Wednesday, March 15, 2006

Jakarta; Java Jazz,World Book Day & Demo

Hotel : Hotel Margot, Jalan Jaksa (170,000 rupiah per day)
Pengangkutan : Teksi, Tuk-tuk, Ojek dan Busway Halte Sarinah (800 meter jika berjalan kaki)
Tarikh : 3 Mac (Jumaat)- 6 Mac (Ahad) 2006
Tambang : Pergi balik RM143 (promosi tiket free)
Kadar tukaran : 1000 rupiah (RM0.408)

Walaupun keseorangan, trip 4 hari 3 malam ke Jakarta kali ini amat menyeronokkan dek kerana banyaknya acara seperti Jazz Festival, World Book Day serta lawatan ke beberapa tempat yang pertama kali aku kunjungi seperti Monas, Taman Mini dan Cilandak Town Square.
Tambah menarik adalah keterlibatan secara tidak sengaja aku dalam demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika di atas isu Freeport di Papua dan isu-isu berkaitan Islam yang lain. Demo ini dianjurkan oleh Hizbur Tahrir, Front Pembela Islam (jika x silap inilah kumpulan yang ingin menyerang Teater Utan Kayu tahun lepas). Walaupun demo ini tidak dapat menarik perhatian aku tetapi sekurang-kurangnya dapatlah mengubat rasa duka tidak dapat menyertai protes harga minyak di KLCC. Apa yang pasti persepsi aku terhadap Jakarta semakin positif dan aku telah menganggap Jakarta as my second home (esp. music, movies & books) beside Bangkok (esp. clothes) & Singapore (esp. event).

Hari pertama, 3 Mac, Jumaat






World Book Day @ Senayan



View Jakarta dari Sarinah






Jalan Jaksa di waktu malam


Setiba di Jakarta, benda pertama yang aku beli adalah Starter Pack (aku guna Telkomsel) supaya mudah menghubungi member aku, Yan yang akan bertolak pulang tatkala aku baru sampai dan juga abang aku yang akan tiba pada hari sabtu bersama amoinya. Bertemu Yan dan member-membernya yang sibuk membeli-belah di Mangga Dua, what a reunion! Yan ni member sekolah aku dan boleh kata tiap minggu pun kitorang reunion kat Shah Alam. Setelah hampir dua jam, aku pun mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Perjalanan aku diteruskan ke venue World Book Day di Senayan dan tabiat boros aku membeli buku tidak boleh diatasi, maka aku membeli beberapa buah buku yang dijual agak murah. Selesai aku ke Plaza Blok M dan pulang le hotel menaiki busway ke Halte Sarinah. Sebelum tiba di hotel aku menikmati makan malam terlebih dahulu di sebuah restoran sebelum melayari internet di salah sebuah cc di Jalan Jaksa yang happening pada waktu malam.

Hari kedua, 4 Mac, Sabtu




Blok M








Band Summer Breeze

Aku bangun lambat hari ini, pukul 4 petang dan memang disengajakan kerana sebelum ke Jakarta aku tidak mendapat rehat yang cukup. Naik ojek ke Sarinah sebelum ke Senayan menaiki busway untuk ke World Book Day sekali lagi (round kedua, smlm x puas). Selesai memuaskan nafsu buku, aku ke Jakarta Convention Centre untuk Java Jazz Festival. Tiket harian bernilai 350,000 rupiah dan untuk special show harus ditambah sebanyak 150,000 rupiah. Walaupun begitu, bagi mereka yang tidak mampu masih ada persembahan percuma (artis Indonesia) yang disediakan penganjur di luar dewan dan antara nama besar yang perform adalah Indra Lesmana. Kemudian aku ke Senayan Plaza sebelum ke Blok M sekali lagi seterusnya pulang ke hotel. Makan, online, nonton tv, membaca sebelum tertidur pada pukul 6 pagi...dah terang pun.

Hari ketiga, 5 Mac, Ahad






Polisi





Para demonstran



Retorik?






My bro. & his gf








Replika rumah Minang (x pasti) di TMII







Pokok tumbang





With Glen





Cilandak Town Square


Aksara bookstore

Pukul 9 abang aku call dan kami bertemu di Monas. Tetapi sebelum itu terdapat satu demonstrasi di luar kawasan Monas dan oleh sebab itu pemandu tuk-tuk aku menurunkan aku di hadapan trak polis yang setia mengawal kedutaan Amerika. Kesempatan ini diambil untuk merasai sendiri pengalaman demo. puak Islam di Jakarta. 20 minit kemudian kami pun bertemu di Monumen Nasional dan bersiar-siar di kawasan sekitarnya sebelum meneruskan perjalanan jauh ke Taman Mini Indonesia Indah di Jakarta Selatan. TMII ini yang aku baru berpeluang melawatnya kali ini amat menarik kerana di sini negara Indonesia yang besar itu diminikan di sini. Malangnya setelah turun dari kereta kabel dan ketika baru saja memulakan eksplorasi secara berjalan kaki, hujan lebat dan angin yang kencang melanda. Nasib baik kami sempat singgah di sebuah kantin, sekurang-kurangnya tak bosan dan dapat juga menjamu selera. Setelah reda, kami pun meneruskan perjalanan sebelum tak sampai setengah jam hujan dan angin kencang melanda semula.

Setelah menunggu kebosanan hampir sejam, cuaca kembali baik namun apa yang memeranjatkan adalah terdapat banyak kemusnahan dan kerosakan yang disebabkan hujan dan angin kencang tadi. Pokok tumbang, bumbung berterbangan, kereta kabel tersangkut dan banjir kilat melanda sesetengah kawasan. Namun itu tidak menghalang kami untuk terus melawat dan mengambil gambar di hadapan rumah-rumah replika yang amat menakjubkan. Selesai TMII, kami ke Cilandak Town Square sebelum ke Mangga Dua dan Mal Taman Anggrek untuk makan malam dan shopping terakhir. Kemudian kami ke rumah Glen di Rasuna untuk mengambil ole-ole yang telah dipesan Cik Azlina aka Kekura. Setelah itu abang aku dan amoinya singgah di hotel aku dan menikmati secawan kopi dahulu sebelum mereka pulang. Aku terus khusyuk menonton konsert Slank di tv.

Hari keempat, 6 Mac, Isnin

Nothing. Jumpa abang aku kat hotel dia sebelum sama-sama menuju ke airport. Selamat tinggal Jakarta.

For more pictures, click here


No comments: