Pemimpin penakut!
Seperti dijangka, Khairy dan Hishamuddin yang berdegar-degar tu memang pemimpin yang penakut, cakap je lebih. Ajak berdebat secara terbuka banyak la pula alasan dan helahnya. Apa? Sejarah dah jelas? disyorkan cari la sedikit masa ke kedai buku Borders, Kino, MPH atau mana-manapun, lepas tu cuba ke bahagian buku sejarah Asia atau pun 'local interest', banyak bahan bacaan rujukan di sana. Oh mungkin mereka dah baca tapi saja je buat-buat tak maklum demi kepentingan yang empunya diri tahu atau juga dah rasa pandai sangat, ye la dah belajar tinggi-tinggi. Siapa la aku ni kan, rakyat biasa je yang buta sejarah dan sanggup melupakan pengorbanan orang-orang terdahulu. Sebab ni la aku nak dengar perdebatan terbuka untuk menilai pandangan-pandangan secara langsung, tak cukup dengan ilmu yang sedikit hasil pembacaan aku selama ni.
Jadi, selepas ni silalah bersikap terbuka dan rasional sedikit di dalam menilai sesuatu tulisan. Tak perlu nak jadi hero palsu orang Melayu, siapa yang malu sekarang..Pemuda UMNO dan UMNO juga yang malu. Perwakilan dan ahli-ahli Pemuda UMNO cari la dua pemimpin tertinggi yang lebih baik selepas ni. Dah banyak sangat buat hal dah, letih nak layan sikap chauvinis dan anti perbezaan mereka berdua ni. Jangan anggap aku tak mengenang jasa-jasa pahlawan kita menentang komunis dan jasa besar Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan. Apa yang aku hendak adalah agar sejarah kita ditulis dengan lebih adil dan tidak memperkecilkan peranan individu-individu atau kumpulan-kumpulan lain yang terlibat sama di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan walaupun berbeza ideologi dan corak. Tontonlah filem Paloh arahan Adman Salleh yang agak jujur dan adil di dalam menilai komunis dan yang bersekutu dengannya.
Henry anggap Chin Peng musuh negara
Saya berdosa jika akui Chin Peng - Ghazali
Pemuda UMNO mahu DAP buat 3 perkara
Boleh mengundang 13 Mei
UMNO Youth Should Support The Letter & Spirit Of...
Khairy Jamaluddin has twisted my statement
Khairy - emulate Tunku instead of being an ultra
Isu pejuang kemerdekaan: Pemuda Umno takut sahut cabaran DAP
Veteran Umno Kecewa Dengan Sikap PAS Dan DAP
Pemuda Umno tolak saranan DAP untuk berdebat isu pejuang kemerdekaan
Ronnie Liu ulangi cabaran debat dengan Pemuda Umno
Debat: Pemuda UMNO tidak akan layan permintaan DAP
Iktiraf Chin Peng hina bekas tentera
NGO desak DAP minta maaf
Ronnie mahu adakan perbincangan matang
No comments:
Post a Comment