Kickfest 2008 - The Biggest Indonesia Clothing Expo
Klik di sini untuk lebih foto, harus ada akaun Facebook
Gerai paling keren
Wadzeig, jiran Airplane
Bubur ayam dan teh botol
Pengganas Airplane, Padil.2 juta rupiah habis kat sini
Staf part time Airplane, maklumlah dah menumpang, haha
Tanggal 1 hingga 3 Agustus yang lalu berlangsungnya ekspo clothing indie terbesar Indonesia di Bandung yang lebih dikenali dengan nama Kickfest yang juga juga merupakan salah satu program di dalam acara yang besar dipanggil Helarfest.
Edisi pertama tahun lepas sudah terlepas dan kali ini memang ditunggu-tunggu. Aku ke sana bersama geng Airplane Malaysia, Padil dan Amir dan menginap di rumah sang manajer Airplane Indonesia, Ardinal. Airplane Systm merupakan pelopor awal gerakan clothing indie bersama2 Unkl dan lain2 di Bandung dan memberikan impak yang baik kepada khalayak KL semasa Urbanscapes baru2 ini. Abang aku yang bertolak keesokannya aku temui di tapak pesta dengan masing2 sudah hilang fokus dan terlalu excited dengan hidangan pakaian di depan mata.
Inspirational Joni (Joni) dan geng
Vokalis Joni, Shera
Ramai bangat sih
Untuk pengetahuan, industri clothing indie di Bandung secara khusus dan Indonesia secara umum merupakan salah satu nadi penggerak ekonomi di sana dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan di pelbagai peringkat. Industri yang dimulai secara gerila selama 4 - 5 tahun awal dan setelah lebih 10 tahun kini sudah menjadi satu cabang perniagaan yang serius tanpa mengorbankan nilai2 indienya dengan tunduk pada kuasa pasar kapitalis yang membosankan. Malah di pihak kerajaan Indonesia sendiri sudah mula mengiktiraf kewujudan dan kepentingannya dengan mencadangkan insentif2 tertentu diberikan kepada pengusaha agar bisa menerobos pasaran asing terutamanya Singapura dan Malaysia. Namun tanpa pertolongan itupun, beberapa label seperti Airplane, Unkl dan Badger sudah menembusi pasaran Eropah.
Penerangan yang lebih tentang Kickfest dan industri clothing indie di sana serta kaitannya dengan gerakan muzik indie di sana akan aku tulis minggu hadapan
Selain daripada jualan, bermacam2 aktiviti lain diadakan seperti basikal lowrider, gerai2 NGO dan komunitas tempatan dan tidak lupa persembahan band2 indie ngetop dan keren masa kini seperti The Sigit, Koil, Mocca, Inspirational Joni dsb.
Label indie tempatan
Kini di Malaysia telah tumbuh label2 indie seperti Angkatan Baju Malaya yang bernaung di bawahnya beberapa label popular seperti Pop Malaya, Devotee, Dirttee, Defy, Bima dan macam-macam lagi dan juga kadang2 Gerakbudaya yang dijemput khas. Aku harap mereka dapat istiqomah di dalam perjuangan mereka dan jangan cepat berpuas hati dan stagnan di dalam gerak kerja mereka. Siapa tahu selepas beberapa tahun nanti mereka akan turut berjaya menggegarkan industri pakaian tempatan yang selama ini dimonopoli oleh label2 tertentu yang kadang2 membosankan dan mahal pulak tu seperti geng2 Padini, Voir dsb.
RM250 melayang
Aku yang tiba hampir tengah malam Jumaat bergegas meninggalkan Kickfest dan Bandung tercinta pada Ahad petang untuk bertemu teman di Jakarta. Oleh kerana tidak membuat tempahan awal, aku terpaksa menyewa Kijang seorang diri ke Jakarta dengan harga 700,000 rupiah. Kerugian sekitar 625,000 rupiah yang senang2 aku boleh membeli 10 helai t-shirt dari Airplane. Sedih bangat gue!
No comments:
Post a Comment