Kewarasan Hishamuddin Hussein Onn Dipersoal
Artikel ini diambil dari http://kampunghouse.wordpress.com
TANJUNG RAMBUTAN - Banyak yang sedang diperkatakan terhadap Persidangan Agung UMNO dan elemen berunsur perkauman dan ugutan yang disampaikan segolongan para perwakilan, kebanyakannya dipercayai tidak mempunyai asas pendidikan yang tinggi.
Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein Onn, dibidas oleh sesetengah pihak yang sudah naik lemas dengan karenahnya yang kelihatan tidak siuman di atas pentas. Walaubagaimanapun, reaksi paling keras datang daripada Persatuan Pahlawan Silat Se-Malaysia (SEPASAL), yang tersinggung dengan cara amatur Hishamuddin Hussein Onn memegang kerisnya itu.
“Saya khuatir Encik Hishamuddin kita ni sebenarnya tidak pernah bersilat, apa lagi memegang keris,” kata salah seorang ahli SEPASAL, yang hanya mahu dikenali sebagai Mahaguru Anon Nimas. Tambah beliau, keris, yang merupakan satu simbol kebanggaan warisan Melayu, tidak sepatutnya dilontar-lentir seperti yang diperlakukan Ketua Pemuda UMNO itu. “Ini bukan alat permainan seperti robot Power Ranger merah jambu,” katanya.
Pengerusi Yayasan Pesakit Mental Malaysia, Puan Kasimah Selamat, menyatakan rasa bimbang beliau terhadap keadaan emosi Hishamuddin Hussein Onn. Kata beliau, politik merupakan salah satu pekerjaan yang paling membebankan. Jikalau benarlah khabar angin yang mengatakan Hishamuddin di ambang kehilangan akal, ini bukan pertama kali kes hilang akal telah melanda suasana politik negara ini.
Gambar-gambar dari Persidangan UMNO itu menampilkan Hishamuddin dan ahli-ahli politik kelas kedua di belakangnya melonjakkan tangan seperti menuntut kemenangan, yang menimbulkan tanda tanya sekiranya mereka bercita-cita menubuhkan negara Fasis seperti yang diidamkan seorang lagi ahli politik kurang waras and kurang pendidikan, Adolf Hitler.
Penganalisa politik tempatan, yang juga tidak mahu namanya disebarkan menjelaskan, perbandingan antara Hishamuddin dengan Hitler (lebih popular dengan nama samaran 2H) hanyalah dari segi zahir sahaja. “Pada saya, hanya hidung mereka yang agak besar serta mancung sahaja yang boleh dikatakan serupa,”.
Mungkin adegan keris dan ucapan terlebih emosi dan jeritan itu hanyalah sekadar latihan buat Hishamuddin, yang ada hati untuk menaiki takhta Perdana Menteri Malaysia apabila beliau sudah cukup umur. Walaubagaimanapun, tanda tanya ke atas tahap kewarasannya masih berlegar di fikiran ramai rakyat Malaysia.
-Ihsan TakdaNama (agensi berita tidak rasmi Malaysia)
No comments:
Post a Comment