Tuesday, July 29, 2008

Musik di Batam

Sila klik di sini untuk gambar2, harus ada akaun Facebook


Photobucket
Mulan J yang seksi bangat

Photobucket
Puluhan ribu berekspresi

Photobucket
Aksi2 berani penonton yang keren

Seusai pulang dari kembara China sabtu lepas, aku bergegas pulang ke rumah sebelum melepakkan diri bersama teman2 di Brickfields menunggu keretapi ke Temasek yang dijadualkan beangkat jam 9.10 malam.

Tiba di Tanjung Pagar, langsung makan nasi lemak ayam dan nescafe tarik yang sudah menjadi makanan kegemaran aku setiap kali ke sini. Tamat engisi perut aku ke Beach Road membeli tiket pulang ke KL malam hari, pukul 12 dan Alisan menjadi pilihan, tiket dah naik ke SGD35.

Selesai bergegas ke Harbour Front untuk menaiki feri ke Batam yang juga telah juga bertambah kosnya menjadi SGD41 pergi dan balik. Kalaulah Air Asia dah ke Batam pada waktu ini lebihlah mudah dan murah, jimat masa, wang dan tenaga. Tapi takpe akhirnya Air Asia akan memulakan penerbangan sulung ke Batam mulai oktober ini, tahniah Air Asia!

Aku telah lama berhajat untuk menghadiri konsert2 besar yang diadakan di Indonesia, namun hasrat itu jarang tercapai oleh kerana masa yang tidak sesuai, tiada bajet atau tidak ada maklumat. Nasib baik ada internet dan teman2 Indonesia yang sentiasa update aku di sini tentang aktiviti di sana.

Photobucket
Flying fox

Photobucket
Bebas di udara

Photobucket
Musik dan minda bergabung sekali

A Mild Soundrenaline merupakan konsert musik berskala besar di Indonesia yang menjelajah beberapa kota. Tahun ini kota2 yang terpilih adalah Pekanbaru, Medan, Batam, Malang dan Yogya. Di tahun ke tujuh penyelenggaraan, tema yang diusung kali ini adalah Free Your Voice. Sebuah tema yang mengundang musicmaniacs untuk menyuarakan segala keinginan,pendapat bahkan idea tanpa harus takut dan berada di bawah tekanan.

Sesuatu yang hampir mustahil dilakukan di Malaysia apalagi jika yang terlibat adalah band2 rock dan artis2 seksi yang pastinya akan mengundang kemarahan, kebencian, anti-nafsu dll anti aparat2 penghukum yang terasa dirinya saja yang betul dan dekat dengan Tuhan Yang Esa. Lihat saja keganasan yang dilakukan oleh sang2 manusia kejam dan bertuhankan nafsu benci yang maha hebat terhadap vokalis Carburetor Dung, Alak di karnival Protes beberapa minggu lalu. Sesiapa yang tak setuju tidak mengapa, aku berada betul2 di pentas dan segala yang berlaku di depan mata tidak akan aku lupakan. Tidak ku sangka manusia2 penyokong parti agama Islam atau PKR yang mungkin tak memahami dasar parti ini sanggup melakukan terror yang maha dahsyat mengalahkan sang samseng dari UMNO.

Kembali kepada konsert yang sering dipanggil dengan nama Soundrenaline ini, Batam menampilkan band2 & penyanyi mainstream dan juga yang sedang naik daun seperti Ungu, Ari Lasso, Dewa, Andra BB, Cokelat, The Titans, Mulan J, The Rock, Yovie & Nuno, Tangga, Afgan, Aura Kasih, Changcutter, Seringai dan banyak lagi. Pengendalian konsert ini juga sangat hebat dan bagi penonton konsep dua pentas utama yang digunakan sangat bagus kerana setiap kali persembahan tamat, pentas yang lain akan digunakan dan seterusnya. Musik tanpa henti. Satu lagi pentas yang diberi nama Talent Stage diberi khas untuk band2 baru naik dan indie mempersembahkan musik mereka di khalayak yang umumnya mainstream.

Menarik diperhatikan di Indonesia adalah sikap keterbukaan mereka menerima musik dari arah mana pun. Satu sikap yang harus dipuji kerana musik adalah universal dan diskrimasi musik tanpa asas adalah sesuatu yang tidak sihat. Di Malaysia sikap anti2 musik tanpa asas dan lebih kepada taklid buta masih berlaku dengan hebat dan inilah yang membantutkan perkembangan musik di sini. Egoistis di kalangan pemusik dan kebodohan di kalangan peminat, satu kombinasi keruntuhan industri musik yang sangat mantap. Selain daripada nyanyian, terdapat juga aktiviti2 sampingan lain yang menarik seperti uji bakat, sukan ekstrem, futsal, street ball dsb turut berlangsung.

Kehadiran aku anggarkan sekitar 20,000 yang merangkumi manusia pelbagai lapisan. Suasana konsert seperti pesta di mana gerai2 makan berlesen dan tidak berlesen dibuka memeriahkan suasana. Keluarga membawa anak2 untuk berhibur sambil bersantai aman menikmati musik dan apa yang aku saksikan tiada keganasan walau ramai sang prianya muka pecah rumah dan tiada juga pria yang terangsang nafsunya melihat wanita lantas melakukan sesuatu di tapak konsert seperti yang selalu dihujahkan oleh sang agamawan palsu yang tidak pernah pun turun ke pesta2 seperti ini. Mungkin juga agamawan palsu ini tidak mempunyai daya ketahanan mengawal nafsu sehingga semua perempuan adalah objek seks yang harus dibenci.

Konsert bermula sekitar 11 dan aku berada di sana mulai jam 12 tgh sehingga 6 petang sebelum mengundurkan diri dengan perasaan puas dan dengan sedih hati melambaikan salam perpisahan pada TTM aku yang sangat baik hati. Semoga berjumpa lagi.

No comments: