Hishamuddin Rais: Auta Mahathir
MAHATHIR TERPERANJAT SAYA LAGI TERPERANJAT
oleh Hishamuddin Rais
Hari raya tahun ini adalah hari raya yang paling menggembirakan. Bukan kerana saya dapat makan rendang ayam kampung dan tapai masam di Jelebu, tetapi kerana Mahathir Muhamad terus menibai Abdullah Badawi. Perbalahan/pertengkaran lanun-lanun darat untuk menyamun harta negara ini amat menyoronokan. Kadang-kadang macam lawak bodoh Senario. Kadang-kadang lebih seram dari berita Tv3.
Di sini saya ingin bersurah tentang Mahathir Muhamad bukan kerana saya memiliki dendam pribadi. Juga sikap saya ini tidak ada sangkut paut dengan penahanan saya di Kamunting dahulu. Atau kerana Mahathir menuduh saya menangis dan merayu untuk pulang ke Malaysia. Atau kerana saya dituduh tidak pandai berterima kasih. Untuk saya semua ini remeh. Saya telah melintasi semua itu.
Saya bersurah tentang Mahathir ini kerana kejelekan dan kebobrokan yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini adalah hasil dari 22 tahun pemerintahan kuku besi yang telah dijalankan olih Mahathir Muhamad. Hari ini 25 juta warga Malaysia telah dihimpapkan oleh bencana yang telah ditelur, dieram dan dibenihkan oleh Mahathir Muhamad.
Saya langsung tidak percaya satu patah pun kata-kata dan ucapan-ucapan dari Mahathir Muhamad. Malah nama Mahathir Muhamad itu pun saya tidak percaya. Apakah ini nama dia yang sebenarnya atau ada lagi nama dibelakang nama ini. Umur dan tarikh lahir si Mahathir Muhamad ini pun saya tidak yakin. Ini kerana sering saya perhatikan dari laporan media, umur Mahathir Muhamad terus berubah-ubah mengikut keadaan dan keperluan politiknya.
Apabila Mahathir Muhamad “dikubangpasukan” ( sila lihat artikel yang lalu untuk memahami makna perkataan ini) dia telah terperanjat kerana ada penaburan duit ketika pemilihan dalam parti. Banyangkan Mahathir Muhamad “terperanjat” kerana ada rasuah dalam United Malay National Organisation. Apa punya manusia yang boleh terperanjat apabila mendapat tahu bahawa adanya rasuah dalam partinya, yang dia sendiri pernah menjadi presiden. Terperanjat? Ini samalah seperti cerita Siti Nurhaliza terperanjat apabila melihat Datuk K menanggalkan seluar dalamnya ketika hendak masuk ke bilik tidur di Hawaii.
Kebelakangan ini Mahathir Muhamad terus berleter untuk menjadi insan suci lagi bersih. Macam iklan sabun Breeze - lebih putih dari putih. Mahathir Muhamad sedang berlakun sebagai seorang insan yang naif. Dia tetiba pengsan dan tidak sedar tentang rasuah dalam partinya. Mahathir Muhamad cuba memperlihatkan bahawa rasuah dalam United Malay National Organisations ini hanya bermula di zaman Abdullah Badawi. (Woit! Dimana si Mamat ini hilang selama 22 tahun ini.)
Rasuah dalam negara ini telah menjadi rahsia orang ramai. Budaya rasuah ini bukan hanya di dalam United Malay National Organisations tetapi selama 22 tahun pemerintahan Mahathir Muhamad, rasuah telah menjadi satu ciri budaya Malaysia. Budaya rasuah ini telah boleh dinaikan ke tahap seni. Malah telah sampai masa dan ketikanya rasuah wajib dijadikan satu displin ilmu untuk dipelajari terutama di Universiti Sintok. (Lupa ke? Kes Naib Chanselor Universiti Sintok penyokong kuat Mahathir Muhamad yang mengambil anaknya yang tidak cukup kelulusan untuk menjadi pensyarah.)
Secara jujur saya nyatakan apabila Mahathir Muhamad terperanjat tentang rasuah, saya lagi terperanjat besar. Saya tidak tahu bagaimana saya hendak menyurukkan keterperanjatan saya itu. Keterperanjatan saya itu cukup besar, lebih besar dari katil Datuk K di Hawaii.
Tetapi apabila si Mamat ini buka kitab tentang “daulah polis/police state” saya terbarai ketawa. Nasib baik lawak bodoh ini sampai pada hari raya ke tiga kalau hari raya pertama mungkin saya tidak dapat kusyuk ketika sembahyang hari raya. Di hari raya ketiga tapai dibawah katil rumah saya telah bertambah ranum. Dengan bantuan air tapai masam ini dapat juga saya menapis kebodohan yang sedang melimpah ruah dari mulut Mahathir.
Dalam hal police state/negara ganas ini saya amat bersetuju dengan si Mamat ini. Tetapi untuk menuduh Abdullah Badawi sebagai pencipatnya adalah satu yang amat-amat keterlaluan. Pertama, Abdullah Badawai tidak memiliki daya fikrah untuk mewujudkan police state dalam masa 3 tahun. Malah Abdullah Badawi selama ini terlalu sibuk. Di tahun pertama, ketika dilantik menjadi PM, si Abdullah ini sedang dalam keadaan sugul kerana isterinya gering. Tahun kedua dia bersugul lagi kerana isterinya telah meninggal dunia. Di tahun ketiga ini dia masih bersugul lagi kerana isteri yang dicintai telah tidak bersama di pagi raya. Untuk saya ini adalah bukti yang saheh bahawa negara ganas di Malaysia ini bukan Made in Abdullah Badawi.
Si Mamat Mahathir ini betul-betul bikin “chutia” (nak tahu makna perkataan Urdu ini sila tanya rakyat Pakistan atau tanya Mahathir sendiri – Tok dia dulu naik tongkang dari sana). Police state atau negara ganas bukan muncul dengan tetiba. Ianya memerlukan suasana politik dan hukum-hukum sosial.
Manusia yang bertanggung jawab melahirkan police state/negara ganas ini ialah Mahathir Muhamad sendiri. Selama 22 tahun Mahathir Muhamad telah menginjak-injak dan melupuskan semua lembaga-lembaga daulah yang menjadi benteng untuk menegakkan hukum hakam dan perundangan negara. Dia telah mengucar kacirkan lembaga perundangan. Budaya rasuah telah menyerap masuk ke dalam lembaga perundangan melalui dasar “tutup satu mata” Mahathir Muhamad. Ini bukan omong kosong saya. Ini laporan dari badan-badan NGO yang berkaitan dengan lembaga perundangan.
Rasa saya manusia yang bernama Mahathir Muhamad ini betul-betul kaki auta. Orang Melayu semenjak turun temurun telah tahu akan tabiat auta manusia seperti Mahathir ini. Jangan cuba menuduh saya rasis kerana menggunakan perkataan Keling. Kalau hendak marah kepada saya, marahi dahulu Tun Sri Lanang yang menyusun Sejarah Melayu lima ratus tahun dahulu. Dalam kitab ini ada disebutkan watak auta Keling Kitul dan auta Keling Mendeliar. (Sesiapa yang belum membaca kitab ini saya cadangkan ditarik kembali status mereka sebagai warga Malaysia yang boleh berfikir).
Datuk nenek moyang kita dahulu telah mengumpulkan pengalaman untuk dijadikan peringatan kepada anak cucu cicit. Kerana itu, kes auta Kitul dan auta Mendeliar ini telah dijadikan bidalan yang berbunyi :- Jika bertemu ular dan Sami Veloo ketuk kepala Mahathir dahulu. (Ini bidalan buatan saya dan bukan dari Tun Sri Lanang.)
Untuk membuktikan bahawa Mahathir Muhamad ini betul-betul memiliki perangai Kitul dan Mendeliar mari kita selidiki surat terbukanya yang ditujukan kepada kita semua rakyat Malaysia. Mahathir menuduh TIDAK ada kebebasan akhbar di Malaysia. Si Mamat ini asal dari mana? Apakah tongkangnya baru sahaja masuk ke Pelabuhan Klang sehinggakan dia tidak tahu bahawa media di tanah air kita ini memang dikawal rapi.
Apakah kepala si Mahathir ini sudah kena ketuk sehingga dia terlupa banyak pekara. Bukankah dia sendiri yang meluluskan Akta Rahsia Resmi/ Official Secret Act. Akta ini diluluskan semasa dia sendiri menjadi PM. Ini bertujuan untuk melindung ‘putar alam’ yang sedang dilakukannya ketika dia berkuasa. Apakah dia juga lupa bahawa Akta Mesin Cetak, Permit Penerbitan adalah akta-akta yang telah diperketatkan ketika dia memerintah. Saya tidak yakin manusia bernama Mahathir ini mamai atau nyanyok. Sesiapa yang menuduh Mahathir mamai atau nyanyok tidak memahami perangai auta Kitul.
Apabila masuk bab Rafidah Aziz yang kini dianggap sebagai menteri rasuah olih Mahathir, saya TIDAK ketawa tetapi naik marah. Mahathir mempersoalkan kenapa si Rafidah ini masih lagi diterima pakai dalam kabinet Abdullah Badawi. Saya hendak memberi tahu sadikit tentang si Rafidah ini. Rafidah ini untuk saya bukanlah orang yang suci murni. Ketika kami para pelajar keluar berdemo menyokong petani miskin di Baling pada tahujn 1974 dahulu, si Minah ini telah memberi “khutubah” murahan disatu forum anti pelajar di UKM.
Rafidah bercerita bagaimana dia tidak mahu campur dalam hal gerakan mahasiswa kerana pada tahun dua lagi ketika di universiti dia telah berkahwin. Rasa saya hasil dari perkahwinan awal inilah yang memaksa Rafidah mengsonglap beribu-ribu Permit Kereta/AP untuk membiyai kain lampin anak-anak cucunya yang mungkin berderet-deret.
Tetapi bukan kerana Rafidah kahwin pada tahun dua yang menjadikan saya marah. Apa yang menimbulkan kemarahan saya ialah auta Mahathir Muhamad. Saya memiliki bukti yang saheh tentang bagaimana Mahathir Muhamad telah menyelamatkan Rafidah dari di cekup olih Badan Pencegah Rasuah. Kes dan bahan bukti rasuah si Minah ini telah disediakan oleh BPR. Si Minah ini hanya menunggu masa untuk di hadapkan ke mahkamah. Tup tup si Mahathir datang melayang dan memberi arahan agar kes rasuah Rafidah ini tidak dibawa ke mahkamah.
Salinan fail-fail kes Rafidah telah juga sampai ke meja Anwar Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Keewangan. Ezam Mat Nor, setiausaha politik Anwar Ibrahim pada ketika itu telah membuat salinan fail-fail ini. Fail-fail kes rasuah Rafidah ini adalah sebahagian dari isi kandungan “kotak Ezam” ( Adakah anda telah lupa kes Kotak Ezam ini?)
Kewaspadaan Ezam menentang rasuah dan salah laku seorang menteri bukan dinobatkan sebagai warga contoh yang bertanggung jawab tetapi sebaliknya. Pada tahun 2001 Ezam Mohamad Nor telah didakwa di bawah Akta Rahsia Resmi/OSA kerana memiliki fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002 Ezam telah dijatuhkan 2 tahun penjara. Saya hafal kes ini kerana saya tinggal dalam satu sel bersama Ezam di Kamunting sebelum Ezam di hantar ke penjara Kajang.
Jadi siapakah jantan yang sebenarnya menyimpan si Minah karat ini kalau tidak Mahathir Muhamad sendiri. Pada hemat saya auta dan putar alam Mahathir Muhamad ini cukup jelas. Jadi, saya akan terperanjat besar, lebih besar dari hidung Mahathir Muhamad yang selalu dilukis olih kartonis Zunar jika masih ada warga, individu atau parti politik yang termakan putar alam Mahathir Muhamad
No comments:
Post a Comment