Liburan musik di Santubong
Setelah lama mengidam untuk ke Rainforest Music Festival, akhirnya aku berjaya juga memasuki statistik pengunjung untuk edisi yang ke 11 ini. Satu pengalaman baru berhibur dengan lagu etnik dari pelbagai lapisan dunia yang menarik dan penuh keriangan, jauh berbeza dengan pengalaman hipnotik pada minggu sebelum di Zouk.
Khamis, 10 Julai
Aku sepatutnya bersama Din dan Saiful Razman ke sana beserta beberapa teman2 lain. Malangnya Din dan Man terpaksa membatalkan perjalanan pada saat2 akhir atas sebab2 tertentu, kasihan sungguh dan jenuhlah menunggu sehingga 10 Jula depan. Nasib baiklah ada Jaja yang menaiki peberbangan yang sama pada Khamis malam dan teman2nya yang ramai menambahkan lagi kenalan.
Sampai di Kuching untuk sekian kali sekitar jam 12 malam dan dijemput oleh teman Jaja, Nat dan teman lesnya dari Pinoy, Kris sebelum menjamu selera dengan laksa sarawak, chicken wings dan .. di sekitar Waterfront. Selesai ngobrol dan menjamu, aku dan Jaja mencari hotel bajet untuk berehat sebelum fajar menyingsing.
Jumaat, 11 Julai
Kamar 1212
Menuju ke Holiday Inn untuk menaiki van ke Damai Beach Resort di Santubong yang hanya 5 minit berjalan kaki ke Sarawak Cultural Village, lokasi festival. Hari ni lebih banyak berehat dan bersantai aka tidur di dalam bilik kami yang sangat sesuai untuk tujuan tersebut kerana kepenatan bekerja sehari sebelumnya masih terasa.
Petang seorang lagi penghuni tiba iaitu Zul aka Zulita diikuti oleh Milo dan Reza menjadikan kesemuanya 5 penghuni kamar 1212. Malam pembukaan sengaja dielakkan kerana menurut kebiasaan kurang menarik di tambah pula faktor terkini iaitu kekangan kewangan.
Sabtu, 12 Julai
Apabila tidak bekerja, bangun lewat suatu nikmat kehidupan yang sangat mahal harganya. Bangun setelah hampir tengah hari sebelum merendamkan diri di dalam bath hub yang menjadi kegemaran aku di sini.
Setelah tamu bilik sebelah tiba, kami keluar makan di warung berhampiran pintu masuk SCV sebelum mandi manda di pantai Kem Permai. Berjalan pulang ke kamar, kami bertembung dengan teman2 Milo yang baru tiba dari kesesatan berkenderaan ke SCV lantas terus menuju ke pantai di Damai Beach Resort. Sebaik tiba, aku kagum seketika dengan keindahan panorama matahari terbenam seperti yang dapat dilihat di foto di bawah.
Sedang berbicara bersama Puteri Santubong
Senja nan indah
Malam ini juga santai2 saja walaupun terasa ingin membayar tiket masuk kerana line up malam minggu agak bagus, Yakande dari Gamba/Guinea dan juga Sheldon Blackman dari Trinidad & Tobago.
Ahad, 13 Julai
Sebelum pesta lumpur
Instrumen dan budaya
Workshop piano
Kawan2 berpesta
Yayyyy!!!
Hari ini dipenuhi dengan sessi workshop2 yang diadakan di tiga lokasi berbeza pada waktu2 yang hampir sama. Bertemu Nazrul di luar Theater setelah selesai workshop Drum Dance dan juga Cheryl Samad untuk bertanya khabar undangan yang aku kirimkan untuk melancarkan buku.
Selesai workshop pada pukul 5.15 petang yang juga penamat, kami beredar ke kamar untuk berehat dan berendam sebelum menuju semula ke lokasi konsert yang sudah dipenuhi ribuan manusia yang datang dengan satu tujuan untuk berhibur dan berdansa riang. Persembahan terakhir Kasai Masai dari Congo/UK ternyata menaikkan energi audien untuk berdansa riang ke tahap maksimun sebelum aksi finale. Ada yang mabuk dan ada yang high, namun majoriti sangat berdisiplin walau Utusan Malaysia di dalam salah satu foto di akhbarnya semalam, 15 Julai melabel sebahagian dari crowd bertukar liar. Entah betul atau tidak hanya Tuhan yang tahu sebab aku dah bergerak menuju ke warung menikmati Teh C Peng Special. Apa yang betul dan pasti adalah PAS pasti tidak akan bersetuju dengan aktiviti sebegini dan sebab itu jugalah PAS ditolak awal2 oleh rakyat di Sarawak.
Isnin, 14 Julai
Proses pembuatan kek lapis
Mi Kolok Sapi dan Teh C Peng Special
Sebelum pulang ke KL, kami ke Pasar Satok untuk membeli terubok masin dan juga kek lapis Sarawak sebelum menimati Mi Kolok beserta Teh C Peng Special yang tiada tara tandingnya. Selamat tinggal Kuching buat seketika kerna aku akan menemuimu lagi Ogos nanti dan menemui kek lapis istimewa buatan tantenya Nat.
Sesiapa yang berminat untuk ke festival tahun hadapan, sila hubungi aku kerana bilik sudah ditempah.
No comments:
Post a Comment