Monday, March 27, 2006

Polis mula mengganas?


Demo kecil pun bawak anjing, dah takde kerja la tu


nasib baik kt Msia, kita x lawan balik pun


Kerja mereka ikut arahan, nak buat camana

Foto ihsan Malaysiakini & Harakahdaily

Malaysian police quash protests
Police used chemical-laced water again!
REPORT : More than 20 arrested in fuel hike protest
KLCC Fuel Price Hike Protest Round 3: Attack of the Water Cannons
Malaysian police disperse protesters over fuel price hike
Kuasa polis hanya pada anjing, `Water Canon' dan polis berkuda

Aku menghadiri protes kenaikan harga minyak yang berlangsung semalam di KLCC dan seperti dijangka kehadiran demonstran agak kecil iaitu sekitar 500 ke 1000 orang. Amat jelas di Malaysia demonstrasi pada hari minggu (kecuali isu yg sgt. besar spt. kes arsenik) adalah tidak digalakkan kerana ianya masa bersama keluarga dan 'lunchtime protest' pada hari jumaat adalah lebih sesuai.Apa yang 'kelakar' daripada protes ini adalah sikap polis yang menggelabah dengan mengerah begitu ramai anggota mereka termasuklah pegawai dengan anjing-anjingnya, polis berkuda, helikopter perabih minyak, FRU-FRU, SB-SB dan macai-macai mereka.

Menurut laporan AFP, sebanyak 400 anggota polis berada di sekitar KLCC untuk berhadapan dengan para demonstran yang semakin hari semakin berani ala-ala zaman reformasi. Aku dan para demonstran lain telah menghabiskan masa hampir 3 jam 'bermain' dengan pihak polis yang hobinya membuat pengumuman supaya bersurai dan akhirnya 22 orang telah berjaya ditangkap dan aku seperti biasa sejak zaman reformasi 1998 masih gagal ditahan polis, Alhamdulillah!

Apa yang agak 'mengejutkan' (sebab ni zaman Pak Lah 'Islam Hadhari') adalah tindakan polis yang agak keras kali ini. Apakah signal yang ingin diberi oleh pihak polis kepada para demonstran? Jika ianya bertujuan untuk menakutkan aku dan rakyat yang sekepala, janganlah harap...lagi ganas polis bertindak...lagilah kami berani dan gembira untuk berdemo. Harap-harap keganasan ini berlaku kali ini sahaja dan silalah malu dengan rakan-rakan sejawat kamu di Indonesia dan Thailand mahupun Filipina yang tak 'menggelabah' dalam menjalankan tugas. Sampai kita bertemu lagi di protes yang akan datang.

No comments: