menonton drama Patung Cendana dengan serius gara2 dia.



3- Song Hye Gyo
penangan Autumn In My Heart sampai sekarang tak habis2 lagi. Baru-baru ni turut tersenarai di tangga ke 18 senarai wanita tercantik TC candler



4- Sondambi
penemuan baru ketika ke Seoul kelmarin, tariannya lincah dan adakalanya menggiurkan



5- Akiho Yoshizawa
menurut aku lebih bagus dari Miyabi, tak percaya muat turun fail filem beliau :)


kredit foto syokkahwin.com

6- Lisa Surihani
cantik dan bijak walau memilih watak agak ntah apa2



7- Carmen Soo
tetap elegan. Wanita yang sangat lemah lembut melalui beberapa kesempatan bertemu sewaktu bekerja dahulu.


kredit foto kapanlagi.com

8- Gita Gutawa
gadis bawah umur yang comel. Bila atas umur harapnya terus comel.



9- Janet Khoo
walau dah semakin berusia, Janet tetap menawan lagi2 rumah beliau dekat je dan selalu terserempak



10-Marion Caunter
minat sejak zaman mula2 dia di quickie dan latte @ 8, sanggup ke Sunway semata-mata nak tatap kecantikannya. Tapi apakan daya aku bukannya anak yang kaya sebab bapaknya niaga AP

Sunday, December 19, 2010

Cara-cara menyedarkan anak muda tentang pentingnya politik

Semua hal yang di bawah boleh dilakukan oleh pemerintah iaitu parti politik yang berkuasa, siapa yang berpandangan bahawa politik itu tidak penting dan merasa cool dengan tidak ambil pot konon2 hidup mereka tak terjejas, sila fikirkan.

Aku tahu ramai yang lelah dengan politik terutama pemainnya iaitu ahli politik dan parti politik, tapi jika anda semua tidak ambil peduli atau peduli tetapi mengalami penyakit ejakulasi awal terimalah akibatnya nanti.

Cadangan aku kepada pemerintah untuk menyedarkan anak muda (golongan yang apati dan banyak yang belum mendaftar sebagai pengundi)tentang peri penting untuk terlibat dalam proses politik.

Hapuskan subsidi minyak sepenuhnya dan naikkan harga seliter ke RM10
Naikkan harga rokok 20 batang ke RM50 satu pek
Haramkan restoran 24 jam
Haramkan konsert hiburan, gig dan semua yang 'melalaikan'
Haramkan ASTRO, hanya tv tempatan sahaja boleh beroperasi
Oleh itu tiada siaran langsung bola sepak luar negara
Haramkan facebook, blogger, twitter dan youtube seperti di China
Haramkan juga laman2 web lucah, fesyen, laman2 blog dan sukan
Haramkan menggunakan kereta untuk mereka yang berumur 25 tahun ke bawah
Lelaki dan perempuan bukan muhrim dilarang keluar bersama
Naikkan yuran persekolahan dan masuk universiti
Haramkan kompleks membeli belah
Haramkan panggung wayang, pusat futsal, snuker dan bowling

pokoknya haramkan semua yang anak muda suka buat, kalau mereka menentang

tembak mati tanpa alasan

Saturday, December 11, 2010

Selamat berehat panjang Hikki!

Tahun 1998 memang banyak peristiwa; reformasi, SPM dan tamat sekolah.

Selain dari itu, tahun itu juga aku jatuh cinta dengan lagu berjudul 'First Love' Utada Hikaru dan seterusnya menghabiskan tahun2 ke depannya membeli kesemua CD album dan VCD/DVD konsert beliau. Utada atau lebih manja di kalangan peminat dengan nama Hikki baru sahaja menggelar konsert perpisahan di Yokohama pada 8hb Disember yang baru lalu (boleh muat turun di sini). Kata Utada, beliau ingin berehat barang 2 ke 5 tahun sebelum mungkin membuat kemunculan semula. Sayang aku tidak berpeluang menonton Utada secara langsung di depan mata seperti Ayumi Hamasaki.

Apapun aku ucapkan selamat maju jaya dan selamat berehat!



Thursday, December 09, 2010

Putus asa

Aku bergelumang dengan politik evolusi anti-BN(dari membangkang - mengkritik - kritik rasional)sejak membaca majalah Dunia Islam keluaran Disember 1994 berkulit hadapankan TG Nik Aziz. Sebelumnya itu juga sudah dididik perlahan-lahan sejak 1991 melalui kuliah agama di surau untuk membenci PM kita waktu itu, Tun Dr. Mahathir. Hampir 20 tahun ke hadapan, BN masih kekal menjadi pemerintah dan aku tidak pernah putus asa sehingga sekarang sebab aku tak cepat panjut dalam hal-hal yang memerlukan kita kuat dan teguh.

Begitu juga dalam hidup berkeluarga, aku selalu tidak mahu berkonflik sekecil apapun walau kadang-kadang ada juga yang meletup. Namun secara keseluruhan hubungan aku dan ahli keluarga sangat baik.

Sukan pulak - sejak tertendang bola semasa berumur 7 tahun di Pasir Gudang, sukan menjadi darah daging aku seterusnya obses kepada sukan dan negara Malaysia berlanjutan sehingga umur menghampiri 30 tahun. Sepanjang tempoh itu juga aku tidak pernah berputus harap bahawa Malaysia akan mencapai tahap gemilangnya suatu hari nanti dan sebenarnya ada yang sudah di puncak dunia seperti skuasy.

Hal yang sama juga bila berbicara tentang ekonomi diri & bukan diri dan seni budaya, aku tidak pernah putus harap. Dari zaman Apuke sehingga aku menggerakkan Frinjan bersama teman-teman yang lain dan sedikit sebanyak perubahan kecil terlihat walau jauh dari signifikan.

Namun ada satu hal yang aku cepat putus asa iaitu cinta, rasionalnya aku tidak mahu mengejar cinta yang ditepis kerana ia mengerah masa, emosi, tenaga dan wang yang tidak terhitung. Bagi aku putus asa cinta hal yang wajar untuk manusia logik dan praktikal.

Monday, December 06, 2010

Coretan ringkas Demo Air





Selamba je lori sampah ni, hehe


Mula berarak




MB Khalid berucap


Pelancong 'demonstran'


Polis menyerbu


Mandi-manda



Demo kali ini melihatkan penyertaan banyak anak muda dan awek2, berbeza dengan sebelum ini yang didominasi oleh orang2 parti yang kurang 'muda'. Ada 2 awek sangat cun yang memukau pandangan :)

Kehadiran aku anggar 5000, ok untuk publisiti yang lambat dan sekarang pun jadi kerajaan. Kena fahami situasi yang berbeza dengan pra-2008.

Oh hari ni pergi bersama si dia :)

Hari ni terlupa pakai sarung tangan untuk baling canister pemedih mata ke arah polis semula

Masa sebelum demo bermula, aku melepakkan diri di kalangan polis tidak beruniform dengan Diyana yang memakai tag media (tumpang konon2 aku pun media lah, ini sebelum pakai baju merah). Paling membengangkan apabila mereka bergurau sesama dengan satu ayat yang aku akan ingat sampai bila2, "kita tembak je diorang ni". Darah menyirap deras masa ni.

Ada pelancong berkulit putih turut teruja dengan menyertai kami, ini yang dinamakan pelancongan konflik/politik.

Peniaga jual air turut meraih rezeki dengan balang2 air macam tak cukup memenuhi kehendak demonstran.

Semasa polis berpakaian seragam biasa menyerbu ke arah perkarangan Masjid Negara, ada beberapa yang teruja mengejar sampai tak sedar yang mereka sudah dikepung demonstran, nasib baik tak kena pukul. Ada satu mamat polis ni beriya-iya sound, lepas tu kena kejar lari lintang pukang, polis muda yang poyo! haha

Penyertaan orang Cina dan India kali ini sangat baik dan kami bersama-sama berhadapan dengan FRU. 1Malaysia kan?

Polis selamanya bangang kalau berhadapan dengan Pakatan Rakyat dan geng2 mereka, kalau mereka tak tutup jalan dan bekerja mengawal perarakan macam di negara-negara maju, sudah pasti semuanya aman dan jalan tidak sesak.

Tuesday, November 30, 2010

Pekan Frinjan 16: HAM



http://www.facebook.com/event.php?eid=165648986800249

Pekan Frinjan 16 membawakan tema HAM: singkatan kepada Hak Asasi Manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada tanggal 10
Disember setiap tahun.

Persembahan2 dari;

Tilu
http://www.myspace.com/tiluband

Meor
http://www.pestajiwa.net/

Mazir Ibrahim
http://www.facebook.com/pages/Mazir-Ibrahim/102510689819565

Spritz
http://www.myspace.com/spritzband

Dahlia by The Stairs
http://www.facebook.com/dahliabythestairs

Asboon
http://www.facebook.com/pages/ASBOON/172400835394

Chi Too
http://hyperbolica.blogspot.com/

Negarakus
http://www.facebook.com/negarakus

Mona Lyssa
http://www.myspace.com/monalyssa92

Andenn Hassan & The Dr. Samsi's Experiment
http://www.facebook.com/pages/Andenn-Hassan-The-Dr-Samsis Experiment/173111726036019

Tentang Pekan Frinjan

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Matlamatnya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

013-299 0192 : Farhan Azahan
010 512 6836 : Zulhabri

atau emel ke frinjan@gmail.com

Acara ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA dan i-City

Terima kasih

Friday, November 26, 2010

Bila Acha Septriasa berbicara politik

pertama kali tersiar di The Malaysian Insider beberapa bulan lepas

22 JUN — Siri temuramah pop politik ini dimulakan dengan selebriti terkenal dari Indonesia, Acha Septriasa yang popular dengan filem ‘Heart’ bergandingan dengan bekas kekasih, Irwansyah pada tahun 2006.

Acha masih menuntut di Limkokwing, Malaysia dalam jurusan komunikasi massa dan baru berumur 20 tahun dan pastinya tidak layak mengundi seandainya menjadi warga negara Malaysia. Wawancara penuh yang berlangsung 45 minit ini dibuat di rumah Acha di Tebet, Jakarta Selatan disaksikan ibu merangkap pengurus yang sangat baik dan di pertengahan wawancara ‘disuruh pergi’ kerana Acha malu-malu untuk berbicara politik di depan ibunya

Hasil sebahagian wawancara penuh ini telah dialih ke dalam Bahasa Melayu supaya boleh difahami pembaca di Malaysia dan Insya Allah maksud-maksud jawapan Acha tidak lari dari pengertiannya.

Selamat membaca!

Menurut pengamatan Acha, apakah perbezaan seni budaya di Indonesia sebelum dan sesudah reformasi 1998?

Kalau menurut saya peribadi, sebelum dan sesudah tidak jauh beza, tapi pasti ada perbezaan. Sebelum reformasi seni budaya yang ditonjolkan lebih bersifat nasionalis, misalnya seperti lagu-lagu bersifat kebangsaan dan yang menonjolkan budaya Indonesia selalu diputar setiap pagi di televisyen, lagu tentang kemerdekaan itu pasti diputar dan menurut saya itu bagus dan sekarang sudah hilang budaya itu. Saat setelah reformasi, lagu-lagu dan filem-filem lebih beragam dan lebih bebas. Namun kerana sudah mulai terasa terlalu bebas, maka itu sudah ada undang-undang yang lebih spesifik mulai mengatur kerana kalau dahulu undang-undang agak terbatas kerana medianya memang disekat untuk tidak menayangkan sesuatu yang tidak bagus untuk masyarakat.

Bagaimana Acha menanggapi proses ini? Perubahan yang terjadi

Menurut saya pasti ada sisi positif dan negatif, sisi positifnya setelah masyarakat diberikan kebebasan untuk mengungkap isi hati dan opini ia melahirkan masyarakat berfikiran kritikal dan lebih cerdas di dalam menanggapi masalah sosial dan permasalahan kebudayaan dan bagi penggiat seni mereka boleh menggali kreativitinya sebebas mungkin. Lagu Iwan Fals juga boleh dinikmati sebebasnya. Manakala sisi negatifnya pula kebebasan itu kadang-kadang membawa sesuatu keributan yang tidak perlu dan menurut saya pada saat media dikawal, saat kita tidak mempunyai kebebasan keseniaan dan kebudayaan , kita jadi lebih teratur maksudnya masyarakat dengan sendiri tahu apa yang perlu dikonsumsi sesuai umur dan tahap,. Apa yang terjadi sekarang adalah anak-anak kecil boleh menonton tontonan orang dewasa , tidak ada batasan. Akhirnya semua itu adalah pergerakan masa ke masa, zaman ke zaman yang memang harus kita hadapi kerana kalau dalam berkarya itu memang tidak boleh dibatasi dengan hukum kerana karya itu lawless istilahnya dan tidak boleh diatur.

Undang-undang dibuat untuk dilanggar?

ya

Menurut Acha, sejauh mana penggiat seni budaya dan juga masyarakat Indonesia untuk menerima demokrasi, keragaman dan keterbukaan itu sendiri kerana ada pandangan sebilangan kelompok di Indonesia yang mengatakan Indonesia sebenarnya masih belum bersedia atau siap untuk menerima semua perubahan ini?

Benar sekali, saya setuju dengan pendapat itu kerana menurut saya, demokrasi itu boleh ditanggapi dengan cerdas seandainya rakyatnya itu juga standar pendidikannya relatif sudah tinggi. Maksudnya pada saat kita mempunyai masyarakat dengan jurang yang sangat luas, iaitu dengan strata sosial ada yang miskin sekali, dan ada yang kaya sekali telah menghasilkan tahap penerimaan dan kemampuan menganalisa berita yang berbeza. Realiti masyarakat Indonesia masih banyak yang tahapnya pertengahan ke bawah dan oleh sebab itu masyarakatnya mudah terpancing emosi segala macam, dan saya melihat bahawasanya ia sangat mempengaruhi demokarasi di negara ini. Kita belum benar-benar freedom kerana tatkala pemerintah menerapkan negara ini bersistem hukum dan berdasar asas ketuhanan, kadang-kadang rakyat tidak menanggapi kebebasan yang diberi dengan tanggungjawab yang besar. Mereka Cuma fikir, oh kita sudah diberi kebebasan dan kita boleh mengungkap apa saja di media, boleh mengarang apa saja, makanya boleh mengungkap apa saja tanpa melihat dari sisi hukumnya. Nyata memang benar, demokrasi belum boleh diterapkan secara total di negara ini.

Jika Acha diberi pilihan, mahu berkarya di zaman Soeharto atau pasca-reformasi?

Agak sukar ya , jika untuk membela bangsa ini mungkin saya akan memilih sebelum zaman reformasi kerana faktor keamanan dan kestabilan sosial pastinya. Saya memilih sebelum reformasi kerana memang lebih teratur, masyarakat lebih menghormati dan mempunyai respek terhadap pemimpin-pemimpian kita. Sekarang kerana sudah terlalu transparen, kita sering menghakimi segalanya menerusi media, misalnya melalui internet atau suratkhabar sehingga pendapat menjadi sangat terbuka dan sering fikiran-fikiran dan idea-idea baru muncul yang mungkin sifatnya boleh jadi membangun bahkan mungkin menjatuhkan. Apa yang mengkhuatirkan adalah hal-hal yang seperti itu kadang-kadang memancing sesuatu yang sifatnya membesarkan sesuatu yang tidak perlu dan tidak bagus untuk negara. Lebih parah adalah berita yang secara sedar atau tidak memancing rakyat untuk berdemonstrasi setiap saat dan sebenarnya demo dan segala mcamnya itu bentuk dari kebebasan opini yang menurut saya sudah terlau bebas sehingga membakar-bakar dan merosakkan sarana umum. Hal yang berlebihan itu terjadi mungkin kerana standard kecerdasan kita masih dibawah dan segala sesuatu itu tidak bioleh ditanggapi dengan emosional yang cerdas

Pandangan Acha tentang penglibatan selebriti/artis di dalam politik Indonesia?

Sebenarnya saya termasuk di dalam selebriti yang mahu terjun ke dunia politik, tetapi setelah difikir ulang mungkin hanya pada masa depan dan tidak masa sekarang kerana setelah saya lihat-lihat banyak sekali selebriti yang terjun belum siap menghadapi segala macam pro dan kontra, bahkan belum bersedia dalam menanggapi masalah di dalam negeri dan sebagai wakil rakyat kadang –kadang mereka saya lihat masih terburu-buru dalam memutuskan sesuatu , mungkin secara mental belum kuat. Oleh kerana sekarang semua orang punya kebebasan, kebebasan untuk memilih wakil rakyat itu tergantung siapa yang memilih saja, kalau peminatnya banyak , kemungkinan akan terpilih sangat kuat. Selebriti itu punya kesempatan yang bagus dalam memanfaatkan populariti untuk menjadi wakil rakyat walau tanpa pengalaman dan persiapan mental. Sebenarnya menjadi artis dan ahli politik sangat berbeza, tapi mungkin kerana mereka beralasan punya ijazah dan mahu menjadi wakil rakyat yang sifatnya mewakili kebudayaan. Tetapi menurut saya walau kita banyak pengalaman sekalipun , dari segi mental pastinya belum siap kerana persoalan bangsa ini terlalu besar sehingga untuk kita yang seniman, seni dan politik itu sangat berbeza — politik dan hukum itu suatu yang pasti manakala seni sangat bebas. Maka itu kita harus punya ilmu-ilmu dasar untuk masuk ke dalam dunia politik.

Maka ditunda penglibatan kamu di dalam politik?

Banyak pro dan kontra , kalau perlu tidak mahu jadi wakil rakyat. Menurut saya, tidak adil kalau hanya menjadi wakil rakyat yang kerja 5 tahun di jabatan dan langsung dapat pegawai negeri yang akan beroleh pencen seumur hidup dan itu tidak masuk akal sekali. Semua orang kelihatan mahu menjadi anggota DPR (Dewan Permesyuaratan Rakyat) kerana pencennya ditanggung seumur hidup oleh negara dan itu semua wang rakyat.

Pandangan Acha tentang teman artis Rachel Maryam yang sudah menjadi wakil rakyat?

Kalau saya melihat dari infotainment, jawapan-jawapannya cukup bijaksana maksudnya tetap pada koridornya dan saya agak takjub kerana dia punya persiapan mental yang kuat, manakala ada beberapa artis lain kadang-kadang kita tidak tahu apa yang diperbuat, adakah benar mahu mengatasi masalah negeri atau cuma sekadar tidur, dan ambil wang harian dan pulang. Melihat dari persolaan negeri yang tidak pernah selesai bahkan progresnya pun langsung tidak kelihatan di mata kita, wakil rakyat sendiri yang seharusnya menilai semula diri adakah kita siap dan benar-benar mahu membuat perubahan bangsa ini dan jangan cuma hanya minta dana ini dan itu dan akhirnya tenyata dana itu tidak disalurkan ke mana-mana.

Ada pandangan mengatakan tahap kepercayaan rakyat terhadap pemerintah dan parti politik itu sangat lemah dan walaupun ruang kebebasan diberi, apa yang terlihat adalah kebebasan yang diberi dipisahkan dengan keputusan di tingkat pemerintahan. Komen Acha?

Ya benar sekali, kita cuma bising-bising dan bisingan itu tidak dimasukkan ke dalam agenda membuat perubahan di tingkat pemerintah. Bisingan kita tidak ditampung usulannya.

Terima kasih Acha untuk masanya

Sama-sama

Thursday, September 16, 2010

Tanpa Monarki tamat

Kembara 90 hari tanpa monarki selesai sudah walaupun kurang 3 hari dari rencana awal. Sepulang dari Beijing, aku sempat curang seminggu di KL atas hal-hal yang tak dapat dielakkan sebelum bersambung ke Bali.



Tanpa Monarki boleh di baca di sini

Tahun 2011 trip menanti

1- Februari, KL-Penang-Bangkok bersama Termana & Ika
2- Jun, Delhi-Kolkata-Dhaka gabungan bersama geng backpacker dan solo
3- Julai, Pulau Jawa bersama adik kandung dan suaminya
4- Julai/Ramadhan, Teheran Iran solo