Busway untuk KL
Sebagai peminat setia Rapid KL dan juga pengangkutan awam, aku sangat bersetuju dengan pendapat saudara Moaz Yusuf Ahmad yang tersiar di ruangan 'Opinion' akhbar The Star 27 Disember. Walaupun projek Transjakarta busway dikritik beberapa pihak di Jakarta, pengalaman aku menggunakan busway setiap kali ke sana menyakinkan aku bahawa inilah cara yang paling efektif untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar. Bayangkan dari Glodok di Jakarta Utara ke Blok M di Jakarta Selatan hanya memakan masa selama 30 minit yang pastinya akan dua kali ganda jika menggunakan teksi atau memandu sendiri.
Aku sangat gembira apabila Rapid KL memperkenalkan KL City Shuttle Routes yang menghubungkan nadi bandaraya iaitu Medan Pasar dan KLCC ke Titiwangsa, KL Sentral dan Maluri yang akan membawa pengguna ke hub tempatan masing-masing. Namun begitu kegembiraan ini hanya separuh kerana bas-bas ini masih terperangkap di dalam kesesakan jalan raya yang seterusnya akan menyebabkan kelewatan. Diharap jika lorong bus aka busway (harus dibina divider untuk mengelakkan pemandu kereta rempit memasukinya) diperkenalkan, lebih ramai pengguna akan menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL. Bayangkan dari KLCC ke Maluri dalam masa 15 minit pada waktu puncak dengan bayaran serendah RM2? Sesuatu yang amat berbeza sama sekali jika anda memandu kereta (motorsikal tidak termasuk kerana sehingga kini jenis pengangkutan inilah yang paling efektif dari segi kos dan masa, cuma ramai yang segan sebab takut dianggap rempit atau dikatakan miskin walaupun hidup merana mengguna kereta semata-mata takut tak dapat awek atau nak maintain superficial kaya, golongan substance over form..banyak di kalangan generasi lelaki Melayu..yang memang tak tahu menunggang motor, fobia atau tak nak masuk statistik takpela, tak boleh nak menolong).
Tetapi persoalannya jika ia dilaksanakan kelak, sanggupkah golongan yang sentiasa menggunakan alasan sistem pengangkutan awam kita tidak sebaik London atau Singapura untuk terus memandu kereta walhal tidak pernah pun ambil tahu atau mahu mencuba sistem pengangkutan awam yang ada di Lembah Klang ini berubah? Jika sanggup Alhamdulillah tetapi jika sebaliknya, aku akan menyokong 200% jika kerajaan mengenakan sistem pembayaran seperti Electronic Road Pricing untuk memasuki pusat bandar yang sibuk. Hidup pengangkutan awam dan pengguna motorsikal yang bukan rempit!
No comments:
Post a Comment