Thursday, February 08, 2007

Puaka Tebing Biru


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Nasha dan Amani

Photobucket - Video and Image Hosting
Di sebalik tabir

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Nasha Aziz sebagai RATNA
Umie Aida sebagai AYU
Fahrin Ahmad sebagai MOHSIN
Sharifah Amani sebagai ATILIA
Wan Maimunah sebagai MAK ESAH
Mislina Mustaffa sebagai ARA
Alisa sebagai IKA
Corinne Adrienne sebagai ANITA

Sinopsis

Ratna adalah rakan karib Ayu yang tinggal bersebelahan rumanya sejakkecil.Ayu,seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin.

Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidakmendapat keizinan ibu mereka. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya Ayu.

Selepas 7 tahun berlalu, Ratna kini berjaya sebagai seorang petugas di unit forensik di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Namun ada yang sesuatu yang menghantui hidup Ratna. Ratna tidak pernah sejak 6 tahun yang lalu. Bayangan seorang wanita yang sering menganggu menyebabkannya menjadi tertekan. Selain bayangan wanita tersebut, muncul pula seorang kanak-kanak perempuan. Bagi menenangkan fikiran, Ratna mengambil keputusan untuk bertemu keluarganya. Itulah pertemuan pertama, selepas 7 tahun tidak bertemu adiknya, Atilia. Setelah bertemu, Ratna dan Atilia mengambilkeputusan bermalam di rumah pusaka tinggalan bapa mereka yang terletak di tepi pantai.

Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku sepanjang bermalam di situ. Lebih mengerunkan apabila Atilia dikunjungi seorang kanak-kanak perempuan misteri mengajaknya bermain di tepi pantai.

Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan orang kampung sedang mengusung keranda ke tanah perkuburan. Apakah misteri di sebalik kemunculan bayangan wanita dan kanak-kanak perempuan tersebut? Siapa kanak-kanak itu? Semuanya bakalterjawab apabila anda menonton karya sulung arahan Osman Ali 'Puaka Tebing Biru' bermula 18 Februari di pawagam!




Nasha memberi sepatah dua kata

Photobucket - Video and Image Hosting
Barisan pelakon dan hantu2

Photobucket - Video and Image Hosting
Sidang media

Komen peribadi

Secara peribadi aku menilai filem ini layak dan harus ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana temanya yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan dari kasih sayang, kekeluargaan dsb dan anda yang membayar pasti tidak akan merasa rugi. Walaupun filem ini merupakan daripada genre seram, pengarah Osman Ali yang terkenal dengan dua filem pendek kontroversinya iaitu Malaikat di Jendela dan Bukak Api berjaya menyelitkan banyak adegan yang berjaya dan signifikan di dalam meruntun emosi audien.

Kekuatan utama filem ini bagi aku adalah jalan ceritanya dan lakonan mantap para pelakon terutama Nasha Aziz, Umie Aida, Amani, Aryana dan Wan Maimunah. Walaupun berdurasi 127 minit, tiada saatpun yang aku rasakan kebosanan malah setiap adegan seterusnya dinantikan dengan penuh debar dan minat.

Terima kasih kepada pihak Tayangan Unggul yang sudi menjemput dan memberi makan malam sekali di Restoran Amarin Thai, Mid Valley. Kelihatannya semakin banyak penerbit filem tempatan yang menyedari pengaruh media baru iaitu blogger untuk mempromosikan filem mereka. Bermula dari Sepet hinggalah kepada Cinta, Syaitan,Qabil.. dan terbaru Puaka Tebing Biru. Namun begitu janganlah mengharapkan reviu yang bagus jika filemnya memang hampas pada fikiran aku. Jadi daripada merugikan pihak yang berkenaan, aku akan sentiasa membuat tapisan sebelum mengatakan ya kepada sesuatu undangan kerana aku bukanlah wartawan hiburan yang memang kerja mereka untuk membuat liputan dan ulasan.

No comments: