Thursday, March 16, 2006

DAH TIGA TAHUN

Sedar tak sedar hari ini genaplah tiga tahun aku berblog dan harap-harap blog ini akan dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat. Banyak manfaat yang telah aku nikmati daripada dunia blogging yang semakin popular hari demi hari. Melalui blog ini juga akan berpeluang mengenali dan mendekati beberapa individu yang menarik seperti Puan Yasmin Ahmad, Saudara Fathi Aris Omar dan ramai lagi.

Jutaan terima kasih kepada saudara Nizam Zakaria yang telah memperkenalkan aku ke dunia blog dan sudi mereka template blog aku ni yang entah bila akan ditukar. Kepada yang baru berblog dan baru berhasrat untuk membuat blog, silakan dan selamat datang! Semoga kita boleh mengenali di antara satu sama lain. Juga Selamat ulang tahun kedua kepada sahabatku, Aran!

Sempena ulang tahun ini juga, seperti Aran aku juga mahu mengenal diri sendiri..jadi jika ada masa terluang, sila memberi respon di sini

No comments: