Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Friday, August 15, 2008

Kickfest 2008 - The Biggest Indonesia Clothing Expo

Klik di sini untuk lebih foto, harus ada akaun Facebook


Photobucket
Gerai paling keren

Photobucket
Wadzeig, jiran Airplane

Photobucket
Bubur ayam dan teh botol

Photobucket
Pengganas Airplane, Padil.2 juta rupiah habis kat sini

Photobucket
Staf part time Airplane, maklumlah dah menumpang, haha

Tanggal 1 hingga 3 Agustus yang lalu berlangsungnya ekspo clothing indie terbesar Indonesia di Bandung yang lebih dikenali dengan nama Kickfest yang juga juga merupakan salah satu program di dalam acara yang besar dipanggil Helarfest.

Edisi pertama tahun lepas sudah terlepas dan kali ini memang ditunggu-tunggu. Aku ke sana bersama geng Airplane Malaysia, Padil dan Amir dan menginap di rumah sang manajer Airplane Indonesia, Ardinal. Airplane Systm merupakan pelopor awal gerakan clothing indie bersama2 Unkl dan lain2 di Bandung dan memberikan impak yang baik kepada khalayak KL semasa Urbanscapes baru2 ini. Abang aku yang bertolak keesokannya aku temui di tapak pesta dengan masing2 sudah hilang fokus dan terlalu excited dengan hidangan pakaian di depan mata.

Photobucket
Inspirational Joni (Joni) dan geng

Photobucket
Vokalis Joni, Shera

Photobucket
Ramai bangat sih

Untuk pengetahuan, industri clothing indie di Bandung secara khusus dan Indonesia secara umum merupakan salah satu nadi penggerak ekonomi di sana dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan di pelbagai peringkat. Industri yang dimulai secara gerila selama 4 - 5 tahun awal dan setelah lebih 10 tahun kini sudah menjadi satu cabang perniagaan yang serius tanpa mengorbankan nilai2 indienya dengan tunduk pada kuasa pasar kapitalis yang membosankan. Malah di pihak kerajaan Indonesia sendiri sudah mula mengiktiraf kewujudan dan kepentingannya dengan mencadangkan insentif2 tertentu diberikan kepada pengusaha agar bisa menerobos pasaran asing terutamanya Singapura dan Malaysia. Namun tanpa pertolongan itupun, beberapa label seperti Airplane, Unkl dan Badger sudah menembusi pasaran Eropah.

Penerangan yang lebih tentang Kickfest dan industri clothing indie di sana serta kaitannya dengan gerakan muzik indie di sana akan aku tulis minggu hadapan

Selain daripada jualan, bermacam2 aktiviti lain diadakan seperti basikal lowrider, gerai2 NGO dan komunitas tempatan dan tidak lupa persembahan band2 indie ngetop dan keren masa kini seperti The Sigit, Koil, Mocca, Inspirational Joni dsb.

Label indie tempatan

Kini di Malaysia telah tumbuh label2 indie seperti Angkatan Baju Malaya yang bernaung di bawahnya beberapa label popular seperti Pop Malaya, Devotee, Dirttee, Defy, Bima dan macam-macam lagi dan juga kadang2 Gerakbudaya yang dijemput khas. Aku harap mereka dapat istiqomah di dalam perjuangan mereka dan jangan cepat berpuas hati dan stagnan di dalam gerak kerja mereka. Siapa tahu selepas beberapa tahun nanti mereka akan turut berjaya menggegarkan industri pakaian tempatan yang selama ini dimonopoli oleh label2 tertentu yang kadang2 membosankan dan mahal pulak tu seperti geng2 Padini, Voir dsb.

RM250 melayang

Aku yang tiba hampir tengah malam Jumaat bergegas meninggalkan Kickfest dan Bandung tercinta pada Ahad petang untuk bertemu teman di Jakarta. Oleh kerana tidak membuat tempahan awal, aku terpaksa menyewa Kijang seorang diri ke Jakarta dengan harga 700,000 rupiah. Kerugian sekitar 625,000 rupiah yang senang2 aku boleh membeli 10 helai t-shirt dari Airplane. Sedih bangat gue!

Friday, April 11, 2008

Bandung & Jogja


Photobucket - Video and Image Hosting
Borobodur, mengkagumkan

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama Bung Nusram dari Penerbit Ombak

Photobucket - Video and Image Hosting
Jogja awal pagi

Photobucket - Video and Image Hosting
Bakso, makan di tepi jalan lebih gurih

Photobucket - Video and Image Hosting
Bung Indro di tengah direktur Resist Books

Photobucket - Video and Image Hosting
Ghairah belanja

Photobucket - Video and Image Hosting
Propaganda

Photobucket - Video and Image Hosting
Pemandangan dari keretapi ke Jogja

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket
LA Indie Fest di ITB Bandung

Photobucket - Video and Image Hosting
Pisang goreng bersalut stroberi (ejaan Indonesia)

Klik di sini untuk lebih foto2 menarik di Bandung & Jogja

Coretan perjalanan masih tidak mampu ditulis akibat mental diri yang masih capek. Namun aku bisa ngomong2 jika kalian mahun mendengar dari gue. Apapun trip pertama kali ke Bandung & Jogja sangat menyeronokkan.

Melihat sendiri kemusnahan kawasan sekitar akibat letusan Gunung Merapi dan monumen agung Borobodur merupakan highlight trip kali ini. Selain itu keramahan dan kecantikan cewek2 Bandung serta peka fesyen mereka juga membuatkan Bandung berbeza dari masyarakat di kota-kota lain.

Banyak juga duit abis disalurkan ke dalam ekonomi Indonesia dengan item2 dari distro yang bertaburan di Bandung dan juga buku & kaos perjuangan atau propaganda.

Makanan dan snek yang pelbagai yang terdapat di tepi2 jalan membuatkan mulut aku tak habis-habis mengunyah. Aku menyarankan jika sesiapa ke Indonesia, cuba makanan2 di tepi2 jalan daripada membuang duit dan menolak pengalaman dengan mengunjungi gerai2 di mall yang tak seberapa enaknya.

Juga terima kasih kepada Susanne dan Pika yang sudi menjadi pemandu pelancong di Bandung serta teman2 seperjuangan Bung Indro & Soles dari Resist, Nusram dari Ombak dan Ratih & Yoshi dari Yayasan Pondok Rakyat .Tidak lupa juga sopir kami di Jogja, Aris yang ramah dan baik hati.

Kepada Yoshi, jika diijinkan Tuhan aku akan ke Festival Kesenian Yogyakarta dan Pesta Buku Jakarta akhir Juni nanti sebelum kamu ke sini nanti.

Jika ada rejeki, aku juga ingin mencari abang bondaku yang alamat terakhirnya di Jawa Tengah. Semoga berjumpa satu hari nanti, mana tau kalau anak2nya atau sedara maranya pelakon2 sinetron di sana, hehe.

Saturday, March 22, 2008

Ayat-ayat Cinta

Pasca pilihan raya membuatkan aku sedikit capek untuk bercerita tentang politik dan pilihan raya. Senggang masa diperlukan untuk lari seketika daripada euphoria kemenangan Barisan Rakyat yang membentuk letusan Gunung Merapi.

Di Bandung aku sempat ikut serta euphoria rakyat Indonesia yang sedang dilanda tsunami filem adaptasi novel karya Habiburrahman El Shirazy, 'Ayat-Ayat Cinta'. Filem yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo memang mantap dan mengesankan walaupun tiada air mata aku yang mengalir. Ulasan filem ini oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Sarawak boleh dibaca di sini.

Apa yang pasti aku menontonnya semula apabila ditayangkan nanti di Malaysia. Buat masa ini aku sedang khayal dengan lagu OST Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa. Sila klik di sini untuk menonton video klip lagu tersebut di Youtube.

Rossa - Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

repeat reff

ketika ku bersujud