TRAGEDI 26 MAC
Gambar-gambar di Malaysiakini
Video demo
TRAGEDI 26 mac menyaksikan sendiri keganasan pihak polis dalam menyuraikan rakyat yang berhimpun membantah kenaikan harga minyak.
22 orang telah ditahan secara zalim,4 orang tahanan juvana juga turut ditangkap tiga daripadanya berumur 17 tahun dan seorang lagi berumur 9 tahun. 2 komrad food not bombs juga ditangkap ketika cuba menyelamatkan seorang teman dari praktikal subversive kolektif,2 komrad ini telah ditendang serta dipijak oleh anggota polis ketika mereka melakukan tangkapan terhadap 2 komrad ini,salah seorang komrad telah digari dengan dua pasang gari plastik(seperti kabel type)dan dijerut dengan kuat sehingga aliran darah tidak dapat berjalan.
Teman dari praktikal subversive telah dipukul dan diseret di jalanraya oleh pihak polis. Seorang demostran wanita juga digari dengan gari plastik sehingga aliran darah tidak dapat berjalan dia juga telah ditampar oleh seorang anggota wanita. Beberapa tahanan lain telah dicekik dan dipukul menggunakan cota oleh unit fru.
Tahanan telah dijemur selama 5 jam ketika mereka ditahan di b.polis hang tuah(ex-penjara pudu) peguam serta rakyat yang hadir untuk memberi solidariti tidak dibenarkan masuk melawat tahanan2. Kami dari FNBKL amat dukacita atas sikap pihak polis yang tidak melakukan kerja secara profesional.
KERANA kami percaya seharusnya keganasan sepeti itu tidak harus berlaku kepada rakyat!!kerana wang rakyatlah yang digunakan untuk membina b.polis,membeli peralatan polis serta membayar gaji mereka!! kerana KAMI percaya polis lah yang sepatutnya melindungi rakyat bukan mengganasi rakyat!(siapa yang mereka lindungi??) KAMI juga mahu siasatan dijalankan terhadap anggota2 yang melakukan keganasan dan siasatan itu haruslah dijalankan oleh suruhanjaya bebas!!!
TRAGEDI 26 MAC akan dikenang sebagai tragedi hitam dimana rakyat telah dizalimi oleh kuasa2 tirani....
(kordinator fnbkl)
untuk menyokong kenyataan fnbkl ini sila sebarkan kepada teman2 yang lain!!salam solidaritas.
food not bombs kuala lumpur
FNBKL Myspace
Social causes, not drugs- The Star
No comments:
Post a Comment