Hari keempat, 11 September, Ahad
Catatan hari pertama
Catatan hari kedua
Catatan hari ketiga
Klik di sini, di sini, dan di sini untuk foto-foto di Jakarta
Agenda utama hari ini adalah untuk menyaksikan acara 'Kenduri Motosikal Nasional' (KEMON 2005) yang akan diadakan di Parkir Barat Kemayoran, tidak jauh dari hotel penginapan kami. Oleh kerana kami berdua terutama abang aku merupakan peminat setia sukan bermotor lagi-lagi yang beroda dua, acara ini pasti tidak boleh dilepaskan.
Sebelum berangkat ke Jakarta, abang aku sentiasa membuat semakan di laman web sama ada akan terdapat acara-acara yang melibatkan perlumbaan motorsikal di Jakarta semasa kami berada di sini, namun hasilnya amat mengecewakan. Walaubagaimanapun nasib kami sangat baik apabila semasa membaca majalah motosikal berjudul Otoplus yang dibeli malam tadi, abang aku terlihat promo acara KEMON dan yang lebih bertuahnya adalah waktunya ialah hari ini. Maka perancangan awal unuk ke Taman Mini Indonesia terpaksalah dibatalkan.
Menjadi impian kami untuk menonton secara langsung perlumbaan Moto GP, World Superbike, Japan GT, World GT, British Touring Car, F1, Le Mans dan yang serupa dengannya di litar di luar negara seperti Litar Suzuka, Assen, Philip Island, Sentul dan sebagainya kerana di Malaysia semuanya telah disaksikan terutama di Litar Sepang, Shah Alam dan Pasir Gudang. Jadi kesempatan untuk menyaksikan KEMON di hadapan mata seperti impian menjadi kenyataan. Untuk pengetahuan, di Indonesia siri perlumbaan motorsikal ala Cub Prix di Malaysia banyak dianjurkan dan terdapat banyak jenis kejohanan dan ia melibatkan wilayah-wilayah di seluruh Indonesia.
Kami bangkit tidur seawal jam 8 dan setelah bersiap-siap, kami terus ke restoran di tingkat bawah untuk bersarapan. Selesai itu aku membeli koran dan tepat jam 9.30 pagi kami terus menahan teksi untuk ke lokasi KEMON diadakan. Perjalanan memakan masa 15 minit dan ongkosnya adalah sebanyak 10,000.
Oleh kerana sopir taksi (pemandu teksi) tidak begitu mahir selok belok Kemayoran, kami hanya diturunkan di pintu pagar utama . Lokasi terletaknya Parkir Barat Kemayoran ini merupakan sebahagian daripada Pekan Raya Jakarta di mana sering diadakan acara-acara pameran dsb. Menurut sejarahnya, Kemayoran merupakan bekas lapangan terbang dalam negeri dan oleh kerana itu kawasan di sini agak lapang dan jalan raya amat besar dan panjang (bekas landasan) sehingga menjadi destinasi utama untuk para pelumba kereta dan motorsikal haram.
Pintu gerbang KEMON
Setelah berjalan kaki kira-kira 800 meter, kami pun tiba di lokasi dan suasana di sini sudah meriah dengan kehadiran ramai peminat-peminat motorsikal yang datang dari berbagai-bagai tempat di Indonesia. Banyak yang hadir di dalam kumpulan dan sesuatu yang aku agak terkejut dan amat bangga adalah sikap mat motor dan kumpulannya di sini walaupun banyak dressingnya yang agak 'keIndonan' amat berbeza dengan rakan sebayanya di Malaysia. Apa perbezaannya? Menurut pemerhatian dan pengalaman aku yang pernah bergaul dengan mat motor dan juga mat rempit (terdapat perbezaan), jika mat-mat dari Malaysia (ada yang ok) sering melakukan gangguan seksual terhadap awek-awek, menggelabah tidak tentu pasal, suka menarik perhatian dengan aksi-aksi bodoh, tidak berbelanja, asyik nak bergaduh, tidak membaca majalah atau apa saja tentang motor walaupun kononnya suka motor, suka tengok orang macam tak baru keluar kandang dan kemudian memberi komentar yang selalunya negative dan banyak lagi, mat-mat di sini (Jakarta) yang aku nampak amat rilek dan masing-masing membuat hal sendiri dan tidak pelik untuk melihat mereka berbual tentang motor secara serius, membaca majalah pemotoran, membeli aksesori-aksesori dsb.
Yang lebih menariknya adalah jika ada awek cun atau promoter cantik yang lalu , mereka buat biasa dan jika menjeling hanya sekadar satu jelingan. Tiada langsung aksi monyet baru keluar hutan seperti yang biasa dilihat di stadium apabila perlawanan bola sepak tempatan berlangsung. Manifestasi perlakuan cool mereka ini dapat dilihat apabila kami sedang berborak dengan gadis cantik yang menjaga kaunter oli (minyak hitam) percuma, tiada yang lalu lalang menjeling-jeling seperti yang biasa dilihat di Sepang, Shah Alam (dulu) dan sebagainya.
Konsert percuma
Oli gratis
Bergambar bersama gadis urusetia dari Malang
Setelah menghabiskan masa di KEMON selama hamper 3 jam dengan menyaksikan acara-acara perlumbaan pelbagai kelas dan kategori, konsert percuma serta melihat-lihat gerai-gerai yang menjual pelbagai aksesori motorsikal yang menarik. Kami memutuskan untuk pulang ke hotel sebelum memulakan perjalanan ke Plaza Senayan walaupun kami pada mulanya merancang untuk menunggu ke acara akhir yang pastinya sengit dan menarik. Suhu cuaca yang semakin panas dan tiada perasaan attachment kepada sebarang pelumba yang ada selain matlamat utama untuk merasai kemeriahan dan kelainan acara sudah dipenuhi menyebabkan keputusan untuk meninggalkan Parkir Barat Kemayoran terpaksa diambil. Sebelum itu abang aku membeli beberapa cenderahati seperi emblem KEMON, stickers, majalah-majalah motor serta vcd perlumbaan-perlumbaan sebelum ini.
Aksi pembalap
Pembalap dan mungkin aweknya
Gerai-gerai yang amat meriah
Pertandangan modifikasi
Setibanya di hotel, dengan pantas kami bersiap-siap sebelum menahan teksi untuk ke Plaza Senayan yang mana ongkosnya adalah 26,000. Tujuan kami ke sini adalah untuk berjumpa teman Azlina aka Kekure, Glen yang telah dipersetujui malam sebelumnya. Tetapi oleh kerana awalnya ada masalah kegagalan berhubung baik menerusi handset mahupun telefon awam, kami tidak bertemu di sini sebaliknya selepas berjaya dihubungi kami menukar tempat ke Pasar Festival di Kuningan pada pukul 7.
Kedai buku Gramedia Taman Anggerik
Suasana di dalam kedai buku
Dewi Sandra dan pelancaran handset terbaru Samsung
Sempat juga kami menyaksikan persembahan artis Indonesia, Dewi Sandra sempena pelancaran handset keluaran Samsung yang terbaru. Untuk pengetahuan, Plaza Senayan merupakan mal yang sering dikunjungi oleh para selebriti serta orang-orang kaya Jakarta. Seperti biasa kami berkunjung ke kedai buku di sini iaitu QB World Books dan Kinokuniya serta kedai muzik, Duta Suara Musik, hasilnya adalah;
Akhbar Straits Times Singapore = 20,000
Jakarta 24 Magazine = 22,000
Arrrgh oleh Melly Goeslow = 28,000
DVD Ada Apa Dengan Cinta = 79,000
DVD Janji Joni = 49,000
CD Cokelat, Dari Hati = 45,000
CD Slank, Satu-satu = 30,000
CD Dewa, Format Masa Depan = 49,000
Selesai di Plaza Senayan, kami ke Mal Kelapa Anggerik yang telah dikunjungi pada hari kedua untuk mengakhirkan pembelian kami di sini, ongkos teksi sebanyak 17,300 plus tol 4,500;
Majalah Manly Edisi 2 = 25,000
Majalah Film, 2 buah = 60,000
Majalah Popular = 32,500
X Magaxine = 28,500
Pemerintahan Akhir Zaman oleh Oliver Leaman = 35,000
Kamu Sadar Saya Punya Alasan Untuk Selingkuh oleh Tamara Geraldine = 40,000
5 cm = 42,000
Kitab Omong Kosong oleh Seno = 69,000
Kinokuniya Plaza Senayan
Plaza Senayan
Jam 6 kami bergerak ke Pasar Festival yang terletak di Jakarta Selatan dan di sini kami berhadapan dengan pengalaman yang kurang manis bila mana pemandu teksi kami yang bukan dari Blue Bird dan masih menggunakan tarif lama pura-pura tahu destinasi yang ingin kami kunjungi sebelum dia menurunkan kami di Stesen Keretapi Gambir. Lebih malang lagi adalah si sopir ini telah menyuruh kami menaiki teksi di hadapan yang enggan menggunakan meter sebaliknya ditetapkan pada kadar 30,000 rupiah (situasi biasa jika di airport, stesen bas dan keretapi, di M’sia juga tidak terkecuali). Mengambil jalan selamat kami menurut saja walaupun agak was-was dan curiga pada awalnya.
Pasar Festival
Kira-kira 15 minit kemudian kami pun tiba dengan selamat, Alhamdulillah! Dan selepas ini kami akan cuba untuk tidak menahan teksi tarif lama dan sebaliknya akan setia pada Bluebird. Setibanya di sini handset abang aku telah kehabisan kredit dan oleh itu menghadapi masalah untuk menghubungi Glen. Menggunakan telefon awam juga tidak membantu kerana nombor yang didail tidak dihubungkan, lantas aku menunjukkan nombor Glen (nombor handset) pada seseorang dan akhirnya masalah pun selesai setelah diberitahu nombor handset hanya boleh dihubungi menerusi telefon wartel…ya aduh!, begitu rupanya.
Lantaran tidak mengenali wajah Glen. adegan menemui beliau amat melucukan. Kami memutuskan untuk bertemu di Dunkin Donuts pada jam 7.15pm dan tidak disebutkan di luar atau di dalam. Tunggu punya tunggu sehingga jam sudah menunjukkan pukul 8 dan kelibat Glen masih tidak muncul, aku memberanikan diri menyapa beberapa orang yang lalu di hadapan Dunkin dan menunjukkan wajah mencari seseorang dan hasilnya kesemuanya bukan Glen. Dan sebelum itu kira-kira jam 7.20, kami terlihat seseorang masuk ke dalam Dunkin dan terus memesan menu yang aku ada merasai bahawa kemungkinan si dia adalah Glen tetapi terus merasakan tidak apabila melihatkan gerak-gerinya yang seperti mahu makan sahaja. Apabila orang yang ditunggu masih tidak muncul dan orang yang masuk ke dalam Dunkin dan menjamah dengan penuh selera keluar, aku menegur dan bertanya sama ada beliau adalah Glen, jawapannya adalah ya dan setelah diberitahu cerita sebenar, kami bertiga bergelak sakan. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan kami bertemu hanya sebentar setelah Glen memberi vcd filem Indonesia yang dikirim rakan TSCku Azlina.
Setelah itu kami pulang ke hotel dan ongkosnya adalah sebanyak 25,000. Selepas meletakkan barang-barang, kami ke Plaza Golden untuk membeli Indo Mie yang sedap bangat buat santapan makan malam. Setibanya semula di hotel, aku singgah dahulu di lobi untuk membaca akhbar dan sesuatu yang menarik aku temui adalah berkisar tentang seorang penumpang teksi wanita yang dirompak oleh si sopir setelah dirancang pada awalnya dengan si rakan yang menahan teksinya di perjalanan. Nasib baik tiada keganasan seksual yang dilakukan dan menurut laporan tersebut kes sebegini semakin meningkat di Jakarta dan yang malangnya adalah menurut kata mangsa teksi yang dinaiki berwarna biru yakni sudah tentulah Bluebird. Setelah dihubungi, pihak Bluebird mengatakan yang teksi itu berkemungkinan dipinjamkan rakan atau telah dicat semula menyerupai Bluebird dan penyiasatan masih dijalankan. Apa status cerita ini masih tidak aku ketahui.
Buku-buku yang dibeli
CD
Majalah
Siti Nurhaliza, bukan senang nak tengok artis M'sia kat tv Indon
DVD dan VCD
No comments:
Post a Comment