Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Monday, January 28, 2008

PRDM Boleh!


Photobucket


-aku tiba sekitar hampir pukul 1, singgah makan dulu di mamak sebelah Pelita bersama Pilus yang sudah menunggu
-perhimpunan yang lebih ramai polis daripada peserta aku rasa
-Polis di Malaysia nampaknya semakin bengong apabila berhadapan dengan perhimpunan orang ramai, sama ada mereka yang bengong atau kerajaan BN aku pun tak tahu atau kedua-duanya sekali
-Polis mengerahkan banyak polis sukarelawan untuk mengawal perhimpunan ini
-Peserta PROTES tidak ramai, aku anggarkan sekitar 200 orang termasuk yang berarak dari Ampang Park yang majoriti terdiri daripada kumpulan PSM/Jerit dan yang berlakon sbg media dan orang awam di sekitar KLCC
-Publisiti kurang menyebabkan perhimpunan kali ini tidak menarik ramai orang di samping mungkin rakyat takut dengan ancaman RAJA di Malaysia yang mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang berada di sekitar KLCC. Bunyinya macam berada di negara yang sedang dijajah, aku ingatkan negara ni dah merdeka, rupanya belum.
-Polis menangkap suspek 'pengacau' bak kata RAJA secara rambang dan yang pasti orang utama PROTES dan pemimpin2 juga turut ditangkap, diberitakan 58 ditahan dan sebahagian akan didakwa di mahkamah
-Aku seperti biasa Alhamdulillah tidak ditangkap walaupun beberapa kali terjerit slogan walaupun dikelilingi banyak anggota polis dan SB

Pasca PROTES

-Habis Protes, aku dan beberapa teman duduk minum di Pelita sambil mengimbau kezaliman RAJA dan borak2 biasa
-Aku sepatutnya nak ke gig Bingit di Teater MCPA dan Pelancaran buku Goenawan di Silverfish selepas tamat menyertai acara 'haram' di KLCC. Tetapi disebabkan kepenatan dan masih bengang dengan kebahlolan RAJA, aku duk rilek saja di Pelita sambil menonton ulangan perlawanan akhir tenis perseorangan wanita Terbuka Australia di antara dua gadia cantik iaitu Maria dan Ana yang aku telah saksikan di kaca tv sebelum hadir ke acara 'haram jadah' ini. Tahniah Maria dan juga Ana! Siapa kata yang cantik tak pandai main tenis? Anna Kournikova ye lah, tapi ramai lagi yang bagus, Anna Chakvetadze, Tatiana Golovin dan Maria Kirilenko, sekadar menyebut beberapa nama
-Selepas melambai tangan kpd teman sekolah Hafiz yang aku jumpa di Protes, aku dan Pilus bergerak ke Times Square dan Low Yat untuk usha buku2, majalah2 dan juga kamera digital sbl sekali lagi lepak di mamak Esfan sambil seorang lagi teman, Belut join sama
-Malam minggu di Bukit Bintang sentiasa meriah dengan muzik percuma dari budak2 busking yang bermain dijarido dan budak2 breakdance, turut memeriahkan suasana juga seorang busker mat saleh yang maha hebat apabila menggunakan seluruh anggota tubuhnya untuk bermain alat muzik tradisi dari pelbagai benua
-Setelah penat berdiri, kami ke Old Chang Kee untuk minum lagi sambil menikmati live band yang menyanyikan lagu2 yang membangkitkan nostalgia lama dan makan telur di dalam karipap
-Hampir tengah malam, Belut pulang dan aku dan Pilus meneruskan perjalanan ke Uptown Kota Damansara untuk membeli kasut bundle
-Setibanya kami di sana, OAG sedang mendendangkan lagu 'Generasiku' dari album OST filem 'Gol & Gincu'
-Selesai membeli, kami (aku) makan dulu sebelum melabuhkan hari yang panjang dengan semangat dan tekad untuk berjuang demi negara Malaysia yang tidak sekali-sekali akan lemah walaupun menyampah dengan sikap beberapa pimpinan, ahli dan penyokong parti pembangkang dan yang terpenting sekali berhadapan dengan kezaliman sang pemerintah, Barisan Nasional dan balaci-balacinya termasuklah RAJA yang sangat aku kasihani nasibnya.

Saturday, November 10, 2007

Polis Raja Di Malaysia?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Amaran keras yang diberikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur tidak akan mematahkan semangat aku dan rakan-rakan untuk bersama-sama rakyat turun ke Dataran Merdeka menuntut reformasi pilihan raya di Malaysia. Aku juga akan memakai baju kuning kerana ia adalah hak aku untuk memakai apa sahaja warna pakaian yang aku suka. Jika itu pun tidak boleh, sah Malaysia yang ditunjangi kerajaan BN makin mengarut nampak gayanya.

Menurut laporan, hampir 4,000 anggota polis akan dikerah ke tempat-tempat strategik untuk membantu rakyat dalam perarakan (ye ke?) atau mengganyang rakyat yang tak bersalah. Harap-harap pihak polis tidak bermain kasar dan aku merayu kepada semua peserta perhimpunan untuk menahan diri daripada bertindak terhadap sebarang provokasi yang akan dilakukan oleh dalang-dalang keji yang terdiri daripada ahli PEKIDA, Mat Rempit dan juga SB. Buktikan kita adalah rakyat yang cintakan negara dan kedamaian dan lebih patriotik berbanding mereka yang penakut dan enggan keluar daripada kepompong selesa mereka.

Jika Dataran ditutup, sila ke 4 tempat berikut untuk menunggu arahan; Sogo, Central Market, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Selamat Maju Jaya! Malaysia Boleh! Barisan Nasional bacul!

Untuk maklumat terkini, sila layari laman web rasmi Bersih di sini dan juga di sini.

Tuesday, August 28, 2007

Ayuh ke Shah Alam!

Photobucket - Video and Image Hosting
Peminat meraikan kemenangan

Photobucket - Video and Image Hosting
FRU yang menggelabah

Kejayaan Malaysia menumpaskan Singapura 3-1 untuk melangkah ke perlawanan akhir bertemu Myanmar esok sememangnya mengembirakan. Bukan sahaja kemenangan yang dipinta berjaya diberi pemain, malah aksi mantap dan komitmen bersungguh yang ditagih peminat berjaya ditunai para pemain, sekalung tahniah diucapkan!

Walaupun kita jangan cepat terpesona dengan kejayaan ini, pujian harus diberi jika ianya wajar tanpa perlu pesimis sepanjang masa. Aku sebagai peminat setia Malaysia yang optimis amat mengharapkan pasukan Sukan Sea Korat ini dapat menjuarai kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1993. Aku masih ingat detik hebat Malaysia menang ke atas pasukan kedua Korea Selatan selepas masa tambahan 3-1 di Stadium Merdeka di mana penyerang terbilang waktu itu, Azman Adnan muncul hero negara. Aku masih memiliki keratan akhbar detik itu yang masih terlekat kemas di dalam buku skrap yang merupakan hobi aku ketika zaman kanak-kanak. Sering aku tatap dan baca bila mana aku rindukan saat gemilang pasukan bola sepak Malaysia.

Myanmar bukanlah pasukan calang-calang berdasarkan aksi permainan pantas yang dipamerkan ketika bertemu Zimbabwe. Perlawanan yang dilangsungkan awal ini sangat menarik dan tidak rugi rasanya menyaksikan perlawanan ini sambil melihat telatah ribuan penyokong Myanmar yang begitu bising dan sangat patriotik. Amat menarik apabila dua negara yang diperintah diktator bertemu sesama sendiri di dalam perlawanan bola sepak.

Kepada Zaquan, Khyril Muhymen, Shukor, Safee Sali dan rakan-rakan, ayuh buktikan bahawa pasukan bola sepak negara masih mempunyai maruah. Hargailah sokongan hampir 10,000 penonton yang hadir malam tadi di Stadium MBPJ dan jadikan ia sebagai satu azimat untuk bermain habis-habisan esok malam di Shah Alam. Kenangkan betapa bersemangat dan patriotiknya para penyokong apabila lagu Negaraku berkumandang sebelum perlawanan. Penyokong-penyokong ini yang tidak pernah putus harap, bukannya para pemaki pasukan negara yang langsung tidak tahu apa-apa.

Politik dan kebodohan polis










Ada dua insiden menarik di stadium apabila sekumpulan penyokong menggantung bendera Malaysia beserta bendera UMNO dan BN. Seperti dijangka, tindakan itu mengundang rasa jelik sebahagian besar penyokong diiringi dengan teriakan boo, sesuatu yang normal di stadium apabila bendera dua 'benda' itu dipamerkan. Aku masih ingat jikalau di Stadium Shah Alam, rakan-rakan kepada member aku, Aran dan juga Jibam yang selalu membawa bendera UMNO beserta juga bendera PKR dan PAS. Tujuannya mungkin untuk memberi mesej perpaduan di kalangan peminat bola sepak.

Melihat hanya bendera UMNO dan BN yang digantung, ada beberapa peminat berhampiran yang menegur dan dengan pantasnya bendera PKR dan PAS diletak sebelah menyebelah dan diiringi tepukan gemuruh dari penyokong. Bolehlah dianggap pembangkang sudah menang sorak, jangan menang sorak sahaja parti tergadai sudahlah.

Satu lagi insiden berlaku setelah tamat perlawanan. Mungkin kerana terlalu gembira dengan nikmat kemenangan yang boleh diibaratkan seperti apabila parti pembangkang menang pilihanraya. Sekumpulan penyokong memasuki padang untuk merayakan kemenangan bersama pemain dan di dalam masa yang sama FRU bertindak menggelabah menahan penyokong-penyokong itu. Lagak aksi lari FRU tidak ubah seperti ingin menangkap para demonstran di mana-mana demonstrasi. Apa lagi pihak polis diboo sekuat-kuatnya dan dimaki hamun oleh para penyokong yang tidak berpuas hati.

Apa salahnya penyokong meraikan kemenangan, bukannya ada keganasan dan kekacauan. Jikalau ingin menjaga keselamatan pun, tidak perlulah bertindak ganas dan menahan para peminat, apa salahnya jika hanya mengarahkan mereka masuk semula ke tempat duduk stadium. Ke mana hilangnya sifat munasabah dan kemanusian pasukan polis? Aku tak tahu apa yang terjadi kepada mereka yang ditahan, akankah mereka didakwa atau diambil rekodnya sahaja? Apa yang pasti insiden ini sekali lagi mencalar imej polis yang telah sedia tercalar, kata-kata seperti 'polis babi', 'anjing', 'polis rasuah' dsb keluar dari mulut peminat-peminat bola yang aku yakin majoritinya tidak begitu politikal. Aku yakin pegawai-pegawai polis yang berada di situ dapat merasakan betapa tidak popularnya mereka walaupun bukan di kalangan penyokong parti pembangkang. Masa untuk berubah wahai PDRM.

Ayuh lupakan sementara politik dan polis, mari beramai-ramai memenuhkan Stadium Shah Alam rabu ini. Harga yang aku bayar adalah terpaksa tidak menghadirkan diri pada forum penting 'Independence During Emergency' anjuran Parti Sosialis Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina. Apapun kedua-duanya demi Malaysia yang lebih baik!

Malaysiaku Gemilang!