Monday, September 19, 2005

Buku, muzik dan filem di Jakarta

Hari kedua, 9 September, Jumaat

Catatan hari pertama
Klik di sini, di sini, dan di sini untuk foto-foto di Jakarta

Aku bangkit dari tidur kira-kira jam 8 pagi, setelah menyegarkan diri kami turun ke restoran di tingkat bawah untuk menikmati sarapan. Menu yang disediakan tidak pelbagai, kami hanya makan sedikit bee hoon goreng, roti dan semestinya kopi. Setelah itu kami bersiap-siap dan tanpa melengahkan masa kami menuju ke destinasi pertama kami iaitu Senen yang mana terletaknya pasar buku Kwitang. Namun sebelum itu aku sempat membeli dua 'koran' (surat khabar) yang dijual di luar hotel iaitu 'Kompas' dan 'Republika'.




Kawasan sekitar hotel




Plaza Atrium Senen




Bergambar kenangan di kawasan Senen

Dari hotel ke Senen memakan masa tidak sampai 10 minit dan kos tambang teksi adalah sebanyak 6000 rupiah. Selepas melihat-lihat buku yang dijual di Kwitang, kami singgah sebentar di kedai buku Toko Gunung Agung yang berada bersebelahan. Di sini, aku membeli surat khabar Jakarta Post, Tempo dan Suara Kompas. Kemudian kami ke Pasar Senen yang boleh diibaratkan seperti Pasar Jawa di Klang tetapi 10 kali lebih luas ruang niaganya. Tiada apa yang menarik perhatian kami di sini dan di luar pasar terdapat banyak gerai yang menjual pakaian 'bundle'.



Pandangan kawasan Tanah Abang dari jejambat




Destinasi seterusnya adalah Tanah Abang, perjalanan menaiki teksi memakan kos sebanyak 25,000 rupiah. Tujuan kami ke sini adalah untuk mencari ole-ole seperti kain batik dsb kerana dikatakan banyak pilihan selain harganya yang murah. Namun setelah berpusing-pusing kami yang tidak pandai membeli ole-ole ini tidak membeli apa pun. Waktu di Jakarta ketika ini adalah 3.15 petang dan dari Tanah Abang kami menuju pula ke Glodok di Jakarta Selatan dan tambang teksi adalah sebanyak 20,000 rupiah. Glodok merupakan sebuah kawasan di Jakarta di mana terdapat ramai etnik Cina dan Glodok juga syurga bagi penggemar DVD cetak rompak dan juga pengumpul video 'bokep' (porno).

Di Glodok, aku membeli 9 keping DVD cetak rompak filem-filem dari Korea Selatan dan Jepun yang masih aku belum temui di KL. Harga sekeping DVD amat murah iaitu sebanyak 5,000 rupiah tetapi 'nggak bisa ditest'. Jadi pembelian ini merupakan satu perjudian, jika bernasib baik baguslah dan keputusannya memang aku bernasib baik. Seterusnya kami menuju ke Mal Taman Anggerik yang terletak di Jakarta Barat dan kos tambang kali ini adalah 20,000 rupiah.



Mal Taman Anggerik




Setelah hampir setengah jam di dalam perjalanan yang agak perlahan yang disebabkan oleh kemacetan dan hujan yang turun, kami pun tiba di mal terbesar di Jakarta ini. Setelah beg diperiksa di pintu masuk oleh sekuriti (perkara normal di Jakarta), kami (aku) dengan pantas menuju ke Toko Gunung Agung dan setelah hampir setengah jam di sini, aku membeli tiga buah buku yang berjudul "Siti Nurhaliza 'Tetaplah Jadi Bintang'" karya Yudi Pramuko (16,500), "The Death of Che" (15500) dan "Kaum Skinhead" karya George Marshall (30,000).

Kemudian tiba pula giliran abang aku yang membeli 13 buah cd dan satu vcd di kedai muzik Duta iaitu;

PAS, Stairway to Seventh (50000)
Agnes Monica, "..and the story goes" (50000)
Slank, Bajakan (35000)
Seurieus, Rocker Juga Manusia (35000)
Slank, PLUR (Peace,Love,Unity, Respect) (35000)
Iwan Fals, In Collabaration with (35000)
Iwan Fals, Untukmu Negeri (35000)
Dewa, Pandawa Lima (50000)
Dewa, Bintang Lima (50000)
Dewa, Atas Nama Cinta 2 (50000)
Dewa, Laskar Cinta (50000)
Melly, Intuisi (50000)
Padi, Lain Dunia & Sesuatu..tertunda (60000)
VCD Eiffel I'm In Love (Extended version) (35000)

Setelah itu kami menjamu selera terlebih dahulu di KFC dan sesuatu yang baru aku alami di sini. Hampir kesemua menu KFC di sini disertakan dengan nasi kecuali jika kita hanya memesan ayam sahaja atau side order yang lain. Oleh kerana bingung dengan set menu yang ada, kami memesan set menu nombor 3 iaitu nasi, satu ketul ayam goreng dan air Coke (6999 rupiah satu set).

Selesai makan kami menuju ke kedai buku Gramedia pula dan hasilnya aku membeli beberapa buah buku dan majalah iaitu;

Dekonstruksi Sumber Hukum Islam = 29500
Rekonstruksi Sejarah Al-Quran oleh Taufik Adnan Amal = 58000
Jurnal Politika = 40000
The Indonesian Quaterly Journal = 30000
Membaca Indonesia sambil Senyum2 = 20000
Majalah Ehm Julai = 21800
Majalah Film = 30000
Majlah Hai = 25000
Contezt Bike = 27000

Selesai sudah kami menahan teksi seperti biasa dan destinasi seterusnya terletak di Jakarta Selatan iaitu Mal Pondok Indah. Oleh kerana jalan terlalu macet kerana waktu pekerja pulang dari pejabat dsb, kami memutuskan untuk melalui jalan tol. Walaupun demikian ia tidaklah bererti jalan tol juga tidak macet namun sekurang-kurangnya masih boleh bergerak dengan lebih pantas. Jika melalui jalan tol penumpang yang perlu membayarnya. Perjalanan yang agak panjang ini amat menarik kerana aku berpeluang untuk melihat kota Jakarta dengan lebih luas dan dekat lagi.



Giant sudah memasuki Indonesia





Universiti Trisakti

Setelah hampir sejam di dalam perjalanan kami pun tiba di Pondok Indah Mall dan tambang teksi kali ini adalah 80000 rupiah. Pondok Indah Mall yang menempatkan Sogo merupakan mal yang baru dibuka dan berhadapan dengan Mal Pondok Indah. Kedua-dua mal yang terletak di kawasan orang-orang kaya Jakarta dan juga para selebriti ini menempatkan penyewa-penyewa yang berkelas serta amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Di sini(Gramedia) aku membeli beberapa buah buku lagi iaitu;

Fals, Nyanyian di tengah kehidupan = 40000
Jakarta Undercover, Sex n the City = 46000
Jakarta Undercover 2 = 48000
Kampung2 Menulis Kota = 15000
Filsafat Kahlil Gibran, Humanisme Tesitik = 30000
Cak Nur di antara Sarung & Dasi & Musdah Mulia Tetap Berjilbab = 25000
Menghampiri Islam = 59900
Soe Hoek Gi, Catatan Seotang Demonstran = 50000
Bahaya Pemikiran Al Afghani & Muhammad Abduh = 15000






Plaza Semanggi

Setelah itu, kami meneruskan 'Kembara Mal' kami ke Plaza Semanggi. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7.30pm dan jalan di hadapan mal amat macet sekali. Perjalanan ke Plaza Semanggi amat menyiksakan kerana kesesakan yang amat sangat sehinggakan lokasi yang boleh dituju dalam 15 ke 20 minit memakan masa hampir sejam dan kos yang tertera di meter hampir mencecah 50000 rupiah. Nasib baiklah pemandu teksi yang bernama Asrul Anwar dan berasal dari Padang ini amat ramah dan tidaklah jemu kami berkongsi cerita sepanjag perjalanan.

Pada pandangan aku sikap pemandu di Jakarta adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan di KL atau Bangkok di mana kereta, bas dan motor bersimpang siur di mana-mana. Undang-undang seperti tidak wujud dan jika ada pun tidak dihormati. Namun apa yang mengkagumkan aku adalah jarang berlaku kes kemalangan malah insiden motorsikal melanggar side mirror kereta juga sangat kurang walaupun ruang untuk motorsikal mencelah dengan mudah hampir tiada. Penunnggang motorsikal di Malaysia seharusnya bersyukur dengan nikmat yang ada di sini, hehe.



Bread Talk @ Plaza Semanggi

Di sini kami tidak membeli apa pun kecuali roti Bread Story kerana tujuan utama kami ke sini hanyalah untuk melihat-lihat di samping memerhati masyarakat Jakarta di sini. Selepas itu kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel dan kami tiba di hotelkira-kira 30 minit kemudian. Kos tambang untuk perjalanan ini adalah sebanyak 30000 rupiah. Setibanya di hotel perkara pertama yang kami lakukan adalah mandi dan mengemas barang. Setela itu aku menghabiskan masa dengan membaca akhbar-akhbar yang dibeli sambil menonton rancangan di tv. Aku terlena setelah jam melepasi angka tiga pagi.

No comments: