Terima Kasih!
Dua berita gembira, pertamanya harga petrol turun 15 sen untuk RON97 dan 22 sen untuk RON22 yang aku selalu isi walaupun Pak Lah kaki kelentong tu cakap tak nak turunkan harga sebelum 1 September. Nampaknya kelentong rakyat sambil gaya buat2 tak tahunya itu sudah menjadi hobi PM kita ini. Nasib baik kali ni kelentong baik yang jelas untuk memancing undi pengundi Permatang Pauh. Apa punya taktik politik murahan laBee End ni. Namun begitu aku tetap berterima kasih akhirnya Bee End mendengar keluhan rakyat walau motifnya sangat disangsikan.
Keduanya keputusan kerajaan menerusi Kementerian Kebudayaan untuk membenarkan konsert Avril Lavigne diteruskan. Suatu keputusan yang bijak yang pasti akan dibantah geng2 GAMIS anti maksiat dan Dewan Pemuda PAS dan macam2 pihak yang tak pandai kawal nafsu. Kali ini aku menyokong kerajaan BN kerana bersikap tegas untuk tidak tunduk pada ancaman geng2 cepat stim ni. Akhirnya dapatlah juga aku menonton Avril secara langsung buat kali kedua setelah di Singapura pada 2005.
Nasihat aku pada PAS, bersikap lebih toleranlah di dalam isu2 muzik seperti ini dan tumpukan pada isu2 besar dahulu. Konsert2 kat Malaysia ni pun tak ramai yang pergi, muka yang sama je. Yang tak pergi konsert tu lagi ramai yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral sebab banyak yang tak perlu pakai duit banyak. Konsert2 ni kan berbayar dan tak semuanya mampu. Imej tu kena jaga sikit terutama di KL & Selangor yang plural ni, amal makruf nahi mungkar itu bagus tapi kenalah berhikmah dan kena tempatnya.
Apa yang pasti, habis saja Avril aku, Belot, Termoz dan seorang awek akan ke Baybeats di Singapura sebelum ke Hong Kong 20 September menyaksikan penyanyi pop Japan pujaan aku, Ayumi Hamasaki beraksi secara live di depan mata, impian yang akhirnya semakin menjadi kenyataan. Coldplay dah, Avril dah, Ayumi akan..tinggal lagi Radiohead. Mudah2 mudahan termakbul nanti.
No comments:
Post a Comment