Thursday, March 02, 2006

Java Jazz Festival



Kepada peminat jazz, Jakarta International Java Jazz Festival 2006 akan bermula esok 3 Mac sehingga hari Ahad ini 5 Mac di Pusat Konvensyen Jakarta Senayan. Jadi kepada sesiapa yang berminat, menurut kata teman di Jakarta tiket-tiket masih boleh didapati di venue. Klik di sini untuk senarai artis Indonesia yang akan perform dan di sini untuk senarai artis luar negara.

Tambah menarik, bermula hari ini sehingga ahad akan berlangsung 'World Book Day 2006 Indonesia' juga di Senayan. Bila berbicara tentang pesta buku di Indonesia, jangan dibandingkan dengan pesta buku kita yang hambar itu, jauh bezanya. Aku akan berangkat esok, jika sesiapa ingin memesan cd-cd atau buku, sila hubungi aku di 019-3083804.

No comments: