Wednesday, November 29, 2006

Jom tonton CINTA !

Photobucket - Video and Image Hosting


Filem CINTA merupakan salah satu filem tempatan yang harus ditonton tahun ini. Sebabnya begitu mudah iaitu selepas menontonnya, anda pasti akan merasa filem ini BEST! atau perkataan yang seumpamanya tanpa perlu membuat sebarang justifikasi perasaan anda itu secara dipaksa-paksa. Mungkin selepas beberapa ketika anda merasa banyak faktor yang membuatkan ia best dan mungkin juga bertukar kepada tidak best. Walau apapun secara keseluruhannya aku cukup yakin kita semua akan merasa perasaan yang sama.

Aku suka filem ini sebab kerja kameranya sangat baik di samping temanya yang sangat universal dan berjaya digarap dengan baik. Selain itu kota KL berjaya digambarkan dengan cemerlang dengan sisi positif dan negatif serta kelabunya, tidak seperti filem tempatan lain yang selalunya klise. Tidak lupa juga adegan di kedai buku yang sangat jarang dapat dlihat di dalam filem kita dan diharap lebih banyak lagi adegan di kedai buku dapat diselitkan di dalam filem tempatan kerana berkunjung ke kedai buku merupakan antara aktiviti yang disukai penduduk di KL. Cuma yang aku idamkan bila agaknya nak dapat cashier secantik Fasha di kedai buku?..hehe.

Ok ya, jangan lupa ke pawagam menyaksikan CINTA!
Borders Penang: Maklumat terkini

Photobucket - Video and Image Hosting

Untuk makluman penduduk Pulau Pinang dan sekitar, Borders terpaksa menunda tarikh pembukaan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian (kemungkinan besar 8 Disember) kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih di atas kerjasama anda.
Selamat berjuang Malaysia!

Photobucket - Video and Image Hosting
Idola Malaysia

Photobucket - Video and Image Hosting

Laman web rasmi Sukan Asia Doha

Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar (jika masih ingat, KL kalah kepada Doha dalam kempen untuk menjadi tuan rumah dan ketika itu ramai rakyat Malaysia termasuk aku menyertai kempen 'Berjalan Untuk Negara' pada hujung 1999) akan bermula secara rasminya jumaat ini. Kita mengharapkan para atlit negara dapat mengambil semangat dari kejayaan Nicol David yang berjaya mempertahankan gelaran juara dunianya di Belfast. Aksi pertama negara kita akan dimulakan oleh sukan yang diminati ramai dan sering mengecewakan kita iaitu bola sepak malam ini(10.15pm) menentang Oman. Jadi sesiapa yang melanggan Astro jangan lupa menyaksikan perlawanan ini di saluran eksklusif Astro di saluran 83 hingga 86 khusus untuk Sukan Asia.

Photobucket - Video and Image Hosting


Laman web rasmi FESPIC

Di dalam masa yang sama, jika berkesempatan sila hadir ke venue Sukan Fespic yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Berikan sokongan anda kepada atlit paralimpik kita!

Saturday, November 25, 2006

Borders Penang akan dibuka 1 Disember

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
BERJAYA TIMES SQUARE: 1st & 2nd Floor,East Wing, No. 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 03-21410288
THE CURVE: Ground & 1st Floor, No. 6 Jalan PJU 7/3Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya Tel: 03-77259303
QUEENSBAY MALL: 1st Floor, No. 100, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang

Come and check out our great opening specials on 2nd and 3rd December 2006
  • FREE RM10 voucher for the first 100 customers who spend RM50* from 1 - 3 December 2006
  • FREE Starbucks coffee for the first 30 customers who make any purchase in store*.
  • Join in the fun and excitement brought to you by our DJ, and lots of goodies to be given away*.
  • FREE candies and balloons* for kids.
  • Children colouring contest and story time at Kid's section (check with info counter for events time)

*Terms & conditions apply for all promotions. Free gifts on first-come-first-serve basis, valid while stocks last.

Wednesday, November 22, 2006

Apa kata Gerakan & PPP keluar BN

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

PPP offers Gerakan merger

Melihat situasi politik perkauman Malaysia yang semakin memabukkan dan ditambah pula dengan ketidakpedulian majoriti anak muda Malaysia terhadap apa yang berlaku di dalam negaranya. Apa kata jika parti-parti pelbagai kaum baik di dalam BN atau pembangkang mengadakan kempen secara intensif untuk membantai balik UMNO dan sekutunya berdasarkan fakta dan hujah rasional. Di dalam waktu yang sama jangan lupa mempromosikan idea unggul kita, Bangsa Malaysia beserta manfaatnya dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Aku terkadang terfikir untuk mengimbangi pengaruh ekstrem Melayu di dalam UMNO dan ekstrem Islam di dalam PAS. Apa kata jika Parti Gerakan dan PPP yang bersifat pelbagai kaum pada dasarnya tetapi tidak begitu mencerminkan wajah sebenar kependudukan Malaysia keluar dari BN dan bersama-sama DAP dan PKR untuk mencabar hegemoni BN. Lebih bagus jika keempat-empat parti ini dapat bergabung menjadi satu parti yang kuat dan sekiranya berjaya aku yakin parti baru ini boleh mewakili suara semua kaum di Malaysia tanpa ada prejudis seperti "DAP ini parti Cina", "PPP ni India punya", "Gerakan kaum dia punya mah", "PKR dan PAS lebih kurang je".
Poyo!

Photobucket - Video and Image Hosting

Kata-kata orang hilang akal

Malacca delegate Hasnoor Sidang Hussein, said

"Umno is willing to risk lives and bathe in blood in defence of race and religion"
Umno Youth exco member Azimi Daim, said

"when tension rises, the blood of the Malay warriors will run in our veins"

Terengganu Umno Youth information chief Razak Idris, said

"Malay rights cannot be challenged, otherwise the Malays will run amok and May 13 will happen all over again in Kuala Lumpur"

Perlis delegate Hashim Suboh, said

“Datuk Hisham has unsheathed his keris, waved his keris, kissed his keris. We want to ask Datuk Hisham when is he going to use it?”

Monday, November 20, 2006

Kewarasan Hishamuddin Hussein Onn Dipersoal

Artikel ini diambil dari http://kampunghouse.wordpress.com

TANJUNG RAMBUTAN - Banyak yang sedang diperkatakan terhadap Persidangan Agung UMNO dan elemen berunsur perkauman dan ugutan yang disampaikan segolongan para perwakilan, kebanyakannya dipercayai tidak mempunyai asas pendidikan yang tinggi.

Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein Onn, dibidas oleh sesetengah pihak yang sudah naik lemas dengan karenahnya yang kelihatan tidak siuman di atas pentas. Walaubagaimanapun, reaksi paling keras datang daripada Persatuan Pahlawan Silat Se-Malaysia (SEPASAL), yang tersinggung dengan cara amatur Hishamuddin Hussein Onn memegang kerisnya itu.

“Saya khuatir Encik Hishamuddin kita ni sebenarnya tidak pernah bersilat, apa lagi memegang keris,” kata salah seorang ahli SEPASAL, yang hanya mahu dikenali sebagai Mahaguru Anon Nimas. Tambah beliau, keris, yang merupakan satu simbol kebanggaan warisan Melayu, tidak sepatutnya dilontar-lentir seperti yang diperlakukan Ketua Pemuda UMNO itu. “Ini bukan alat permainan seperti robot Power Ranger merah jambu,” katanya.

Pengerusi Yayasan Pesakit Mental Malaysia, Puan Kasimah Selamat, menyatakan rasa bimbang beliau terhadap keadaan emosi Hishamuddin Hussein Onn. Kata beliau, politik merupakan salah satu pekerjaan yang paling membebankan. Jikalau benarlah khabar angin yang mengatakan Hishamuddin di ambang kehilangan akal, ini bukan pertama kali kes hilang akal telah melanda suasana politik negara ini.

Gambar-gambar dari Persidangan UMNO itu menampilkan Hishamuddin dan ahli-ahli politik kelas kedua di belakangnya melonjakkan tangan seperti menuntut kemenangan, yang menimbulkan tanda tanya sekiranya mereka bercita-cita menubuhkan negara Fasis seperti yang diidamkan seorang lagi ahli politik kurang waras and kurang pendidikan, Adolf Hitler.

Penganalisa politik tempatan, yang juga tidak mahu namanya disebarkan menjelaskan, perbandingan antara Hishamuddin dengan Hitler (lebih popular dengan nama samaran 2H) hanyalah dari segi zahir sahaja. “Pada saya, hanya hidung mereka yang agak besar serta mancung sahaja yang boleh dikatakan serupa,”.

Mungkin adegan keris dan ucapan terlebih emosi dan jeritan itu hanyalah sekadar latihan buat Hishamuddin, yang ada hati untuk menaiki takhta Perdana Menteri Malaysia apabila beliau sudah cukup umur. Walaubagaimanapun, tanda tanya ke atas tahap kewarasannya masih berlegar di fikiran ramai rakyat Malaysia.

-Ihsan TakdaNama (agensi berita tidak rasmi Malaysia)

Wednesday, November 15, 2006

Jakarta


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
akan ditayangkan di Malaysia

Photobucket - Video and Image Hosting


Kunjungan singkat ke kota tercinta Jakarta kali ini disebabkan beberapa perkara peribadi yang harus diselesaikan dan di dalam masa yang sama ingin mengambil copy dua filem Indonesia iaitu Arisan dan Daun Di Atas Bantal yang akan ditayangkan secara legal di Labuan Mini Arts Festival hujung bulan ini. Seperti biasa aku sempat membeli beberapa buah CD, DVD dan buku-buku Indonesia yang sememangnya daya tarikan utama untuk aku sentiasa ke sini.

Antara CD-CD yang sempat dibeli ialah Iwan Fals In Love, Iwan Fals Untukmu Negeri, OST Heart, The Brandals, Sore, Netral, Ungu, Padi, Ratu No. Satu, Mild Soundrenaline 2006 CD & VCD, The Adams, The Upstairs, Slank, JKT dan Goodbye Electric.

Photobucket - Video and Image Hosting
Urusetia yang sporting bangat

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Pejabat PT Karyana Shira Films

Photobucket - Video and Image Hosting
Hard Rock

Photobucket - Video and Image Hosting
Kelihatan Monas dari bilik hotel

Photobucket - Video and Image Hosting
Jalan Jaksa yang akan sibuk menjelang malam

Manakala filem Indonesia pula ialah Heart, Apa Artinya Cinta, Garasi dan Realitas Cinta Rock N Roll. Buku-buku pula pastinya yang bertemakan Islam iaitu Islam dan Pluralisme karya Jalaluddin Rakhmat, Saya Tidak Ingin Kaya Tapi Harus Kaya karya Aa Gym, buku terjemahan Losing My Religion oleh Jeffrey Lang dan buku bestseller di sana iaitu Mencari Tuhan Yang Hilang. Manakala majalah-majalah seperti Majalah Filem, FHM, majalah sastera Horison, Rolling Stone Indonesia, M Trax dan beberapa majalah berkaitan perniagaan dan pemotoran seperti biasa wajib dibeli. Mudah kata sesiapa yang berminat membaca, mendengar muzik dan menonton filem di dalam Bahasa Indonesia, Jakarta adalah syurganya.

Aku juga berkesempatan menghadiri Festival Filem Pendek anjuran Konfiden di Taman Ismail Marzuki setelah dijemput teman di sana. Apa yang pasti kelima-lima filem pendek yang ditonton ini amat menarik terutama sekali filem tentang kes Munir, seorang aktivis hak asasi manusia yang sangat vokal di Indonesia yang telah meninggal semasa di dalam perjalanan ke Amsterdam. Filem ini menyorot tentang komplot untuk membunuh Munir dengan meletakkan racun arsenik di dalam minuman Munir dan bagaimana perbicaraan kes ini dijalankan secara tergesa-gesa. Masih banyak yang belum terungkai dan baru-baru ini kerajaan Indonesia menolak campur tangan PBB di dalam menangani kes ini. Kita saksikan apa kesudahannya nanti dan sememangnya kebenaran lazimnya tidak akan mudah diperolehi.

Lagi tentang kes Munir, sila klik di sini

Thursday, November 02, 2006

Hishamuddin Rais: Auta Mahathir

MAHATHIR TERPERANJAT SAYA LAGI TERPERANJAT

oleh Hishamuddin Rais

Hari raya tahun ini adalah hari raya yang paling menggembirakan. Bukan kerana saya dapat makan rendang ayam kampung dan tapai masam di Jelebu, tetapi kerana Mahathir Muhamad terus menibai Abdullah Badawi. Perbalahan/pertengkaran lanun-lanun darat untuk menyamun harta negara ini amat menyoronokan. Kadang-kadang macam lawak bodoh Senario. Kadang-kadang lebih seram dari berita Tv3.

Di sini saya ingin bersurah tentang Mahathir Muhamad bukan kerana saya memiliki dendam pribadi. Juga sikap saya ini tidak ada sangkut paut dengan penahanan saya di Kamunting dahulu. Atau kerana Mahathir menuduh saya menangis dan merayu untuk pulang ke Malaysia. Atau kerana saya dituduh tidak pandai berterima kasih. Untuk saya semua ini remeh. Saya telah melintasi semua itu.

Saya bersurah tentang Mahathir ini kerana kejelekan dan kebobrokan yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini adalah hasil dari 22 tahun pemerintahan kuku besi yang telah dijalankan olih Mahathir Muhamad. Hari ini 25 juta warga Malaysia telah dihimpapkan oleh bencana yang telah ditelur, dieram dan dibenihkan oleh Mahathir Muhamad.

Saya langsung tidak percaya satu patah pun kata-kata dan ucapan-ucapan dari Mahathir Muhamad. Malah nama Mahathir Muhamad itu pun saya tidak percaya. Apakah ini nama dia yang sebenarnya atau ada lagi nama dibelakang nama ini. Umur dan tarikh lahir si Mahathir Muhamad ini pun saya tidak yakin. Ini kerana sering saya perhatikan dari laporan media, umur Mahathir Muhamad terus berubah-ubah mengikut keadaan dan keperluan politiknya.

Apabila Mahathir Muhamad “dikubangpasukan” ( sila lihat artikel yang lalu untuk memahami makna perkataan ini) dia telah terperanjat kerana ada penaburan duit ketika pemilihan dalam parti. Banyangkan Mahathir Muhamad “terperanjat” kerana ada rasuah dalam United Malay National Organisation. Apa punya manusia yang boleh terperanjat apabila mendapat tahu bahawa adanya rasuah dalam partinya, yang dia sendiri pernah menjadi presiden. Terperanjat? Ini samalah seperti cerita Siti Nurhaliza terperanjat apabila melihat Datuk K menanggalkan seluar dalamnya ketika hendak masuk ke bilik tidur di Hawaii.

Kebelakangan ini Mahathir Muhamad terus berleter untuk menjadi insan suci lagi bersih. Macam iklan sabun Breeze - lebih putih dari putih. Mahathir Muhamad sedang berlakun sebagai seorang insan yang naif. Dia tetiba pengsan dan tidak sedar tentang rasuah dalam partinya. Mahathir Muhamad cuba memperlihatkan bahawa rasuah dalam United Malay National Organisations ini hanya bermula di zaman Abdullah Badawi. (Woit! Dimana si Mamat ini hilang selama 22 tahun ini.)

Rasuah dalam negara ini telah menjadi rahsia orang ramai. Budaya rasuah ini bukan hanya di dalam United Malay National Organisations tetapi selama 22 tahun pemerintahan Mahathir Muhamad, rasuah telah menjadi satu ciri budaya Malaysia. Budaya rasuah ini telah boleh dinaikan ke tahap seni. Malah telah sampai masa dan ketikanya rasuah wajib dijadikan satu displin ilmu untuk dipelajari terutama di Universiti Sintok. (Lupa ke? Kes Naib Chanselor Universiti Sintok penyokong kuat Mahathir Muhamad yang mengambil anaknya yang tidak cukup kelulusan untuk menjadi pensyarah.)

Secara jujur saya nyatakan apabila Mahathir Muhamad terperanjat tentang rasuah, saya lagi terperanjat besar. Saya tidak tahu bagaimana saya hendak menyurukkan keterperanjatan saya itu. Keterperanjatan saya itu cukup besar, lebih besar dari katil Datuk K di Hawaii.

Tetapi apabila si Mamat ini buka kitab tentang “daulah polis/police state” saya terbarai ketawa. Nasib baik lawak bodoh ini sampai pada hari raya ke tiga kalau hari raya pertama mungkin saya tidak dapat kusyuk ketika sembahyang hari raya. Di hari raya ketiga tapai dibawah katil rumah saya telah bertambah ranum. Dengan bantuan air tapai masam ini dapat juga saya menapis kebodohan yang sedang melimpah ruah dari mulut Mahathir.

Dalam hal police state/negara ganas ini saya amat bersetuju dengan si Mamat ini. Tetapi untuk menuduh Abdullah Badawi sebagai pencipatnya adalah satu yang amat-amat keterlaluan. Pertama, Abdullah Badawai tidak memiliki daya fikrah untuk mewujudkan police state dalam masa 3 tahun. Malah Abdullah Badawi selama ini terlalu sibuk. Di tahun pertama, ketika dilantik menjadi PM, si Abdullah ini sedang dalam keadaan sugul kerana isterinya gering. Tahun kedua dia bersugul lagi kerana isterinya telah meninggal dunia. Di tahun ketiga ini dia masih bersugul lagi kerana isteri yang dicintai telah tidak bersama di pagi raya. Untuk saya ini adalah bukti yang saheh bahawa negara ganas di Malaysia ini bukan Made in Abdullah Badawi.

Si Mamat Mahathir ini betul-betul bikin “chutia” (nak tahu makna perkataan Urdu ini sila tanya rakyat Pakistan atau tanya Mahathir sendiri – Tok dia dulu naik tongkang dari sana). Police state atau negara ganas bukan muncul dengan tetiba. Ianya memerlukan suasana politik dan hukum-hukum sosial.

Manusia yang bertanggung jawab melahirkan police state/negara ganas ini ialah Mahathir Muhamad sendiri. Selama 22 tahun Mahathir Muhamad telah menginjak-injak dan melupuskan semua lembaga-lembaga daulah yang menjadi benteng untuk menegakkan hukum hakam dan perundangan negara. Dia telah mengucar kacirkan lembaga perundangan. Budaya rasuah telah menyerap masuk ke dalam lembaga perundangan melalui dasar “tutup satu mata” Mahathir Muhamad. Ini bukan omong kosong saya. Ini laporan dari badan-badan NGO yang berkaitan dengan lembaga perundangan.

Rasa saya manusia yang bernama Mahathir Muhamad ini betul-betul kaki auta. Orang Melayu semenjak turun temurun telah tahu akan tabiat auta manusia seperti Mahathir ini. Jangan cuba menuduh saya rasis kerana menggunakan perkataan Keling. Kalau hendak marah kepada saya, marahi dahulu Tun Sri Lanang yang menyusun Sejarah Melayu lima ratus tahun dahulu. Dalam kitab ini ada disebutkan watak auta Keling Kitul dan auta Keling Mendeliar. (Sesiapa yang belum membaca kitab ini saya cadangkan ditarik kembali status mereka sebagai warga Malaysia yang boleh berfikir).

Datuk nenek moyang kita dahulu telah mengumpulkan pengalaman untuk dijadikan peringatan kepada anak cucu cicit. Kerana itu, kes auta Kitul dan auta Mendeliar ini telah dijadikan bidalan yang berbunyi :- Jika bertemu ular dan Sami Veloo ketuk kepala Mahathir dahulu. (Ini bidalan buatan saya dan bukan dari Tun Sri Lanang.)

Untuk membuktikan bahawa Mahathir Muhamad ini betul-betul memiliki perangai Kitul dan Mendeliar mari kita selidiki surat terbukanya yang ditujukan kepada kita semua rakyat Malaysia. Mahathir menuduh TIDAK ada kebebasan akhbar di Malaysia. Si Mamat ini asal dari mana? Apakah tongkangnya baru sahaja masuk ke Pelabuhan Klang sehinggakan dia tidak tahu bahawa media di tanah air kita ini memang dikawal rapi.

Apakah kepala si Mahathir ini sudah kena ketuk sehingga dia terlupa banyak pekara. Bukankah dia sendiri yang meluluskan Akta Rahsia Resmi/ Official Secret Act. Akta ini diluluskan semasa dia sendiri menjadi PM. Ini bertujuan untuk melindung ‘putar alam’ yang sedang dilakukannya ketika dia berkuasa. Apakah dia juga lupa bahawa Akta Mesin Cetak, Permit Penerbitan adalah akta-akta yang telah diperketatkan ketika dia memerintah. Saya tidak yakin manusia bernama Mahathir ini mamai atau nyanyok. Sesiapa yang menuduh Mahathir mamai atau nyanyok tidak memahami perangai auta Kitul.

Apabila masuk bab Rafidah Aziz yang kini dianggap sebagai menteri rasuah olih Mahathir, saya TIDAK ketawa tetapi naik marah. Mahathir mempersoalkan kenapa si Rafidah ini masih lagi diterima pakai dalam kabinet Abdullah Badawi. Saya hendak memberi tahu sadikit tentang si Rafidah ini. Rafidah ini untuk saya bukanlah orang yang suci murni. Ketika kami para pelajar keluar berdemo menyokong petani miskin di Baling pada tahujn 1974 dahulu, si Minah ini telah memberi “khutubah” murahan disatu forum anti pelajar di UKM.

Rafidah bercerita bagaimana dia tidak mahu campur dalam hal gerakan mahasiswa kerana pada tahun dua lagi ketika di universiti dia telah berkahwin. Rasa saya hasil dari perkahwinan awal inilah yang memaksa Rafidah mengsonglap beribu-ribu Permit Kereta/AP untuk membiyai kain lampin anak-anak cucunya yang mungkin berderet-deret.

Tetapi bukan kerana Rafidah kahwin pada tahun dua yang menjadikan saya marah. Apa yang menimbulkan kemarahan saya ialah auta Mahathir Muhamad. Saya memiliki bukti yang saheh tentang bagaimana Mahathir Muhamad telah menyelamatkan Rafidah dari di cekup olih Badan Pencegah Rasuah. Kes dan bahan bukti rasuah si Minah ini telah disediakan oleh BPR. Si Minah ini hanya menunggu masa untuk di hadapkan ke mahkamah. Tup tup si Mahathir datang melayang dan memberi arahan agar kes rasuah Rafidah ini tidak dibawa ke mahkamah.

Salinan fail-fail kes Rafidah telah juga sampai ke meja Anwar Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Keewangan. Ezam Mat Nor, setiausaha politik Anwar Ibrahim pada ketika itu telah membuat salinan fail-fail ini. Fail-fail kes rasuah Rafidah ini adalah sebahagian dari isi kandungan “kotak Ezam” ( Adakah anda telah lupa kes Kotak Ezam ini?)

Kewaspadaan Ezam menentang rasuah dan salah laku seorang menteri bukan dinobatkan sebagai warga contoh yang bertanggung jawab tetapi sebaliknya. Pada tahun 2001 Ezam Mohamad Nor telah didakwa di bawah Akta Rahsia Resmi/OSA kerana memiliki fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002 Ezam telah dijatuhkan 2 tahun penjara. Saya hafal kes ini kerana saya tinggal dalam satu sel bersama Ezam di Kamunting sebelum Ezam di hantar ke penjara Kajang.

Jadi siapakah jantan yang sebenarnya menyimpan si Minah karat ini kalau tidak Mahathir Muhamad sendiri. Pada hemat saya auta dan putar alam Mahathir Muhamad ini cukup jelas. Jadi, saya akan terperanjat besar, lebih besar dari hidung Mahathir Muhamad yang selalu dilukis olih kartonis Zunar jika masih ada warga, individu atau parti politik yang termakan putar alam Mahathir Muhamad
theCICAK’s ‘Write It!’ Competition 2006


Photobucket - Video and Image Hosting

http://www.thecicak.com/