Rilek la sikit Khairy, menggelabah saja
DAP niat jahat - Pemuda -- Dakwa Tunku Abdul Rahman bukan pejuang sebenar kemerdekaan
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO menganggap DAP berniat jahat dan cuba menafikan sejarah negara apabila mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu termasuk Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra bukannya pejuang sebenar kemerdekaan.
Laman web rasmi DAP sebaliknya menyebut pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Chin Peng, turut menyumbangkan kepada kemerdekaan negara.
read more...
The real fighters for MERDEKA
Reaksi terbaru UMNO melalui Pergerakan Pemuda UMNO tidaklah memeranjatkan malah aku sudah dapat menjangkakannya apabila membaca kenyataan Ronnie Liu di laman web rasmi DAP. Tetapi jauh di sudut hati aku berharap tiadanya rekasi seperti ini kerana aku bersangka baik bahawa golongan di dalam UMNO kini amat maklum tentang jasa-jasa Chin Peng, PKM dan juga golongan kiri ketika itu.
Namun sangkaan aku itu meleset kerana mereka ini mungkin masih bersemangat dek kerana masih terbayang 'keris Hishamuddin' yang dihunus ke udara semasa Persidangan UMNO yang baru lalu.Atau aku anak pasca merdeka yang bodoh ini buta sejarah dan sudah mula lupa daratan seperti yang lazimnya akan dituduh. Walaupun aku bersyukur kerana golongan kiri dan komunis tidak berjaya memerintah Malaysia, namun itu tidaklah bermakna kita harus menidakkan peranan mereka di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini.
Masalahnya di sini ialah perbezaan pendapat dan sebagainya di negara ini jarang dihargai dan diberi perhatian serius untuk didebat dan diperbincangkan secara serius sebaliknya diberi ancaman dan ugutan yang serius. Apa nak jadi dengan Malaysia(macam dalam lagu ACAB).
PKM dan kemerdekaan- Pika
Bahan bacaan tambahan;
The People’s Constitutional Proposals for Malaya 1947
No comments:
Post a Comment