Jangan cabar kebodohan kami - UiTM di hatiku
Maha dahsyat sekali respon dari sebahagian pelajar2 UiTM berkaitan isu cadangan MB Selangor tentang pembukaan kemasukan 10% pelajar bukan bumiputra ke universiti antarabangsa tersebut.
'Kuasa pelajar' yang selama ini hilang taring akhirnya terjelma semula dan sangat ironis apabila mereka memilih jalan raya yang aku pasti ramai dari mereka menentang pendekatan itu selama ini. Apapun aku tabik kerana dah berani menyuara pandangan dan turun ke jalan raya walau tidak diancam oleh FRU dan anggota2 polis beserta anjing dan helikopter. Sungguh istimewa sekali layanan yang diberi sehingga Naib Canselor anda turut sama menjadi badut.
Aku yang juga bekas pelajar UiTM merasa amat malu dan jijik menjadi Melayu Islam di Malaysia apabila senario kebelakangan ini memperlihatkan seolah2 bangsa yang aku sanjungi ini sangat bodoh sehinggakan takut pada bayang2 sendiri.
Takut agama Islam diancam? Ketuanan Melayu dicabar? Hak istimewa Melayu diragut? dan segala macam ketakutan tanpa asas dibebalkan pada otak2 orang Melayu yang sangat feudal dan sememangnya anti keterbukaan. Sedih aku melihat gelagat2 pelajar2 UiTM tersebut dan respon2 dari manusia2 yang hidup dalam ilusi Ketuanan Melayu mereka itu.
Aku secara pribadi walaupun bukan dari kelas menengah ke atas menolak konsep 'Ketuanan Melayu' dan apa juga keistimewaan yang diberikan kepada Melayu/Bumiputra kerana aku mampu untuk bersaing secara global dan berdiri sendiri. Hak2 tersebut perlu diberi kepada mereka yang memerlukan, tanyalah pada pelajar2 UiTM tersebut status keluarga mereka? miskin sangatkah? Ramai yang datang dari golongan menengah ke atas yang sepatutnya boleh berdiri sendiri tetapi masih meminta2 hak. Jangan jadi manusia yang sebegitu hina dengan membodohkan diri mempertahankan hak2 yang layaknya untuk orang yang susah sahaja. Aku tiada masalah kalau yang berdemo itu anak2 orang miskin dan susah.
Apa maknanya kalau orang yang berkemampuan tetapi masih menagih2? Itulah manusia yang hina dan keji. Jangan bicara soal penubuhan UiTM kerana semua itu sudah jelas, apa yang aku mahu cubalah berfikir secara rasional, progresif dan jauh ke hadapan.
Zaman sekarang adalah zaman keterbukaan di mana yang bagus sahaja yang akan maju tanpa mengira apa bangsa dan agama mereka. Sinergi perniagaan dll di antara yang maju tanpa mengira bangsa mereka adalah sesuatu yang menjadi trend sekarang. Yang jumud akan jauh terkebelakang dan sekadar menjadi pinggiran untuk penerusan pembodohan anak2 Melayu mereka. Jangan dibangkit soal Cina pun kerja malas dan lembab dsb untuk menjustifikasi tindakan anda, jihad kita adalah melawan mereka dengan kerja, produktiviti dan professionalisme kita. Hanya dengan cara itu kita Melayu boleh maju ke hadapan.
No comments:
Post a Comment