Selangkah lagi ke ‘dream final’
Aksi pertama, menang 2-0
Kemeriahan tahun ini diragut oleh politik, olimpik dan euroTahun lepas bila aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil menonton aksi final Piala Malaysia di antara Kedah dan Perak, hati kecil aku bertanya bilalah agaknya giliran Selangor bertemu Kedah pulak?
Malam esok di Kuala Terengganu dan Larkin akan menentukan segala-galanya sama ada Selangor dan Kedah akan bertemu sesama sendiri. Aku doakan agar anak buah kendalian Dollah Salleh meneruskan kemaraan untuk membalas dendam kekalahan di tangan Kedah pada perlawanan akhir Piala FA tahun ini.
Mengapa Kedah bukannya Perak?
Sepanjang sejarah aku hidup mengikuti bola sepak tempatan sejak darjah dua yakni tahun 1989, Selangor tidak pernah bertemu Kedah di dalam mana2 aksi final kecuali tahun ini di final Piala FA yang pada aku kurang umph. Perak juga begitu, hanya aksi final Piala FA sahaja yang sering mempertemukan kedua2 pasukan ini.
Namun Perak berbeza dengan Kedah kerana sejak dua musim ini, Kedah telah menggantikan Perak sebagai pasukan yang terkuat di Malaysia. Jadi sangat normal la Selangor memilih Kedah untuk beradu kekuatan.. Satu lagi kalau lawan Perak ni asyik kalah je Selangor, aku pun tak tahu kenapa.
Bayangkan puluhan ribu Merah Kuning dan Kuning Hijau bersorak sakan di Bukit Jalil, pasti terkujat mereka2 yang mengharapkan bola sepak tempatan akan mati supaya senang mereka menumpukan perhatian kepada MU, Arsenal, Chelsea, Liverpool dll. Peminat bola sepak yang tidak mempunyai jati diri. Sedih.
No comments:
Post a Comment