Monday, March 20, 2006

Demo senyap di Sepang


Demonstran senyap pulang


Kuasa rakyat? Ni dari Gate G je

Tanggal 19 Mac 2006 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia bilamana lebih 100,000 rakyat (termasuk orang asing) berhimpun di pelbagai lokasi di Litar Sepang untuk menyatakan sokongan kepada perlumbaan Formula 1 yang ditaja Petonas (sykt. munyak negara).

Sebagai peminat setia sukan pemotoran, aku cukup gembira dengan kehadiran penonton di Sepang tahun ini dan aku amat yakin bilangan kali ini adalah yang terbesar (ketika aku menulis, Pengerusi SIC Dato' Mokhzani berkata angka sebenar belum diperolehi). Syabas kepada SIC yang akhirnya menurunkan harga serendah RM50 untuk bahagian hillstand dan jika ada yang masih mengkritik kenapa harga tiket mahal,abaikan je. Dasar orang tak pandai bersyukur..hehe.

Ahad ini insya allah aku akan turun ke protes kenaikan harga minyak anjuran MTUC di KLCC dan aku menjangkakan ribuan rakyat akan turun. Apabila ini terjadi pasti akan ada pemimpin-pemimpin pembangkang dan NGO yang excited berteriak 'hidup rakyat' dan mengklaim bahawa inilah kuasa rakyat yang mana pada pandangan mereka juga mewakili seluruh rakyat. Namun tanpa disedari di dalam masa yang sama banyak juga rakyat yang bersetuju dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak dan majoriti daripada mereka ini adalah golongan senyap dan aku merasakan majoriti daripada mereka ini sama ada sedar atau tidak sedar adalah mereka yang turun ke Sepang.


Penonton di grandstand


K2 area, ramai dari kejauhan

Amarah rakyat menmuncak? Dakwa Harakah. Betul ke? Entahlah. Aku telah cuba untuk bersikap adil kepada diri aku dan juga kerajaan di dalam isu kenaikan harga minyak ini dan hasilnya 51% aku menyokong dan 49% membantah dan ianya sentiasa berubah-ubah bak harga saham. Pendirian aku masih tidak teguh kerana sebabnya mudah, aku belum boleh memahami secara mendalam tentang 'eknonomi minyak' ini serta ketandusan 'maklumat lengkap' Petronas (ini penting sbl. aku boleh membantai Petronas). Apapun seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, hidup tetap diteruskan seperti biasa dan aku percaya rakyat Malaysia lambat laun akan boleh menyesuaikan kehidupan akibat daripada kenaikan ini. Percayalah!

No comments: