Akmal oh Akmal!
Saban minggu penulis ini melalui kolumnya menulis benda yang sama. Walaupun aku menghormati pandangannya namun itu tidak bermakna aku besetuju dan akan duduk diam tanpa memberi reaksi balas. Perjuangan beliau jelas iaitu ingin memartabatkan filem Melayu dan memastikan definasi filem nasional tetap berpegang kukuh pada acuan Dasar Kebudayaan Nasional. Namun bila mana ideanya diulang-ulang sambil memerli puak yang satu lagi dan menerusi gaya bahasa rasisnya, aku mula rasa menyampah dan loya. Aku bertekad mulai hari ini tidak akan memberi sebarang reaksi terhadap tulisannya di masa akan datang. Harap-harap tidak ramai rakyat Malaysia terutama generasi mua menjunjung idea yang sepertinya.
Epilog: Usaha perjuangkan filem nasional tiada kompromi
No comments:
Post a Comment