Monday, September 05, 2005

Jakarta aku datang lagi

Khamis ini aku bersama abang aku akan berangkat ke Kota Paris Dunia Melayu iaitu Jakarta dan aku akan berada di sana selama 5 hari 4 malam. Tujuan utama aku ke sini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menambahkan koleksi buku serta cd, vcd dan dvd selain aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. Sejak kali pertama menjejakkan kaki ke ibu kota negara Indonesia ini tahun lepas, aku sudah mulai jatuh cinta dengan kehebatan dan kemeriahan buku dan kedai buku yang terdapat di sini. Amat jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan negara kita dan aku telah berazam untuk menjadikan Jakarta sebagai destinasi tahunan yang wajib dilawati.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin mengirim sesuatu terutamanya buku dan cd, sila e-mel ke zulhabri@gmail.com sebelum hari rabu

No comments: