Wednesday, November 29, 2006

Jom tonton CINTA !

Photobucket - Video and Image Hosting


Filem CINTA merupakan salah satu filem tempatan yang harus ditonton tahun ini. Sebabnya begitu mudah iaitu selepas menontonnya, anda pasti akan merasa filem ini BEST! atau perkataan yang seumpamanya tanpa perlu membuat sebarang justifikasi perasaan anda itu secara dipaksa-paksa. Mungkin selepas beberapa ketika anda merasa banyak faktor yang membuatkan ia best dan mungkin juga bertukar kepada tidak best. Walau apapun secara keseluruhannya aku cukup yakin kita semua akan merasa perasaan yang sama.

Aku suka filem ini sebab kerja kameranya sangat baik di samping temanya yang sangat universal dan berjaya digarap dengan baik. Selain itu kota KL berjaya digambarkan dengan cemerlang dengan sisi positif dan negatif serta kelabunya, tidak seperti filem tempatan lain yang selalunya klise. Tidak lupa juga adegan di kedai buku yang sangat jarang dapat dlihat di dalam filem kita dan diharap lebih banyak lagi adegan di kedai buku dapat diselitkan di dalam filem tempatan kerana berkunjung ke kedai buku merupakan antara aktiviti yang disukai penduduk di KL. Cuma yang aku idamkan bila agaknya nak dapat cashier secantik Fasha di kedai buku?..hehe.

Ok ya, jangan lupa ke pawagam menyaksikan CINTA!

No comments: