Monday, September 05, 2005

"Pot Luck Party" dan Filem Gubra


Jason dan Orked

Sessi makan dan borak-borak

Semalam bertempat di rumah Nazrul aka Kaki Cucuk Langit di Plaza GM, Jalan Raja Laut (atau lebih tepat lagi di Chow Kit) telah diadakan "Pot Luck Party" kawan-kawan "The Storytellers Club" yang mana boleh ditakrifkan secara longgar sebagai kumpulan sorak untuk Puan Yasmin Ahmad. Kehadiran agak ramai dan di antara yang hadir adalah Yasmin Ahmad sendiri, Sharifah Amani, Ng Choo Seong, seorang pelakon dalam Gubra yang aku lupa namanya, Kekura, Megat, Hazeera, Jasemaine, Jason, Ted, Nana, Razlin, Gemoq, Ida dan suami, Bustaman, Cik Lemon, Eka, Ajin, Zed dan ramai lagi.

Acara berjalan dengan lancar dan hidangan makanan amat memuaskan sehinggakan nasi lemak yang dibawa Kak Min tidak habis malah buah tembikai dan tembikai susu yang dibawa Megat dan Zack tidak sempat dipotong pun, kesian diorang. Tapi apa nak buat terpaksalah salahkan Kekura yang gagal membuat koordinasi dalam hal makanan dengan baik, nampak sangat tak boleh jadi AJK Makanan, hehe.


Puan Yasmin Ahmad

Diskusi ringkas 'Gubra' bersama Kak Min

Gambar beramai-ramai

Namun acara yang ditunggu-tunggu malam itu bukanlah tentang makanan sangat melainkan untuk have fun dan menonton rough cut filem terbaru arahan Kak Min, Gubra. Setelah 1 jam 51 minit berlalu, aku dapat menyimpulkan secara umum bahawa filem ini mengandungi dua cerita di dalam satu filem yang membawa tema kemaafan dan kasih sayang yang amat kuat. Selain itu filem ini juga mempunyai isi yang begitu mendalam dan amat baik untuk dilontarkan kepada audien untuk berfikir malah jika boleh diperbahaskan bersama teman-teman selain daripada aksi lucu yang tidak dapat dipisahkan dengan hasil kerja Kak Min. Memang banyak aksi lucu sehingga aku tidak dapat menahan gelak di dalam beberapa adegan.

Lakonan Namron sebagai bilal dan Adlin Aman sebagai suami kepada Orked amat cemerlang dan aku tidak teragak-agak untuk mengatakan kedua-dua pelakon ini merupakan antara pelakon lelaki terbaik di negara ini selain daripada Rosyam Nor, Ako Mustapha dan beberapa pelakon lain teutamanya di bidang teater. Sharifah Amani yang cemerlang di dalam Sepet tidak mengecewakan malah lakonannya semakin cemerlang di dalam Gubra. Harith Iskandar, Ida Nerina dan orang gajinya janganlah cakap, superb giler!!! Muka baru seperti NorKhiriah jika tidak silap (sebagai isteri Namron) dan juga rakan TSC, Juliana Ibrahim (turut berlakon di dalam Impian Ilyana) juga memberikan mutu lakonan yang tidak mengecewakan.

Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan filem ini dan amat menunggu TSC Gathering yang akan datang bersama Kak Min untuk membincangkan filem ini secara serius. Hmm, apa yang cukup pasti adalah filem Gubra akan mengalami nasib yang sama seperti filem Sepet apabila berhadapan dengan polis moral kita, Lembaga Penapisan Filem.

Ulasan-ulasan umum rakan TSC yang lain;


Cik_lemon dan Joe;

1) Sepet focussed more to 1 aspect of love..whereas Gubra shows various dimension to the word 'LOVE'..love to God, love between human beings,animals..etc.
2) Gubra shows two sides of marriage life..happiness and sadness..love and betrayal.

As a conclusion..we enjoyed watching it..not that because it's free screening, but because it's full of substances and lotsa laughs..

Kekura;

Anyhow,after seeing Gubra,I found out that Yasmin is trying to spread some new propagandas..

1)We must talk in rhymes..e.g:belajar kira-kira ke kura-kura

2)We must eat Malaysian ice cream which is known as ais krim bantal

3)If you want to visit ur parents in the hospital,bring extra shirts.If not have to swap shirts with others..

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar-gambar menarik TSC Pot Luck Party

No comments: